Tips Mudah Urusan Dunia

Assalamualaikum dan hai semua.

Pertama sekali, bila cakap pasal rezeki, selalu apa yang pertama terlintas di fikiran?

Duit.

Kita selalu lupa, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki kesihatan yang baik, rezeki jodoh, rezeki anak, rezeki dipermudah urusan, rezeki dapat kerja baik, rakan sekerja yang baik, dan lain-lain.

Saya ingin berkongsi tips yang saya rasa membantu saya sentiasa rasa yang rezeki saya sentiasa mencukupi.

1. Sentiasa bersyukur.
Apa jua bentuk rezeki yang kita terima, bersyukurlah. Kawan belanja kuih lenggang 3 seringgit pun bersyukurlah, jangan lupa berterima kasih.

2. Belanja makan.
Sekali sekala bawalah keluarga kita keluar makan , gembirakan hati mereka, masa makan tu jangan asyik tengok telefon, masa itulah antara masa kualiti, tanya khabar, berbual-bual.

3. Sedekah bagi baby.
Kalau sekali sekala jumpa baby, walaupun kita tidak kenal, sedekah la berapa yang kita mampu. Tapi saya tidak buat kalau di KKIA, tiada bajet hehe.

4. Kurangkan mengeluh.
Biasalah kita sebagai manusia, siapa yang tidak mengeluh kan? Tapi cuba kurangkan.

5. Jangan berkira.
Terutamanya dengan keluarga. Ada yang jenis teliti, mesti kira berapa dah keluar duit untuk beli susu anak ect. Boleh kira, tapi, bila keluar ayat “bulan ni saja rmXxx untuk belanja anak saja” dan kerap disuarakan, saya rasa itu macam berkira. Kalau sekali sekala, apa salahnya meluahkan perasaan kan.

6. Jangan membanding.
Terutama dengan orang lain. Wah si minah dah 30 biji rumah sewa, aku baru duduk rumah sewa. Berbalik kepada konsep bersyukur . Ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita.

Banyak lagi tips sebenarnya, tapi semuanya lebih kurang. Kalau ada tips-tips lain, silalah kongsi.

– Ann

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit