Tips Nak Jaga Hati Boss

Assalamualaikum semua. Selalunya jarang bos-bos nak buat sesi luahan perasaan kat mana-mana. Sebab Kami terlalu sibuk fikirkan macma2 hal tentang syarikat. Tapi oleh kerana aku cuti, so aku pun nak tulis lah sikit.

Syarikat aku kecik je. SDN BHD. Ada lah dalam 19 staff. Dan percayalah, bukan senang nak jadi majikan. Hati kene Kering. Lagilah kalau ada di antara staff kau tu ahli keluarga atau kawan lama. Haihhh.. lagi payah nak handle. Aku serik dah nak amik orang yang aku kenal.

Sekarang aku tengah menghadap process pembersihan staff dengan membuangkan semua ambil 5 staff sahaja. Dan selepas ni kalau aku nak ambil staff memang aku akan buat process yang betul. Dah tak nak main ambil ja. Ye lah member datang office mintak keje. Resume pun takde, aku terus bagi keje. Lama2 simpan bila tak perform ko nak buang pun tak sampai hati. Kalau ko sound sentap. Ye lah dulu geng. Bila masuk office aku jadi rimau susah nak geng plak.

Well kepada yang baru nak carik kerja, meh aku kongsikan macam mana nak jadi pekerja cemerlang. Especially dengan company kecik yang direct terus dengan bos besar. Sebenarnya, company kecik ni kalau ko bersabar sikit lagi senang ko nak naik. Ni tips aku utk bakal pekerja.

1. Jangan melawan bos.

Walau apa pun baik ko senyap lah dari cubaan melawan bos. Sebab once bos dah aim ko nak melawan dia, takkan nya dia bagi can. Aku bukan jenis maki hamun staff, mencarut apatah lagi. Staff buat wassup group kutuk aku, aku relax lagi. Tapi once ko dah melawan aku, especially bila aku tegur tentang keje ko. Memang aku malas lah nak bagi keje dah. Dan kalau bos dah mula senyap macam malas nak layan ko, baik ko mintak maaf ja.

2. Jangan lantang sangat.

Kadang2 macam aku yang buat concept “office terbuka bos untuk semua” tak bermakna aku bagi kebebasan untuk ko sound bos sewenangnya. Bila bos bagi target sales ko cakap dah macam MLM lah. Relax lah bos, tengah usaha cuma takde rezeki. Tapi bos nampak ko masih lepak di meja main fb/youtube. Kalau bos tu ko punya member or sedara lagilah bukan lesen ko nak cakap lepas je. Walau pun ko memang terkenal dengan mulut puaka di kalangan rakyat jelata, pleaselah respect bos ko.

3. Jangan dengki dengan staff lain.

Ada staff aku ni jenis masuk je office aku sibuk mengata pasal staff lain. Sibuk Tanya pasal staff lain. Ko focus je lah keje ko. Bos nmpk siapa yang buat keje n siapa yang tak buat keje. Cuma dia malas nak bising2. Ko pon KPI tak capai, sibuk jaga KPI org lain.

4. Jangan bodek bos.

Beza org yang pandai keje, dan org yang pandai ckp tapi bab result hampeh. Bos2 ni kadang2 xnak dgr pun mcm mana ko buat keje, janji siap. Janji keje yang ko buat menyenangkan keje die. Tapi ko keje pun suam-suam kuku. Bagi task banyak pending. Pastu bila bos bagi perhatian lebih kat staff yang ko iri Sgt Tu Jo sentap. Bangunlah dey!

5. Bersyukur dengan apa yang ada.

Aku tak cakap aku bos yang baik. Tapi bersyukur bila ko dah dpt bos yang baik. Yang jenis tak kisah cuti 14 hari straight pun bos approved. Yang KPI tak capai, tengok cite Korea kat office pun bos simpan. Sebelum ko nak kutuk bos, ko renung balik muhasabah diri, adakah aku telah menjadi seorang pekerja yang cemerlang.

Sebab kalau ko seorang pekerja cemerlang tapi bos tak nampak, maka bodohlah bos itu. Tapi aku percaya kalau die bodoh, die tak jadi bos. Die dah perabis beratus ribu buka syarikat, takkan nak bazirkan staff yang berkaliber? Owh tidakkk.. tapi kalau pekerja mcm ko mungkinlah bos nak berhentikan ja.

6. Jangan bagi bos buat keje ko.

Ada staff aku yang tak tau lah pura2 tak boleh buat atau memang tak reti buat. Ajar dah ajar. Tapi at last bos gak kene buat. Haishh. Baik aku tak payah hire ko. Aku je buat sendiri.

7. Think like a bos.

Ini tips mudah. Ko kene think mcm mana kalau ko jadi bos. Apa yang bos suka? Bukan itu sahaja. Ada staff yang sibuk kire sales company. Die fikir sales tinggi, untung pun banyak. Hei hei hei. Kalau ko Ada fikiran mcm ni bermakna ko bukan business minded lagi. Ko cube bukak company sendiri. Bukan company yang beroperasi di rumah dan bini ko yang tolong ko niaga. Bukak company yang berlesen, ada staff, ada lhdn, ada company sec, ada kwsp, sokso. Pastu baru ko pening nak fikir.

Lastly, berhentilah iri hati dengan bos sendiri. Kutuk3 bos. Tapi actually kami dah lali dah, tak kisah sangat pun. Kalau bos ko jenis pergi holiday, tapi ko tak dapat gaji, boleh lah kot nak kutuk. Tapi kalau bos ko pun ikat perut sebab nak bagi ko gaji, ko tak patutlah kutuk dia. Ade pernah ko tanya die dah makan belum? Duit kete dah berapa lama tertunggak sebab nak bayar gaji ko?

Jangan berkire dengan bos supaya bos tak berkire dengan ko. Time bos susah, ko susahlah sama2. Jangan ikut geng2 office lain yang hentam bos time gaji lambat. Ko tanya lah apa boleh bantu untuk naikkan sales. Gaji ko pon secure kalau sales masuk. Ni tak. Sales sendu, pastu ko pressure bos kenapa gaji lambat, kenapa komisen2 lambat. Kalau lambat sampai 3, 4 bulan takpe lah. Ni baru sebulan lambat ko tak leh sabar. Org protest, ko pon nak protest. Nah aku terpaksa berhentikan orang yang tak leh sabar.

Tapi aku sebagai bos belajar banyak bende juga. Dengan staff buat je lah ikut procedure. Takyah lah toleransi sangat. Sebab bila aku susah bukan korg staff nak tolong pun. Datang lambat sampai kul 10 lebih aku bagi je warning letter. Dulu PH ikut gomen. Sampai 23 Hari aku bagi. Padahal swasta 11 Hari ja. So sekarang staff badge baru semua dpt 11 Hari ja.

Dulu EL boleh ambil sesuka hati. Tapi sekarang badge baru takde bukti kukuh aku potong gaji ja. Dulu PH Raya sampai 5 hari aku bagi. Sekarang 2 hari ja. Dulu aku tak kisah tertibe ko decide nak buat sales luar. Tak masuk office. Aku husnozon je walaupun takde sales pun. Tapi sekarang macam2 sop budak badge kene isi form request. Semuanya terima kasih pada staff badge ko.

Akhir kata, kalau ko rasa jadi bos tu senang. Ko bukaklah company sendiri.

– Majikan baru nak up

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *