Assalamualaikum and thanks admin approve confess aku ni.
Semalam ade terbaca confession sorang sis ni yang tak reti BI, so aku nak cerita macam mana aku boleh improve BI aku sebab aku dulu masa sekolah tak reti BI jugak hehe.
Fail tu biasa sebab dah banyak kali fail. Aku pernah dapat markah untuk subject english 29% je! Engko imagine perasaan aku masa tu macam mana sebab aku duduk class first lepas tu dapat pulak 29, memang malu la kann sebab orang lain paling cikai pon dapat C, aku ni haa paling rendah.
Sejak tu la aku berazam betul2 nak pandai BI macam org lain, sebab kawan kawan aku smua terror BI. Aku ni dulu nak speaking mmg tak reti la kan. English aku dah banyak improve masa kat matrik, sekarang dah second year degree and Alhamdullillah dah banyak sangat improve.
Okey ni antara tips yang aku buat since sekolah smpai sekarang:
1. Movie/Drama
Bagi aku ni la tips paling berkesan untuk aku! Aku ni memang minat cerita korea and running man, but i’m not kpopers okey. Aku just suka tengok cerita yang kelakar. Sebenarnya tak kesah la ape2 movie or cerita pon asal kan ade subtitle english.
Selalunya aku copy je cerita2 ni daripada kawan aku kat laptop or tengok youtube. Bila dah tengok runningman or cerita korea tu dah sah sah la subtitle pon in english kan? Ha so sambil tengok tu paham kan betul2 subtitle tu. Cara aku, kalau ade words yang tak paham aku terus pause cerita tu and cari meaning tu kat google translate.
Kalau untuk yang baru start dari basic tu, sediakan satu buku nota and then tulis setiap word yang tak paham tu sekali dengan meaning.
Lama-lama bila dah selalu baca subtitle english, korang akan jadi terbiasa dengan ayat2 english tu and dah paham maksud dengan penggunaan ayat tu. Tak percaya try la buat! Paling penting kena rajin kalau tak memang tak jadi la.
2. Speaking
Okey ni memang wajib buat sebab kalau tak sampai bila pon tak kan improve. Apa-apa bahasa pon kalau baru nak belajar memang kena speaking.
Aku sekarang belajar kat unikl and kuliah semua in english. Masa lecturer cakap tu dengar betul2 and pahamkan. So, masa ni la kita belajar macam mana nak pronounce perkataan english yang kita tak reti.
Kawan-kawan aku kat sini memang ramai terror speaking and sejak masuk sini aku dah terbiasa speaking dengan dorang sebab dorang selalu speaking, haha. Even kau tak reti grammar ke ape ke, tapi kau try je speaking berterabur pon takpe. Paling penting kena confident!
Kau try rapat kan diri dengan sesape yang terror speaking. Kalau tak pon kau ajak je kawan baik kau speaking. Kawan baik aku kat sini pon bukan speaking sangat tapi sejak aku selalu speaking dia pon dah terikut, hahaha.
Kadang2 aku buat dengan kawan aku english day. Kira nya sehari tu memang kena speaking english je. Dalam whatsapp pon selalunya aku akan guna english. Ni bukan nak ketepikan bahasa melayu ke ape eh, tak pon. Kalau boleh biar lah tau macam2 bahasa lagi senang kita nak menuntut ilmu and berdakwah dekat orang luar.
3. English Class
Dulu aku pernah join class private dekat luar. Memang mahal tapi berbaloi la jugak. Sebulan dalam RM500 tapi class dalam smnggu dua kali untuk satu jam setengah. Yang bagusnya class ni aku boleh improve grammar aku, time class ni la baru aku paham sebab ni class personal, so cikgu tu ajar aku sorang2 je. Tapi dua bulan je aku join, hehe.
Bagi aku kalau tak join pon takpe, asal kan rajin je. Kalau rasa mampu boleh la try join tapi kena pandai cari la sebab bayar mahal2 kena la berbaloi kang takut kena tipu je. Alaa kat U pon ade english class kan, duduk depan sekali dalam class and kalau tak paham ape2 terus tanya lecturer.
4. Novel/Newspaper
Ni bukan novel melayu cintan cintun bagai tu haha. Kau try beli novel english yang bagus2 macam House Rules, To Kill a Mockingbird. Ni antara novel yang sesuai nak baca kalau nak improve english. Tapi kalau yang baru nak start dari basic tu kan, beli je dulu buku cerita english sekolah rendah punya atau pon surat khabar.
Jangan malu baca buku cerita kanak2 tu sebab kita niat nak belajar, so takpe start dulu slow2. Adik aku dulu tak pandai jugak english ni masa sekolah, dia duduk class last sekali plak tu, tapi dia banyak membaca surat khabar.
Setiap perkataan yang dia tak paham dia akan tulis kat dalam buku sekali dengan meaning. Sama macam aku jugak. Bila masuk matrik dia dah improve banyak sangat and dapat Band 4! So, kau pon boleh, usaha je :)
5. Confident
Ni paling penting sebab kalau tak yakin kat diri sendiri memang tak jadi. Kau kena yakin yang kau boleh buat. Kalau kau pergi mana2 then terjumpa matsalleh or minahsalleh kat mana2 try la borak dengan dorang.
Aku dulu kalau terjumpa dengan dorang ni terus aku buat tak tau sebab tak reti speaking. Kalau dorang tanya jalan pon aku tak reti nak cakap hahaha aku just cakap dont know, hahaha sedih kan sebab tak reti. Tapi sekarang tak lagi, sebolehnya aku nak cakap dengan dorang, hehe.
Kau mula kan speaking dengan orang2 yang kau rapat macam roomate ke or kawan baik. Bagi tau yang kau nak improve and mintak dorang support kau.
Ni yang selalu aku buat and kawan2 aku memang sangat supportive. Kalau ade sesape nak ejek ke perli ke biar kan je. Tapi setakat tak pernah lagi kawan2 aku ejek or perli bila speaking.
6. Doa, Usaha, Tawakal
Kau doa banyak2 kat Allah permudahkan urusan kau tu, Dia akan tolong percayalah. Kalau boleh setiap hari buat solat hajat. Maybe kita nampak benda ni macam remeh, setakat nak ambik muet and nak pandai BI pon nak buat solat hajat ke?
Yeee memang kena sebab semua tu Allah yang bagi so kita doa je banyak2. Yang penting niatkan nak pandai BI kerana Allah and untuk tolong orang lain yang tak reti BI jugak one day.
Goodluck sis, moga semuanya dipermudahkan and impian kau tu tercapai,usaha tangga kejayaan.
All is well :)
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit