Assalamualaikum wbt,
Ni kali pertama saya menulis di sini & topik yang nak saya ceritakan bagaimana saya menguruskan kewangan sehingga mampu mengumpul saving sebanyak RM120k pada umur 29 tahun dengan hanya kerja makan gaji.
Saya mulakan penceritaan saya mengenai perancangan kewangan saya pada umur 23 tahun.
Ketika masih belajar di universiti selepas banyak follow sifu-sifu kewangan di facebook sekitar tahun 2013- 2015..
Semasa belajar saya hanya bergantung pada duit ptptpn sebanyak 3k per semester..
setiap sem saya asingkan 1k untuk simpanan & gunakan sepenuhnya cuti semester untuk kerja part time untuk tambahkan lagi saving..
Instrumen yang saya gunakan pada waktu tu adalah ASB sebab berikan pulangan yang tinggi dan kurang berisiko..
Pada akhir 2016 saya berjaya mengumpul RM10k saving dalam ASB sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan.
Pada tahun 2016 saya mula bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM2.4k. Selepas tolak kwsp & socso tinggal dalam RM2.1k.
Saya apply loan ASB sebanyak 200k pada tahun trsebut untuk memaksimumkan pulangan pelaburan saya dengan kadar pendapatan saya pada waktu tu.
Baki gaji saya tinggal dalam RM1k.. RM300 untuk parents & RM700 untuk expenses bulanan saya.. saya kekal bawa motor ke ofis dan kekalkan tabiat brbelanja sama macam waktu belajar dulu.
Dan juga kesemua bonus yang saya dapat dari majikan saya simpan dalam ASB untuk melajukan kadar gandaan (compounding). Hasil perancangan tersbut saya mampu menyimpan RM19k/20k setahun.
Sejujurnya kenaikan gaji di syarikat saya tak banyak dalam RM100 sahaja setahun. Jadi, setelah 4 tahun kerja gaji saya baru dalam RM2.8k.
Namun saya masihkan kekalkan perancangan kewangan dan tabiat berbelanja pada waktu tu.
Pada ketika saving saya sudah berjumlah RM50k, saya mula pindahkan kesemunya ke dalam TH untuk memaksimumkan kadar pulangan selepas tolak zakat.
Sekitar awal tahun 2020, saya mula membeli sebuah kereta dengan bayaran bulanan RM650 sebulan untuk memudahkan urusan kerja dan keluarga.
Saya mula buat part time sebagai driver ehailing selepas waktu pejabat. Hasil part time tersebut mampu menjana RM1k sebulan.
Duit hasil ehailing tersebut saya gunakan untuk bayar ansuran kereta & kekalkan loan ASB untuk pastikan simpanan saya sntiasa brtambah dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2022, jumlah saving saya sudah terkumpul sebanyak RM120k.. saya stop loan ASB pada tahun ni kerana mulai berkahwin dan guna 100% duit gaji kegunaan family.
Bila direnungkan kembali, segala perancangan dan penat lelah terasa berbaloi apabila tiada masalah kewangan dan merasa yakin untuk hidup bekeluarga dengan simpanan yang ada.
Semoga perkongsian saya ni mampu mmberikan manfaat dan panduan kepada semua..
Ubahkan cara dan kaedah yang saya sebutkan diatas mengikut kesusaian anda semua.. InsyaAllah dalam hanya beberapa tahun anda dapat menuai hasilnya.
Dua point utama yang membolehkan saya menyimpan sehingga amoun tersebut adalah melalui ASB financing & kerja part time.
Untuk melakukan dua point tersebut, anda perlu mempunyai disiplin & tekad yang kuat supaya apa yang kita rancang mampu dicapai.
Semoga secebis perkongsian ini mampu memberi manfaat para pembaca. Doakan jugak saya diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin Allahumma Amin..
– En T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit