Tips Penyelesaian Masalah Hidup

Assalamualaikum. Disini ada sedikit perkongsian. Aku ada simpan di nota beberapa tahun yang lalu. Aku tidak ingat penulisnya tetapi aku nak share pada semua yang membacanya. Semenjak kebelakangan ni makin berleluasa kes curang, cerai dan sebagainya. Apa silapnya?

Sekarang ada kursus kahwin yang tak mencegah jugak kes cerai yang semakin meningkat saban hari. Moga apa yang aku nak share ni bermanfaat dan moga Allah rahmati kita sekeluarga. Nota ni panjang harap disimpan dan share kan.

Bismilahirahmanirrahim..

Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian itu. Jgn sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat. Setiap masalah berpunca daripada:

1. Hati yang kotor,

2. Minda yang negatif,

3. Amalan yang tak betul,

4. Ujian Allah semata mata sebab sayang kepada kita,

5. Jahil tentang agama & tanggungjawab sebagai insan yang soleh & suami yang mithali.

6. Gangguan sihir, santau atau gangguan paranormal yang lain, ATAU

7. MASALAH BERPUNCA DARIPADA KAWAN2 ATAU PERSEKITARAN.

Cuba semak diri kita & kaji apakah punca sebenar masalah yang kita hadapi. Jika suspek pasangan ada gangguan paranormal atau sihir, sila hubungi mana2 ustaz yang pandai merawat. Cari jalan untik membawa pasangan berjumpa ustaz yang pakar. Jika perlu minta bantuan adik beradiknya atau ahli keluarga yang kita boleh percaya!

Suami yang mudah lalai, tak bertanggungjawab, tak jaga solat merupakan suami yang sakit jiwa atau terkena sihir, dsbnya. Jika pasangan normal & takda masalah kena sihir atau gangguan paranormal, maka memang jelas dia seorang yang ego, kurang bertanggungjawab, tak elok perangai, lemah iman, hingga tak jaga solat 5 waktu!! Dalam kes ini kita ada 3 pilihan:

1. Jangan buat apa2 & sengsara macam sekarang ini,

2. Mohon cerai & berpisah dengan cara baik demi untuk jaga iman kita,

3. Berubah secara menyeluruh dan teruskan hidup dengan bahagia & lebih bermakna, walau apapun masalah yang dihadapi!!

Sudah tentu kita kena cuba usahakan pilihan ke3 ini dahulu. Mudah2an Allah akan ubah pasangan kita menjadi suami yang soleh! Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah semua orang di sekitar kita.

Juga, semakin rapat kita dengan Allah, maka Allah akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. Amalkan segala doa & zikir yang dilampirkan sblm melakukan tindakan yang seterusnya. Mulai hari ini overhaul diri sendiri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu & lakukan solat2 sunat qabliah & ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat2 fardu.

2. Solat taubat & istighfar 70x sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua orang sayang. Memang elok jika dapat SOLAT HAJAT UNTUK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YANG SOLEH & SYG PASANGAN & BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA, TAK HANYA MELEPAK DGN KWN2 DSBNYA. Lakukan juga isthikharah & tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap malam sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat diserahkan kepada Allah dengan sempurna.

3. Maafkan pasangan & semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua orang maafkan kita & Allah pulihkan suami/isteri & keluarganya.

4. Baca Doa Pembuka 12 pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat kursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa2 tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, dsbnya. Share doa2 tersebut dengan suami/isteri, kwn2 & keluarga yang lain.

5. Pagar diri dengan Fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tangan & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin & sihir.

6. Lembutkan hati suami/isteri dengan Fatehah, surah Al Hasyr:21-24, Surah Taha 1-5, ayat Kursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang dah di pakai sebelum dicuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 diatas.

7. Layan pasangan kita lebih baik daripada biasa agar Allah ubah hati & buat dia rasa bersalah melayan kita secara kasar & kurang sopan.

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3x, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & masuk dengan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DA’ASIM yang duduk ats pintu daripada masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi baran, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya.

9. Setiap kali nak bercakap dengan pasangan atau orang lain, bacalah 3 nama Allah: Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah orang itu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah.

10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

1- Innalillahi wainna ilahi rojiuun.

2- ALLAHUMMAK JURNI FI MUSIBATIWA AKHLIFLI KHAIRON MINHA,

3- (contoh doa) Ta Allah, aku ada masalah dengan suamiku yang suka lepak dengan kwn2 sampai kurang ada masa untuk keluarganya, enggan dengar nasihat isteri & sering tak jaga solat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. jadikan dia insan soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh diajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran, ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang & doa akan makbul.

11. Rawat gangguan paranormal atau sihir jika ada pada suami dengan membaca DOA MANZIL & YASSIN SEKERAP YG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL daripada mana2 kedai buku Islam.

12. Bagi isteri, tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kepada warna yang suami suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri.

13. Tukar hiasan rumah– recycle langsir, rearrange kerusi meja–apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza (walaupun suami tak perasan) Insya Allah suami akan mudah berubah ke arah yang positif.

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari kerana tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah kita akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas isthikharah & bincang dengan ahli keluarga yang lain, buatlah keputusan yang muktamad. Moga Allah bantu kita & selamat maju jaya

Wassalam..

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *