Tips Pilih Peguam

Assalamualaikum semua. Thank you admin sebab approved. Aku pernah baca confessor kat sini yang dia kena ‘game’ dengan peguam hartanah. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/dianiaya-peguam/).

Sebagai peguam yang juga ada firma guaman sendiri, aku nak share dengan readers tips nak pilih / appoint lawyer untuk kes sivil atau hartanah. Harap dapat membantu korang.

1- Cari peguam yang tidak mempunyai apa-apa rekod kesalahan di BAR Council. Boleh dapatkan pengesahan terus dari BAR Council. Dapatkan nama penuh peguam dan check dengan BAR Council. Pastikan juga peguam tersebut aktif dan mempunyai sijil amalan yang sah bagi tahun semasa.

Kalau status peguam tu ‘inactive’, maksudnya dia tak renew sijil amalan guaman dan ianya adalah satu kesalahan untuk peguam tersebut untuk represent mana-mana klien.

2- Berjumpa peguam yang bakal represent diri kita. jangan jumpa staff / kerani dan student chambering semasa pertama kali kita nak dapatkan nasihat perundangan.

3- Pastikan peguam tersebut menerangkan secara detail tentang proses perundangan dan boleh jawab kesemua soalan korang semasa sesi konsultasi.

Jika kes-kes yang dirujuk kepada peguam adalah yang pertama kali untuk peguam tersebut, maka peguam akan memaklumkan yang mereka perlu buat further legal research sebelum dapat menerangkan dengan lebih detail.

4- Sebelum jumpa peguam, pastikan korang siap-siap bawa dokumen-dokumen berkaitan yang telah di fotostat. Jangan bagi original dokumen.

5- Sila berhati-hati dengan peguam yang menjanjikan bermacam macam perkara yang hanya menyedapkan hati klien tanpa memberikan apa-apa penjelasan mengenai proses perundangan dan gagal menjawab soalan klien dengan baik.

6- Untuk perjumpaan pertama kali, jumpa di alamat pejabat peguam yang sama alamat dengan yang didaftarkan di BAR Council. Boleh check alamat ni di BAR Council website.

7- Pastikan korang dapat update dari peguam. Jika peguam / firma tak update, tanya mereka berkenaan status file yang terkini.

8- Pastikan korang aware berkenaan klausa-klausa penting dalam perjanjian jual beli / turutan proses tuntutan sivil.

Contohnya semasa sign agreement haritu, lawyer confirmkan yang proses penjualan rumah tu akan siap dalam masa tiga ke empat bulan dari tarikh perjanjian disetemkan. Jadi bila ‘completion date’ dah dekat, boleh minta update terkini dari peguam / firma.

9- Pastikan peguam bagi korang salinan dokumen-dokumen yang korang dah signed dan semua correspondence CC ke alamat rumah @ E-mail korang.

Tu je lah dulu tips yang aku nak share. tapi jangan lupa berdoa banyak-banyak agar korang punya kes dapat diselesaikan dengan lancar oleh peguam yang amanah.

P/s : Jangan lupa bayar legal fee ya. kalau tak bayar fee, macam mana peguam nak teruskan kes korang.

– Advocate (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *