Tips PJJ

Assalamualaikum. Saya Farah, telah berkahwin hampir 10 tahun.. sepanjang 10 tahun perkahwinan ini, saya telah melalui fasa PJJ selama 6 tahun sebanyak dua kali.

Kali pertama PJJ mengambil masa lebih kurang 3 tahun dan kali kedua PJJ juga mengambil masa 3 tahun. Kami dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Menguruskan tiga orang cahaya mata sambil PJJ ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia menuntut kerjasama, persefahaman dan tolak ansur antara pasangan. Kami membahagi anak-anak, yang bongsu duduk dengan saya.

Tak dinafikan sepanjang 6 tahun PJJ ini kadang-kadang kami juga bergaduh seperti pasangan lain. Masing-masing saya dan suami ada tuntutan emosi.

Saya percaya tidak ada perkahwinan yang ideal tanpa pergaduhan, kerana setiap perkahwinan itu mempunyai cabaran dan ujian masing-masing.

Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh digunakan ketika PJJ.

Yang pertama, pilih kaedah komunikasi yang paling kurang cetuskan pergaduhan. Sebagai contoh saya dan suami sentiasa berwhatsapp. Saya jenis okey untuk call, sembang dan bergayut, tetapi tidak suami.

Suami kata kalau call sometimes tak delivered mesej kerana kita bercakap, intonasi tu boleh membawa maksud lain, dan keadaan masa call tu contohnya tiba-tiba anak nak something, dan gangguan-gangguan lain, mana nak pegang handphone lagi.

Kalau berlaku salah faham, nak pujuk…tapi suami tidak dapat melihat ataupun menyentuh saya bila call. Keadaan boleh jadi lebih rumit. Jadi dia rasa cukup sekadar bermesej. Walaupun saya tak selesa, tapi kami pilih untuk bermesej setiap hari kerja.

Sudah menjadi rutin suami, setiap pagi lepas hantar anak-anak,  dia akan mesej saya dengan ucapan kata-kata cinta.

Walaupun kadang-kadang saya rasa agak membosankan kerana ia seperti sudah rutin tetapi mesej suami memberi satu signal bahawa suami dan anak-anak dalam keadaan yang baik pada hari tersebut.Kami cuba elakkan pertengkaran kerana hal hal yang kecil.

Tips kedua, manfaatkan masa  di hujung minggu dengan sebaiknya. Sebolehnya saya dan suami cuba elakkan menggunakan handphone ketika hari mingu. Tetapi kerja saya  memerlukan saya sentiasa response dan juga standby pada hujung minggu.

Bila masa suami nampak muka saya macam stress sambil jawab mesej, suami tidak akan mengganggu dan hanya berdiam diri sehinggalah saya selesai urusan. Suami tahu yang saya sebolehnya akan gunakan hujung minggu saya dengan sebaiknya dengan anak-anak.

Jadi any disturbance tu kami cuba eliminate dan tidak terbawa-bawa sehingga mengganggu mood. Setiap kali hujung minggu kami akan buat aktiviti seperti beriadah, berenang, berkelah di pantai..

Kami tidak pergi ke tempat yang crowded macam shopping complex dan sebagainya. Kami akan sebolehnya mencari tempat yang tenang, kurang orang dan kami fokus kepada keluarga kecil kami.

Mood hujung minggu bukan ‘weekend’ bagi kami, tapi adalah seperti ‘holiday’.

Tips ketiga, saling percaya antara satu sama lain. Tips ketiga ni cliche… mudah untuk sebut, tapi sukar nak laksanakan.

Suami saya bekerja dalam bidang yang ramai perempuan dan saya pula bekerja dalam bidang yang punya ramai lelaki. Jadi possibility untuk masing-masing digoda adalah mudah.

Lelaki menggoda tu tak pelik, tapi zaman sekarang lain. Saya percaya perempuan zaman sekarang ini very advance, kalau nak sesuatu tu, sentiasa ada cara dia.

Tapi hidup sentiasa risau pasangan curang pun tak sihat juga. Suami percaya saya boleh membawa diri dan saya yakin suami juga mampu mengawal diri dia. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Kat sini ada speacial nya sikap suami, dia tidak rasa tergugat kerana bagi beliau tak kiralah 10 orang lelaki datang mengurat saya pun, tapi saya masih tetap milik dia. Hahaha.

Untuk saling percaya ni, kita kena overcome unnecessary feeling. Try win your mind. Itu lah cara suami keep calm dan tak cemburu buta… Saya pun apply cara sama.

Cukuplah tiga tips…. hidup PJJ ni penat, masa, tenaga, wang… suami memang taknak PJJ, tetapi yang kita tak nak tu lah, biasanya kita diuji.

Kedua-dua kali PJJ ini bukan atas pilihan kami tapi arahan pentadbiran. Panjang cerita PJJ ni. Ada sebab kenapa masih teruskan.

Alhamdulillah saya dah tamatkan PJJ ni sebelum PKP baru-baru ni dan sentiasa berdoa supaya tidak hadapinya lagi…

Kepada yang sedang PJJ ni, saya doakan semoga semua urusan kalian dimudahkan. Keluarga dan rumahtangga semuanya terjaga. Jangan sedih dan stress, dan sentiasa ceria-ceria selalu.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *