Hi..kebelakangan ni banyak yang post pasal keluarga yang bercerai berai dan masalah parents yang tak tau nak label sebagai apa. Aku tak tau kalau aku layak nak bagi tips, tapi memandangkan aku ada pengalaman membesar dalam keluarga yang huru-hara jadi aku nak share sikit tips kekal positif terutama pada adik-adik yang masih bersekolah dan keliru untuk meneruskan kehidupan.Nukilan ini khas untuk kamu tahu yang kamu tidak bersendirian.
Dan kepada yang mempunyai keluarga bahagia, ambillah coretan ini sebagai perkongsian untuk kamu berfikir dan tahu yang ada antara insan di sekeliling kamu yang perlukan sokongan dan dorongan untuk terus bertahan.
Sebelum aku mulakan tips, aku cerita sikit pasal keluarga aku. Ibu bapa aku berpelajaran dan berkerjaya yang dipandang tinggi masyarakat, malangnya mereka bergaduh teruk sepanjang kehidupan, bercerai, mengabaikan anak-anak (kami pernah ditinggalkan bersendirian bertahun), sampai sekarang ego dan tak pernah mengaku kesalahan.Sejak aku mula faham perkataan seawal tadika lagi, hinaan dan makian macam anak derhaka, pelac***, menyusahkan, lebih baik mati waktu kecil dan kata nista yang lain adalah perkara yang biasa bagi aku. Hanger, dinding, tali pinggang, kerusi, bucu meja pun biasa. Naifnya aku waktu itu, aku ingat semua keluarga begitu dan itu cara didikan kasih sayang..haha.. Bila aku mula betul-betul faham aku selalu doa pada tuhan mohon jangan makbulkan. Sebab dulu cikgu selalu cakap perkataan daripada ibu bapa itu doa dan mudah makbul ditambah dengan contoh karangan di mana keluarga bermasalah faktor gejala sosial remaja. Aku benci kalau tajuk karangan tu keluar. Aku tak nak jadi macam semua yang disebutkan. Aku membesar dalam ketakutan tapi cuba berusaha merubah nasib aku. Alhamdulillah sekarang aku dah besar, bekerja dan dilindungi Allah.
Bila kita dilanda ujian..Memang yang pasti wajib adalah bersangka baik dan mengadu pada Allah.. Solat kena berusaha lakukan sebab ianya wajib dan InsyaAllah sangat membantu untuk terus percaya yang masa depan akan lebih baik daripada masalah yang sedang berlaku.Percaya aku sebab aku dah alaminya..Tapi kat post ni aku akan share tips berkaitan pengalaman ye..Okay kita mulakan.
1. Belajar untuk jadi plastik
Aku tahu bukan senang nak jadi kental.Tapi untuk mengelakkan kena maki, kau kena buat-buat baik. Jangan melawan langsung bila kena maki. Sebabnya dorang akan kehilangan punca nak maki dan hina sebab kau anak yang baik. Tapi kes aku, baik pun kena hina juga. Lupa cuci pinggan kena label pela***. So, aku pura-pura xda perasaan bila berhadapan situasi tu supaya dorang penat dan berhenti sendiri. Nanti dalam bilik aku menangislah sampai tertidur. Pastu Aku mengadu pada Allah. Tenang dik..cubalah.
2. Jangan letakkan ‘expectation’ tinggi pada manusia.
Bila kau dah sedar keluarga kau bermasalah, perkara ni paling penting.
Masa aku kecil dulu aku selalu berusaha jadi cemerlang supaya ibu bapa aku bangga dan sayang aku. Alhamdulillah Allah bagi aku rezeki cepat faham, aku naik pentas terima anugerah banyak kali, pernah dapat tokoh murid dan budak target score UPSR, PMR, sampailah kolej.. TAPI, ibu bapa aku x pernah datang langsung mana-mana majlis anugerah tu semua walaupun ambil report card. Lagi sadis, paling aku ingat, ada majlis solat hajat untuk UPSR. Parents aku bergaduh dan x kisah langsung, akhirnya kakak aku yang temankan dan dia baru 13 TAHUN malah majlis tu malam, kami jalan kaki ke sekolah (sekolah aku kawasan bandar kena lalu jalan raya besar). Mujurlah zaman aku kes culik tu rare. Majlis tu habis lepas isyak dekat pukul 12. Ada dorang kisah? Kami balik dorang dah tidur. Dan jadi jahat pun aku dah pernah cuba sekali, tapi parents aku ketawa je, dorang x risau langsung.Jadinya aku nak cakap, jangan expect apa-apa dah..Buang istilah nak banggakan atau tarik perhatian ibu bapa kalau dorang memang jenis yang x kisah pun pasal hidup kau. Hikmahnya kau x sakit hati, x sedih dan boleh buat sesuka hati kau.
3. Belajar untuk menyayangi DIRI SENDIRI.
Point ni berkait rapat dengan yang atas. Mohon buat semua benda berfaedah yang kau minat dan boleh buat kau lupa tentang masalah yang ada.Sibukkan diri dengan belajar dan aktiviti kokurikulum. Ringkasnya, kalau kau usaha sungguh-sungguh dan cemerlang, di sekolah kau adalah pelajar yang disayangi, dapat banyak hadiah dan akhirnya kau jumpa keadaan yang positif di sekolah. Bila kau stress kena maki dan didera, adalah sikit yang boleh kau ingat dan buat kau hargai hidup ni. Istighfar dan teruskan hidup dengan menyayangi diri. Jangan rosakkan hidup kerana orang lain. Hidup kita..kita bentukkan.
4.Belajar berdikari.
Ni penting juga. Situasi aku bila ibu bapa dah bercerai. Dorang ego dan benci sesama sendiri, jadi anak-anak diabaikan dan ditinggalkan bersendirian. Duit adalah perkara yang sangatlah susah untuk didapatkan. Kalau minta yg sana, sama ada dia cakap “xda duit” @ “xnak bagi”. Bila minta yang sini, “xboleh selagi yang sana x bagi”. Dan lazimnya disertakan dengan makian..Jadinya kau berhuhu jelah.. Kami pernah jalan kaki nak simpan duit untuk beli juadah berbuka. Selalunya kena ambil bas dua kali adalah satu jam kalau naik kenderaan. Caranya, kau ikut banyak-banyak aktiviti di sekolah. Sebab kebanyakan pertandingan ada hadiah. Kadang duit kadang hamper. So yang tu kau boleh buat makan. Kalau kau jadi ahli koperasi lagi best sebab kadang dapat elaun dan dapat benda free. Paling bagus tinggal asrama kalau sekolah biasa yg ada (sekolah asrama penuh mahal), awal tu azab nak bayar yuran tapi lepas tu makan free. Puasa pun banyak orang sumbang. Kau xkan lapar. Percaya aku.
5.Boleh minta bantuan tapi jangan mengharap.
Aku dah banyak kali nak cuba cari pertolongan tapi x dapat sebab zaman aku kes-kes macam ni x femes. Ibu bapa maksum, yang ada istilah anak derhaka.Salah aku juga tak pernah cerita pada orang sebab nak jaga aib parents aku. Sudahnya bantuan yang boleh aku harapkan bimbingan kaunseling tapi hati-hati dik yang ni. Sebab orang sekarang ramai x boleh percaya. Silap-silap cikgu kaunseling tu kenal ibu bapa kau, kau kena dera balik nanti. Jadi elakkan. Minta bantuan dengan orang yg x kenal tapi hanya untuk luahkan. Sekarang ni banyak medium macam talian NUR, befrienders dan byk lagi. Situasi aku, cikgu dan kawan pun xtahu sangat pasal hidup aku sebab aku nampak normal..haha..Jadi aku ckp jelah pada alam dan Allah.
6.ELAKKAN BERCINTA.
Saja aku capslock kan, sebab ni perkara yang paling sentiasa dilakukan oleh anak-anak mangsa penceraian. Yelah dah kurang kasih sayang mestilah mencari kasih sayang diluar.kan? Aku x cakap seratus peratus x boleh. Baguslah kalau kau tau batas dan perkara tu buat kau makin berjaya. TAPI akan jadi masalah besar kalau kau biarkan diri kau yang dari keluarga rosak dirosakkan lagi oleh orang lain. Cuba kau tarik nafas dan fikir, kau dapat apa setelah rosak? sudahlah keluarga bermasalah..diri sendiri pun x hargai.. Macamana nak teruskan kehidupan positif jika semua segi xda yang membina.. Gelap..dunia akan jadi gelap..Sukar untuk teruskan perjalanan dan boleh membawa kepada keadaan yang lebib teruk macam depression. Tapi kalau kau x sengaja..xpa..aku faham. Banyakkan merenungi kehidupan dan bacalah biografi orang-orang berjaya yang membesar dalam keadaan bermasalah tapi boleh berjaya dengan positif. Contoh Oprah Winfrey yang dulunya mangsa deraan seksual dan sentiasa dihina tapi dia bangkit buktikan dia kuat dan boleh berbangga dengan kehidupan. Itu patut “kita” yang bermasalah ni contohi untuk terus bertahan..kalau orang lain boleh mesti kita boleh juga..dah..senyum sikit..Jadi ringkasnya, bukan x boleh tapi kena tahu batas. Tapi untuk aku, aku memilih untuk tidak sebab malas nak serabutkan otak dan dekatkan diri aku dengan risiko negatif. Lagipun aku trauma dengan apa yg jadi pada parents aku..susahnya nak buka hati. Jadi semua tu terpulang
Semua tips di atas adalah berdasarkan pengalaman aku.Aku faham masalah dan tahap ketahanan seseorang berbeza-beza bila dilanda ujian berkaitan keluarga terutama tentang ibu bapa. Tapi sebagai manusia biasa kita kena dan perlu juga menyesuaikan diri..sebab kalau bukan kita siapa lagi? Bila ibu bapa kita pun dah cukup mendera fizikal dan emosi, manusia mana lagi yang boleh sayang kita kalau bukan diri sendiri?? Kita kena tabah dan buktikan kita mampu juga berjaya dan menjadi manusia normal bukan seperti hinaan yang mereka selalu lemparkan. Aku sendiri pun xkan sekuat ini kalau bukan kerana Allah tolong. Jadi kau kena lihat, alami, belajar dan seterusnya bina benteng untuk x jadi “gagal” seperti ibu bapa kau.
Aku nak jelaskan yang aku takdalah sepenuhnya positif pada masalah yang terjadi, wajiblah ada negatifnya. Ada masanya aku lemah dan penat. Kadang geram sangat sampai rasa nak hantar skrip untuk filemkan kisah aku hidup aku ni..haha..Biar satu dunia tahu kes sebegini wujud. Nasib aku maaih waras. Jujur, sampai sekarang aku masih lagi rasa sakit hati tu terutama situasi di mana bila memang tahu yang aku masih ada ibu bapa yang hidup tapi tak nampak jasad dan mereka memilih untuk tak nafkahi kami adik beradik dengan baik sewaktu kami masih perlukan kasih sayang dan bimbingan orang dewasa. Sekarang bila kami dah boleh jaga diri sendiri, barulah mereka muncul kembali. Paling sakit bila mereka mengungkit pasal masa lalu walhal mereka umpama x wujud pun waktu tu. Dan ya, salah seorang masih kerap memaki dan menyumpah anak-anaknya yang dah berkahwin supaya bercerai. Seramkan? Aku hanya mampu istighfar dan doa pada Allah yang terbaik. Doakan aku terus kuat dan terbuka hati untuk menerima seseorang suatu hari nanti. Semoga Allah sentiasa lindungi kami dan kamu semua. Amin.
– Sis sedang bertahan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit