Tips Rawatan Hati

Acapkali saya baca kisah mengenai jodoh. Ramai yang merasa kecewa, sedih kerana masih belum bertemu jodoh. Saya bukan nak share kekecewaan saya tetapi memberikan sedikit tips yang saya harap dapat membantu adik2 sume.

Sebelum tu saya share sedikit latar belakang saya. Saya wanita yang baru mencecah 40 tahun, masih single, berpendidikan tinggi, berkerjaya sesuai dengan pendidikan saya…. alhamdulillah.

Ayah saya meninggal ketika usia saya 12 tahun dan ibu saya menyusul ketika saya berusia 25 tahun. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Adik beradik saya 8 orang dan kesemua mereka berada jauh di negeri lain kecuali adik lelaki saya yang berada sejam perjalanan dari rumah saya.

Dulu semasa kecil, saya sering diberitahu, kalau nak kawin kena pandai masak, kemas rumah, jangan duduk terkangkang dan kalau pandai menjahit tu is a plus point.

So, saya nak bagitau pembaca yang saya memang sediakan diri untuk itu sume. Saya boleh memasak dan mahir menjahit sehingga baju opis pun saya jahit sendiri. Cukuplah serba sedikit mengenai diri saya. Ada sebab kenapa saya cerita pasal latar belakang saya. Saya akan ceritakan kemudian.

Selalu orang musykil dan persepsi masyarakat pada orang seperti saya ialah memilih sangat dia ni atau tak laku lah tu atau mesti ada pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan.

Untuk pengetahuan pembaca, saya mempunyai ramai teman lelaki in the past yang sudi menjadikan saya suri hatinya dan tidak pernah sekali pun kecewa dalam bercinta kerana selalunya jika tak kesampaian saya akhirinya dengan baik. Bukan tujuan saya hendak berbangga tetapi untuk membuktikan yang bukan sume persepsi masyarakat itu benar.

Saya ingin share dengan adik-adikku yang single, cubalah untuk redha dengan ketentuan Allah. Rasai dengan sepenuh hati dan percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Saya tau ianya sukar, tapi saya bercakap dari pengalaman sendiri. Saya ceritakan pengalaman yang betul-betul memberikan impact pada diri saya.

Saya dikenalkan dengan seorang lelaki, rupa paras kacak bergaya, berkerjaya kukuh, baik orangnya, hormat orang tua. Pendek kata kami sekufu kalau dijodohkan. Umur saya 25 pada waktu itu dan si dia 28 tahun. Kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk menjodohkan kami. Namun kedua-dua ibu kami mempunyai penyakit kronik dan sering dimasukkan ke hospital.

Ibunya berhajat untuk melihat kami disatukan, namun tidak kesampaian. Halangan demi halangan Allah berikan pada kami dan akhirnya kedua-dua ibu kami meninggal dunia pada tahun yang sama tanpa melihat kami berkahwin. Kami kemudian membawa diri masing-masing melayan kesedihan kami. Niat untuk berkahwin terbatal.

Saya mempersoalkan ketentuan Allah, kenapa semua ini berlaku sedangkan bagi saya, lelaki itu jodoh yang sesuai bagi saya. Kenapa Allah menghalang sesuatu yang baik untuk saya? Saya memberontak, sedih, berani mempersoalkan Allah.

Allah itu Maha Besar dan Mengetahui, percayalah wahai pembaca, 2 tahun selepas itu saya dengar yang si dia sudah kembali ke rahmatullah disebabkan penyakit genetik yang mengambil nyawa ahli keluarganya satu persatu. Yang tinggal hanyalah sepasang kimono yang ingin dihadiahkan pada saya tetapi tidak kesampaian.

Pembaca bayangkan jika saya berkahwin dengannya dan mempunyai anak. Sememangnya berkemungkinan besar anak saya akan mendapat penyakit yang sama dan juga meninggalkan saya kemudian hari.

Jadi saya akan menjadi janda dalam tempoh yang singkat dan kemungkinan menderita kehilangan anak juga. Sungguh aku mengaku kekuasaan Allah. Dua tahun Allah mengambil masa untuk memberikan jawapan kepadaku mengapa lebih baik aku tak dijodohkan dengannya.

Sepanjang usia saya, banyak lagi pengalaman lain yang membuka minda saya yang sempit ini tapi terlalu panjang untuk saya kongsikan di sini. Percayalah, bila adik2 rasa Allah menghalang, jangan diteruskan.

Bagaimana kita nak tau? Apabila terlalu banyak masalah datang yang menghalang kita dari meneruskannya. It is a sign…believe me. Sentiasa redha dan sabar dan adik akan mendapat jawapannya dikemudian hari.

Jadi bagaimana saya masih tenang dan tidak panik walaupun sudah lanjut usia untuk berkahwin.

1. Cari tujuan hidup

Bagi saya, saya mahukan kebahagiaan. Harta boleh dicari dan tidak boleh dibawa masuk kubur. Bear in mind, adik2ku kebahagiaan tidak semestinya ditemui dalam perkahwinan. Sebagai wanita single, kelebihan kita adalah ‘me time’ yang tidak terbatas, kebebasan untuk melakukan apa yang kita suka, kebanyakan pendapatan kita boleh di belanjakan untuk keperluan diri sendiri walaupun jangan lupa pendapatan kita juga partly untuk orang lain. Jadi look for the advantage and never think of the disadvantage.

2. Penuhi masa

Jangan biarkan diri anda berseorangan tanpa sebarang aktiviti. Lain orang lain caranya. Bagi saya, saya mempunyai pelbagai hobi sehinggakan saya tiada masa untuk biarkan fikiran saya menerawang memikirkan perkara tidak berfaedah dan merosakkan diri. Saya baca buku cerita, cuba-cuba menulis novel, hiaskan kediaman, membuat barang art & craft, berkebun, menjahit baju dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah berkahwin, maybe once upon a time mereka boleh buat ini semua tetapi sumenya menjadi history. Jadi take this as your advantage and enjoy it!

3. Jangan layan perasaan toksik

Berbalik pada tujuan kenapa saya ceritakan latar belakang saya. Saya tinggalkan pada pembaca untuk komen. Adakah saya tidak layak untuk berkahwin? Mungkin saya syok sendiri, tapi pada pandangan saya, walaupun tak superb tapi saya penuhi minimum requirement untuk menjadi seorang isteri. Kalau saya layankan perasaan toksik saya, sudah semestinya saya rasa layak untuk berkahwin tetapi kenapa tidak diberi peluang.

4. Hargai support system

Apa yang saya maksudkan sebagai support system ialah ibu bapa, ahli keluarga, rakan yang selama ini membantu adik2 untuk teruskan hidup. Jika adik2 lihat, saya sudah tidak mempunyai ibu bapa dari usia yang muda. Adik beradik pun jauh di negeri lain. Sakit pening sememangnya saya tanggung sendiri. Semestinya sangat mudah untuk kita kesiankan diri sendiri, tapi saya pilih untuk kuat. Ingat adik2ku walaupun ada suami, kengkadang ada masa juga wanita bersuami yang tak ditemani suami mereka ketika sakit.

5. Jangan takut mati seorang diri

Ini mungkin persepsi biasa masyarakat, bila kita single kita akan mati sendirian. Percayalah rezeki masing-masing sudah ditentukan, nak mati sendirian, nak mati dengan kehadiran ramai orang. Itu semua sudah ditentukan Allah. Lagipun dalam kubur kita tak heret suami dan anak kita sekali kan. Kita masih sendirian dalam kubur. So never be afraid to be alone.

Banyak lagi yang ingin saya coretkan. Tapi dah panjang bebenor teman rase. For all single ladies…be strong, love yourself and never let yourself down!!

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *