Tips Rumahtangga Bahagia

Assalamualaikum.. Maaf jika penulisan ini kurang menarik. Cuma sedikit tips ingin saya kongsikan sebagai rahsia perkahwinan bahagia.

Saya selesa menulis tajuk ini sebagai Tips Rumahtangga Bahagia berbanding dengan Tips Rumahtangga Sempurna, ini kerana saya tahu kita sebagai manusia di dunia ini tiada yang sempurna sebab itu tajuk rumahtangga bahagia lebih sesuai.

Sebenarnya saya dah lama dah nak menulis entri ni, cuma masih teragak-agak.

Apa yang saya nak kongsikan ini tips yang sangat ringkas dan berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri, serta ibu bapa saya, dimana usia perkahwinan mereka yang telah menjangkau 30 tahun lebih.

Dalam perkahwinan, sangatlah penting untuk kita tahu formula yang betul dalam hidup berumahtangga ni sebenarnya.

Macam kita belajar sesuatu subjek mahupun kita bekerja di suatu syarikat, kita akan rasa susah kalau kita tiada formula/ step, sebab bila kita dah ada formula/ step, pasti kita akan rasa mudah untuk lalui sesuatu perkara tu.

Sama juga proses kita menjadi kanak-kanak. Pada mulanya kita adalah bayi yang hanya tahu menangis, kemudian langkah demi langkah kita mula bertatih seterusnya merangkak sebelum kita boleh berjalan dengan baik.

Mana ada bayi yang lahir dan terus boleh berjalan, mesti kena step by step..

Ada 3 elemen penting dalam berumahtangga untuk kekalkan kebahagiaan.

Pertama, Sakinah. Sakinah bererti ketenangan. Ketenangan macam mana yang saya maksudkan?

Ketenangan dalam mengejar redha Allah Swt. Usaha dalam mendekatkan diri kepada Dia. Solat, bersedekah, pendek cerita buat perkara yang baik bersama pasangan, bimbing pasangan ke jalan Allah.

Letakkan rasa cinta kepada Dia dulu sebelum letak rasa cinta kepada pasangan sebab Dialah yang menghidup dan mematikan hati-hati dan rasa cinta hambaNya.

Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Dia akan jaga hati serta hubungan sesama kita.

Elemen kedua, Mawaddah, bererti kasih sayang. Setiap pasangan tak kira suami atau isteri perlu berkasih sayang di antara satu sama lain.

Contohnya, suami tidak mengasari isteri dengan memukul, tidak mendera mental dan fizikal dan memahami sang isteri.

Begitulah juga dengan isteri, berkata lemah lembut dan melayani suami dengan baik. Berkomunikasi secara berhemah sesama pasangan juga merupakan bentuk elemen mawaddah ni.

Elemen terakhir adalah Rahmah iaitu belas kasihan/ ihsan. Elemen ini juga penting dalam memastikan keharmonian dalam perkahwinan.

Saya terangkan secara lebih jelas contoh elemen Rahmah ini. Suami membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah, pasangan bersama-sama menguruskan anak-anak.

Jangan biarkan pasangan kita galas tanggungjawab urusan rumah tangga tu seorang diri, sebab pasangan lama-kelamaan akan jadi burn out dan boleh jadi tawar hati.

Jangan didik minda dan diri kita untuk letak tanggungjawab urusan rumah/ anak ke atas bahu suami mahupun isteri 100%.

Jangan. Jangan ajar diri untuk jadi seorang yang penting kan diri sendiri. Elemen ketiga ni more kepada “give and take”. Bila wujudnya bertolak ansur dalam rumahtangga, hubungan keluarga akan jadi lebih baik.

Kita selalu mendengar pelbagai masalah dalam hidup berumahtangga, kes pasangan curang, kes dera, dan macam-macam lagi.

Salah satu punca terjadi perkara macam ni sebab dalam perkahwinan, sebab tak lengkap ketiga-tiga elemen ni.

Saya bagi pendekatan, contoh pasangan A ada elemen Sakinah dan Mawaddah, tapi mereka tiada elemen Rahmah, jadi akan berlaku konflik di mana pasangan mereka ni akan mula rasa terbeban dalam rumahtangga tu sebab pasangan tak mahu membantu.

Sebab tu, perkahwinan susah untuk raih bahagia.

Dalam hidup ni, kita takkan terlepas dari badai ujian yang melanda kerana setiap orang, ada ujian yang berbeza-beza, tapi back to basic.

Amalkan 3 elemen ini untuk kekal konsistensi dalam perhubungan.

Semoga perkongsian tips dari saya ini bermanfaat untuk pasangan yang sudah berkahwin, akan berkahwin dan belum berkahwin.

Saya harap penulisan ini menjadi salah satu pahala yang berterusan buat saya apabila saya sudah tiada nanti.

– Najjah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *