kepada admin,
tolong rahsiakan identiti saya, penulis cerita ini.
terima kasih kepada admin kerana post cerita saya. tujuan saya menulis ini adalah untuk berkongsi dengan orang ramai tips tips nk score ielts tanpa tutor. fyi, saya adalah seorang yg sangat lemah english dari kecil sampai besar sebab bagi saya english banyak menyusahkan dan agak susah untuk belajar. hahahaha
tips score “IELTS” tanpa tutor
ielts adalah test yang di ambil oleh student yang hendak belajar luar negara, kalau untuk belajar dalam negara ambil MUET. ada orang cakap IELTS lagi susah dari MUET tapi aku taktahu yang mana lagi susah sebab aku belum pernah ambil MUET. so aku nak share beberapa tips & cara nak score ielts. Sesetengah universiti atau scholarship telah menetapkan score yang harus dicapai untuk ielts, iaitu 6.5 points.
1. Download tutorial free
Cara ini amat penting untuk student mengetahui bagaimana soalan – soalan
ielts & cara nak tackle soalan. Terdapat banyak website yang menyediakan tutorial yang berharga ratusan
di kedai buku yang anda boleh dapat secara free. disini saya kongsikan berapa-berapa website ( https://ieltsmaterial.com/ , https://www.ielts-exam.net/ , https://www.ieltsbuddy.com/ ) sila google sahaja untuk cari jenis jenis soalan, kalau dekat kedai harga sebijik buku paling murah pun RM70.
website ini menyediakan soalan lengkap ielts samada ada listening, writing, reading, speaking.
2. Minta tolong dengan kawan-kawan
Disebabkan aku kekurangan wang untuk attend tutor, aku minta tolong kawan aku yang pandai english untuk memeriksa esei-esei yang aku buat. Berbekal kan hanya 4 esei yang kawan aku check alhamdulillah aku mampu menjawab writing dengan jayanya. jangan malu mintak tolong kawan untuk ajar kerana itu adalah salah satu kita mengetahui kesalahan kita. Nk senang lagi kalau bahagian essay tu hafaz je essay mana yang ko berkenang.
3. Just do it
yakin dengan diri sendiri bahawa kita mampu melakukan dengan baik terutamanya ketika test speaking.
Sebagai orang malaysia kita mempunyai loghat english yang berbeza beza tapi itu bukan masalah nya.
its do nothing when we speaking. it doesnt matter. Native speaker akan memahami apa yang kita cakap, non stop talking is the best way to score speaking. yang penting kena YAKIN. biar lah muka mat salleh tu macam tak paham apa ko cakap yang penting ko yakin & pronounce ko tak lari jauh dari perkataan yg ko sebut tu. kalau korang nk tahu kan aku terpaksa ulang balik apa aku cakap sebab mat salleh tu tak paham aku cakap. alhamdulillah nasib baik aku yakin. hahahaha
4. menonton English movies
terus terang bagi aku menonton english movies paling berkesan kerana kita boleh belajar banyak perkara ( You hear how things are said, You learn English words in context ). Sebaiknya menonton documentary,seperti Planet Earth, Before the Flood & The Revenant kerana ielts banyak mengguna “high level words”.
Kalau dah penat buat latihan, takes a break and watch movies. Movies english banyak bantu aku dalam bahagian reading!
5. Surah Al-Waqiah
last but not least, sepanjang aku menghitung hari result ielts, selesai menunaikan solat magrib aku tidak akan lupa untuk membaca surah al waqiah. Teruskan doa kejayaan pasti milik kita. ingat usaha tawakal doa! doa memainkan peranan penting tau nk berjaya
Walaupun bagi seseorang amat mudah untuk score ielts tapi bukan bagi aku.Buktinya aku terpaksa repeat ielts walaupun aku kesempitan wang masa itu & dengan pressure nya bila aku tahu ramai yang tak dapat score IELTS aku teruskan perjuangan aku dengan izinNya. sekain dari aku. aku harap tips tips yang aku kongsi ini bermanfaat untuk korang. btw doakan aku dapat scholarship.
Sekian dari aku.
– aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit