Assalamualaikum, hai semua⦠Aku FS. Tujuan aku tulis ni sebab nak share sikit terutamanya kepada remaja yang tengah mencari kerja dan dalam proses menghadiri temuduga. Sebelum tu aku cerita sikit pasal diri aku. Aku diberi peluang untuk bekerja di dalam company yang buat online marketing, iaitu menjual produk-produk kecantikan dan supplement kesihatan. Jawatan aku lebih kepada admin clerk dan PA kepada bos. Jadi sepanjang proses mencari staff bahagian online marketing, aku terlibat sepenuhnya dan bos ajak aku untuk duduk sebelah dia sewaktu proses temuduga dijalankan. Proses mencari calon juga aku yg lakukan sendiri iaitu dengan cara iklan di FB.
Jadi sini aku nak share sikit pasal interview-interview yg pernah aku jalankan. Ada banyak sebenarnya, tapi aku share beberapa saja sbb tak nak panjang sgt.
Kisah 1 β Lelaki umur 20
Dia whatsapp aku bagitahu nak kerja. Tapi masa tu first batch dah penuh. Jadi aku terpaksa tolak dia. Masa company buka second batch interview, dia whatsapp aku lagi. Aku rasa dia macam serius nak cari kerja, jadi aku panggil dia datang interview.
Masa interview tu standard lah kalau tanya pasal pengalaman kerja sebelum ni dan sebab berhenti. Korang rasa dia jawab apa?. Aduh, boleh pulak dia cakap yg dia kena buang kerja sebab tak perform. Siap burukkan majikan lama lagi. Bila tanya kerap cuti ke tak, dia jawab selalu tapi ada MC.
Masa tu aku dah geleng kepala dah. Adik oi, tak payah la jujur sangat sampai macam tu. Kau rasa kalau kau cakap macam tu, majikan baru nak kesian kan kau ke. Dah tentu-tentu dia reject sebab logically, takkan ada majikan yang akan buang kau kalau kau tak buat masalah. Dan kalau kau burukkan majikan lama depan dia, tak mustahil nanti kau akan burukkan dia depan majikan baru atau orang luar, kan?
Lepas tu bos aku tanya pulak pasal cita-cita dia, dia boleh lagi jawab tak tahu. Aduh, umur dah 20 takkan tak de satu pun cita-cita. Kalau ye pun, kau goreng je la janji logik. Tanya perancangan masa depan pun tak boleh jawab. Kalau kau cakap nak kahwin pun, dah dikira perancangan la tu.
Tapi bos aku ni kira baik la. Dia bagi lagi peluang utk adik ni cakap sebelum selesai interview. Bos aku suruh explain kenapa company kena ambil dia kerja situ. Tapi adik ni diam je, tak tahu apa nak cakap. Masa tu aku rasa nak hempuk je kepala dia, atau pun hempuk kepala aku sendiri sebab geram sgt.
Kejap lagi aku share tips dari bos aku. Dia bukan tanya hal perancangan masa depan dan cita-cita tu dgn sengaja tau. Semua tu ada sebab. Dan peluang terakhir sebelum habis interview tu pun aku akan share.
Kisah 2 β Lelaki umur 22
Yang ini lagi best. Belum datang interview lagi. Aku pun tak sure nak panggil dia datang interview ke tak. Macam ni kisah dia. Dia Whatsapp aku, tanya pasal kerja. Aku explain sikit pasal scope kerja, so kalau dia berminat, boleh lah proceed utk dtg interview. Tiba-tiba dia minta nombor telefon bos. Bila aku tanya kenapa, dia jawab nak cakap sendiri dengan bos. Procedure company mana yang benarkan staff edarkan nombor telefon bos sesuka hati macam tu, kau rasa?. Kalau ada, komen kat bawah. Aku nak puji sikit bos tu. Haha. Aku bagitahu dia, semua urusan kena melalui aku, dan kalau nak kerja, kena datang interview dulu. Boleh dia reply macam ni, “saya nak sembang sendiri dgn bos di kedai makan”.kau rase??
Belum interview dah demand nak jumpa bos sendiri, kat kedai makan pulak tu. Agak-agak lah nak request pun. Logik ke macam tu?. Lepas tu, nak interview ikut date sendiri. Tak nak ikut date yang aku bagi. Sebab dia masih kerja lagi dan tengah tunggu masa nak berhenti. Ingat bos aku tu kawan dia ke?. So aku belum decide lagi nak panggil dia datang interview ke tak sebab date yg dia nak tu, bos aku tak ada kat sini. Outstation.
Kisah 3 β Lelaki umur 25
Yang ni muka hensem gila. Badan sado macam selalu berkampung kat gym. Muka suci je cuma kurang senyum sikit, so nampak sombong. Dia datang interview utk second batch, so semua staff perempuan yg ada di office time tu mengharap agar bos terima dia. Sebab boleh buat cuci mata hari-hari. Haha.
Tu luaran je dik oi. Hakikatnya, lepas je dia keluar dari bilik bos, bos aku terus decide utk reject dia. Tak fikir panjang dah.
Sebabnye? Meh nak cerita. Lebih kurang sama macam kisah 1 tadi. Tanya apa semua tak tahu jawab. Muka sombong tak senyum walaupun depan bos. Duduk pun bersandar sambil goyang kaki. Tangan bersilang. Tak formal langsung. Cakap pun susah nak dengar macam ada emas dalam mulut.
Dia ni pun bos ada bagi peluang terakhir utk cakap apa saja supaya company boleh terima dia bekerja, tapi dia cakap tak tahu. Kalau nak ambil, ambil lah. Kalau tak nak, dia boleh pergi interview tempat lain. Wah, rileks je dia cakap macam tu. Adoi. Terus kena reject.
Ok tu antara kisah yg aku rasa boleh kongsi. Sekarang aku nak share tips sikit. Tips ni bos aku sendiri yang bagi. Maksudnya dari pandangan seorang bos, ini yang dia nak dengar daripada orang yang datang interview tu. Dia siap cakap, kalau orang tu boleh jawab mcm ni, dia akan terus ambil kerja.
1. Pengalaman kerja
Tak semua orang ada pengalaman kerja yang betul2 fit satu company tu betul tak?. Tapi jgn jadikan itu sebagai alasan. Kalau kerja-kerja kau sebelum ni tak ada kena-mengena dgn kerja yang kau nak apply sekarang, just cakap yang kau rajin belajar dan suka belajar benda baru. Bukannya asyik jawab “tak tahu” je.
Dan jangan sesekali burukkan majikan lama kau. Walaupun kau berhenti kerja sebab dibuang, tapi cuba jgn jujur sangat atau pun cakap yang kau dah sedar salah kau atau pun kau nak improve.
2. Attitude
Cara korang cakap dan jawab soalan tu pun dah boleh tunjukkan attitude korang yang sebenar. Aku faham korang nervous. Siapa yang tak nervous masa kena interview. Tapi jgn biarkan nervous tu take over korang sampai korang tak boleh nak fikir cara utk goreng apa pun masa interview. Tak perlu betul pun, cuma biar logik dan ada confident semasa bercakap. Kalau boleh, guna bahasa yang formal especially kalau bos tu bukan malay. Sebab ada yang datang interview tu, cakap slang atau loghat. Aku pulak nak kena jadi translator sebab bos aku tak faham. Itupun akan potong mood juga sebenarnya.
3. Peluang Terakhir
Selalunya sebelum selesai sesi interview, majikan mesti akan bagi korang peluang untuk cakap something kan. Ini tips yang paling penting. Bos aku bagi tips jawapan macam ni:
“Bos, kalau U tanya saya pasal kerja ni sekarang, memang ilmu saya kosong. Tapi saya berani jamin kalau bos bagi saya peluang cuba 2-3 bulan, gerenti saya boleh bagi untung pada bos. Bos bagi saya peluang utk belajar dulu, dan kalau lepas habis tempoh percubaan tu saya masih gagal, bos boleh buang saya”
Confident level kena tinggi. Mana-mana bos pun especially bahagian merketing atau sales kalau dengar staff yang ada semangat macam ni, mesti dia akan pandang korang tinggi punya.
Aku share sebab aku kesian tengok ramai orang nak kerja, tapi sebab salah jawab masa interview, terus tak diterima bekerja. Ini dari cara dan pandangan aku. Korang pandai-pandai la adjust ikut styles korang sendiri. Ingat, konfident perlu tinggi, tapi haruslah logik juga ya.
Sekian, wassalam.
– FS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit