Assalammualaikum untuk semua readers. Thanks to admin jika sudi siarkan confession aku yang kedua kalinya berkaitan dengan Tips Persediaan FYP. Untuk Part 1, korang boleh tekan link ini https://iiumc.com/tips-semasa-
1.Luangkan masa yang banyak untuk research study
Dah nama pun research, of course korang kena struggle. Okay, aku nak tekankan di sini betapa pentingnya research study ni untuk FYP korang tu. Research study yang dimaksudkan, bukan semata-mata korang baca journal sahaja, itu tak cukup beb. Dah la tajuk FYP korang ni ada yang tak pernah wujud dalam silibus masa bertahun-tahun belajar ni university. Nak tak nak, kena struggle lebih untuk fahamkan research study korang tu. Ni sapa yang berminat nak dapat A je la. Sebagai contoh, tak rugi kalau korang pergi bengkel untuk menambah ilmu. Invest la sikit duit untuk pergi bengkel-bengkel seperti ini, sebab korang tak rugi pun. Selain itu, gunakan platform lain untuk belajar contoh You Tube. Jangan berkira kalau bayaran bill kau naik bulan tu sebab buka You Tube. Lagipun, untuk tujuan belajar jugak kan. Alah kak ni, FYP je pun. Huhu. Meh, akk nak bagi tahu, buat masa ini memang korang rasa tak ada nilai FYP yang korang buat, tapi, tahukah anda, semasa iv untuk cari kerja nanti, korang boleh tunjuk buku tebal korang pada interviewer as a bonus yang menunjukkan projek tahun akhir kau gempakkk. Itu salah satu pendorong untuk membolehkan kau mudah dapat kerja nanti.
2.Report kena gempak
Macam kos aku, ada percentage markah untuk development and report. And obviously, markah untuk report tersangat lah banyak. Jadi, masa kau buat development or eksperimen ka apa, jangan anak tirikan report kau tu. Setiap kali korang buat satu chapter, minta SV korang check. Kalau dia suruh korang ubah mana-mana, ikut je. Korang kena betulkan report sampai jadi cantik. Kalau kena 50 kali ubah, buat je. Nak ikutkan rasa penat, memang lah penat. Tapi penat tu membuahkan hasil. So jangan stress-stress, okay. In case korang punya SV jenis yang tak ambil berat pasal report korang, check macam tak check. Jangan sedih, pergi jumpa mana-mana pensyarah yang kau rasa okay, duduk berbincang. Nyatakan masalah korang and minta pertolongan dia check kan report kau. Pensyarah tak kan tolak beb, sebab dia lagi suka dan sayang student yang macam ni. Bak kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
3.Rekod setiap perjumpaan dengan SV
Yang ni aku rasa ramai yang ambil ringan pasal rekod perjumpaan dengan SV. Kalau kos korang ada satu buku, di mana setiap kali, korang jumpa SV, SV akan sign, korang kena update. Jangan malas nak tulis benda tu semua. Sebab benda yang korang rasa cikai tu ada markah. Ya, rekod tu ada markah. Jadi, jangan dok bagi hilang buku tu pulak.
4.Hubungan dengan SV kena kamcing
Kenapa aku cakap kena kamcing ? Sebab markah paling banyak pada SV kau. Please jangan dok buat perangai tak senonoh atau yang menyebabkan SV korang menyampah dengan korang. Serius, markah kau sikit je nanti, tak silap, dia FAILED kan kau. Haa, takut tak ? hehe Walaupun kau tak suka dia, kau kena kuatkan semangat. Walau dia garang macam mana, ingat itu ujian. Yang penting, ikut je apa yang dia cakap. Selain itu, jangan pernah missed jumpa dia. Baru SV sayang kau. Tunjukkan prestasi yang baik pada mereka. Kalau ada masalah, jangan simpan. Luah dan bincang elok-elok dengan SV. Nampak tak, betapa pentingnya SV. Aku rasa, SV ni macam ikut nasib. Kalau nasib kau baik, dapatlah SV yang baik. Kalau tak, tak lah. Apa-apa pun bersangka baik sajalah.
5.Buat banyak backup
Time FYP ni, perkara biasa kalau laptop tetiba rosak. Sebelum ni tak pernah-pernah nak rosak, time buat FYP la rosaknya. Ha biasa lah tu. Sebab kadang-kadang lappy kau tak dapat tampung banyak sgt apps yang di install dan report kau yang berpuluh-puluh page. Nasihat aku, kalau awal-awal dah tau laptop ada virus, pergi format siap-siap. Alah, bukan nya mahal, RM 50. Haha. Kalau RAM laptop dah penuh, pergi tambah baru. RAM penuh tu yang buat laptop kau slow. Tak syiok lah nak buat FYP kan. Kau boleh buat backup dengan cara buat video. Selain itu, copy banyak-banyak report kau letak kat laptop kawan, and Dropbox. Ada lagi ke yang tak tahu Dropbox tu apa ? Ha, balik pergi cari. Kalau tak biasa dengan Dropbox, kat google drive pun boleh.
6.Jangan menggunakan khidmat FYP helper
Ni aku rasa, lecturer korang maybe ada yang warning awal-awal supaya jangan ada niat di hati nak upah FYP helper untuk siapkan projek kau. Selain daripada melanggar etika universiti, korang juga nanti akan hadapi masalah yang besar di kemudian hari. Masalah apa ? Sewaktu VIVA nanti, korang tak kan pernah expect, soalan apa yang keluar dari mulut panel. Buatnya panel tanya, Hashim, macam mana terjadinya benda ni ? Tak kan kau nak jawab, entah lah Prof. Bukan saya yang buat. Saya upah orang. Memang kena tanam hidup-hidup lah korang lepas tu. Tapi kak, walapun, saya upah orang, saya suruh orang tu explain balik pada saya. Kalau kau faham dengan jelas sejelasnya seolah-olah faham kau macam kau yang buat, itu tak apa Tapi kalau, setakat faham gitu-gitu aje, macam mana kau nak cover depan panel nanti ? Contoh, kau upah orang buat sistem, dengan bangga nya kau present depan panel. Buatnya panel minta kau ubah source code system, haa, gelabah beruk kau nanti. Kesimpulannya, jangan cari penyakit lah. Da nama pun belajar, memang lah susah.
7.Jangan argue dengan panel
Yang ni aku nasihat pada korang, jangan pernah berargue dengan panel masa VIVA. Kalau kena hentam dengan panel, benda tu perkara biasa. Menangis time kena hentam, itu scene biasa especially bagi gegirl. Projek kau dikatakan sampah dan tak bernilai, itu perkara biasa. Report kena campak pun, perkara biasa. Korang jangan takut or risau. Panel saja nak gertak. Walaupun panel macam tu, mereka tetap akan bagi markah yang selayaknya dengan usaha kau. Panel pandai menilai sebab depa pun pernah jadi student macam kita. Dorang buat macam tu sebab nak train kita supaya next time, kita akan lebih ready and excellent dengan FYP kita. Apa yang panel tegur, terima dengan hati terbuka. Anggap ia sebagai learning process. Kalau tak tahu jawapan yang panel tanya, jawab je tak tahu. Kita masih dalam belajar, kan.
8. Kekuatan spiritual
Dalam hidup kita ni, kita tak dek daya upaya melainkan pertolongan dari Allah. Kalau kau rasa tiba-tiba hilang semangat nak belajar, dengar ayat ruqyah. Ayat ruqyah ni bukan semata nak halau jin je tau. Selain itu, setiap hari buat solat sunat. Minta agar dipermudahkan segala urusan FYP tu. Hubungan dengan Allah kena jaga at the same time, hubungan dengan manusia pun sama. Kalau kau penat buat FYP, rehat sekejap dalam 10-15 min, pastu sambung balik. Jangan push otak tu sangat. Boleh menyebabkan stress dan itu bahaya.
Aku rasa cukup dah kot untuk entry kali ni. Chaiyok untuk semua student FYP, semoga dipermudahkan.
Assalammualaikum
– Erina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit