assalamualaikum,
nama aku seri, aku pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan. setakat ni, dah 3 buah negara dah aku travel. ye aku tahu bilangan tu agak sedikit untuk share tips bagai. tapi aku tetap nak share jugak tips ni. sebab bila aku pergi travel mana-mana, mesti ada kawan-kawan yang kata, “kau tak pelah kaya boleh pergi merata”. aku pergi travel, sesen pon tak mintak duit parents ataupon guna duit ptptn.
so sekarang ni aku nak share cara aku travel semasa tengah study.
1. Travel partner
cari travel partner. ini penting sebab untuk permulaan, parents mana je bagi kau travel alone kan. so cari kawan yang boleh dibawak travel. yang jenis tak berkira, yang bukan jenis reti sembang kencang. dalam facebook kemain tag kau, tapi bila nak pergi semua krik krik. yang jenis fit. ye lah bila kau travel, kau guna banyak energy, kalau dapat yang mudah letih, then tak de mood, boleh spoil kau punya holiday.
2. Set kan negara yang nak pergi
untuk permulaan, aku hanya start pergi negara jiran. macam aku ni, tak pernah pergi jauh lagi dari family, mestilah kena start dengan negara yang dekat-dekat barulah parents tak risau kan. so aku suggest kan 3 negara jiran iaitu Singapore, Thailand and Indonesia.
3. Set kan bajet
untuk 3 negara yang aku sebut tu, bajet kurang dari rm1000 dah cukup untuk pergi. macam aku pergi thailand (hatyai+krabi) dalam rm700++ dah cukup termasuk souvenir. singapore dalam rm600++. indonesia (jogja) dalam 900++.
4. set kan tempoh simpan duit
macam aku, aku dan kawan-kawan akan ambik masa setahun untuk simpan duit. since kitorang ni masih student, kitorang menyimpan rm10 seminggu. then duit ni kitorang simpan dalam 1 akaun bank seorang. then kad bank dia, orang lain akan tolong simpan(tapi orang yang simpan tu tak tahu no pin lah) so kat sini tak de isu tak percaya kawan. biasanya dalam setahun, kitorang boleh menabung hampir rm500 seorang. termasuk cuti semester.
5. kerja part time masa cuti semester
okay yang ni bukan semua orang boleh buat. sebab tu penting cari travel partner yang sesuai. kecuali kau orang kaya tak pelah kan. sebulan kau kerja, akan dapat lebih kuran rm900++. so boleh amek duit tu sikit untuk topup mana yang tak cukup dari yang korang kumpul. kalau lah korang ni jenis yang tak suka kerja part time, korang boleh tambah tempoh simpan duit tu dari setahun kepada 2 tahun. 2 tahun lama? okay lah 2 tahun daripada tak pergi mana-mana kan?
aku rasa tu je kot tips dari aku, tapi tips no 4 tu adalah tips paling penting. sem depan korang dah boleh start menabung, simpan duit tu dengan kawan-kawan. zaman sekarang ni bukan semua orang kaya je boleh travel, kita yang tak berapa kaya ni pon boleh travel, tapi antara nak dengan tak nak je lah kan. good luck untuk sesiapa yang ada keinginan untuk travel. korang boleh start dari sekarang. bye
– seri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit