Assalammualaikum.
Tadi aku ada baca mengenai confession ptptn dan simpanan yang meminta tips kewangan. Dan di dalam confession ini, sekiranya cik admin berpendapat ia memberikan manfaat dan kebaikan buat para pembaca, silakanlah approve untuk tatapan semua.
Jadi hari ini, aku Huzair, bekas pelajar UIA ingin kongsikan sedikit tips kewangan atau tips untuk survive di universiti-yeah, surviving in terms of your pocket.
P/S : manusia masing masing rambut sama hitam, walaubagaimanapun tak semua boleh ikut cadangan aku ni. Sila, sila dan sila adjust mengikut kesesuaian poket dan perut anda.
Dan juga disebabkan uia sediakan hostels untuk students mereka – which is one of the gifts Allah has given to me, Alhamdulillah, wang saya tak pergi ke arah bil api air ,sewa rumah dan juga minyak kereta.
1. Senarai Perbelanjaan
Aku sediakan satu buku kecil khas untuk aku tulis perbelanjaan aku pada setiap sem. Kalau sem 1 aku akan tulis SEM 1 DEGREE 2014 (CONTOH) . berikut ialah bagaimana aku bahagikan aku punya perbelanjaan.
Saving dari PT(emergency) -RM 150
Education – RM 100/ sem (untuk assignments)
Meals (makan setiap hari dan makanan ringan seperti roti dan kaya) – RM 550/sem
Activity – RM 100/sem
Bus Fare / Sem Holiday – RM200/ sem
Outing – RM 100/sem
Yuran -RM1500 /sem
Aku selalu pastikan dari setiap bahagian yang aku dah bahagikan tu, aku mesti kena ada balance-contoh macam outing ada balance rm20 (aku masukkan dalam tabung atau lain lain)
2. Rajin cari makan free
UIA ni Alhamdulillah. Selalu kalau program malam malam tu ke, atau weekend, confirm paling paling dia akan sediakan lunch atau dinner. Kalau isnin and khamis dia akan sediakan juadah berbuka untuk students yang berpuasa.
Aku juga yakin uni lain pun ada buat juga. Jadi, kalau ada program yang dari pagi sampai ke petang, memang aku akan join selain dapat ilmu baru, perut aku dapat juga makan free. Alhamdulillah.
3. Lupakan si manis
Bab makan, aku tak pasti korang boleh follow tips aku ke tak. Aku cuma akan makan rm 3.50 satu hari. Iaitu sama ada makan petang atau tengahari. Macam sarapan atau dinner – aku makan roti atau biskut.
Kenyang ke? Alhamdulillah. Ingat selalu, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Lauk yang aku ambil? Sayur + nasi atau telur +nasi atau aku makan mi sup ke nasi lemak ke.
Dan prinsip aku, aku takkan beli air manis langsung melainkan aku makan luar. Which is kalau kawan kawan aku ajak try tempat baru ke apa ke. Bukan aku nak boikot kafe ke apa,
masalahnya, kau sekali dua sedut je dah rm 1.20 , lupakan jelah. Duit tu dua tiga kali simpan dah boleh makan nasi lauk ayam. Dan kalau teringin juga, ahh rembat jelah kordial kawan – minta izin ya.
4. Jangan simpan cash banyak banyak
Lagi satu prinsip aku, aku cuma akan simpan cash ikut bajet aku bulan itu sahaja. Katakanlah bajet makan aku bulan tu RM 100 , bajet duit assignments RM 50, jadi aku cuma akan ada dalam wallet aku rm 10- 15 dan selebihnya aku simpan tempat lain – bukan dalam akaun ,tapi dalam genggaman.
Jadi bulan baru, aku withdraw lagi duit ikut bajet. Kemudian, aku cuma bawa beberapa ringgit sahaja ke kelas sebab takut terlebih belanja.
5. Kerja part time
Ini selalu aku nampak juga sisters kerja dekat kiosk. Aku memang salute, sebab pandai cari duit. Aku selalu whatsapp lecturers aku tanya perlukan perkhidmatan kemas bilik atau file tak . Mula mula tanya memang segan, tapi percayalah kalau kau segan kau juga yang mati kebulur. So, kalau diaorang perlukan khidmat aku, diaorang terus whatsapp, kadang kadang lecturers yang tak ajar aku pun minta nak guna khidmat aku.
Sekali tu boleh dapat rm 10- 15 , kalau ada yang memang rasa aku perlukan duit, boleh dapat rm50 tau. Alhamdulillah. Aku bukan tak nak kerja kiosk, tapi aku takut clash dengan waktu discussions aku dan takut tak boleh nak tumpu studies aku.
Dan aku juga buat bisnes online, jadi dropship powerbank . Aku selalu bagi flyers pada kawan kawan aku dan memang students perlukan power bank kan, so laku juga jualan aku .
Aku juga jual kerepek dan kek dari bilik ke bilik – ni kawtim dengan geng sisters
Ada beberapa kali tu aku jadi orang tengah antara suppliers and students untuk labcoat dan tshirts kelab. Lagi yang korang boleh buat ialah ambil upah buat notes dan upah fotostat bahan kelas.
Aku memang belajar suka buat notes, jadi memandangakan sesetengah kawan kawan aku kurang rajin nak buat nota, maka mereka lebih sanggup fotostat nota aku dari buat sendiri.
Jadi, duit aku niaga ni,aku simpan dari first year degree aku sampailah aku graduate. Sampaikan aku dah grad pun orang tanya aku jual lagi tak powerbank hehe. Duit ini kalau aku totalkan dapat juga beribu dan aku buat simpan untuk hidup lepas grad. Yelah nak cari kerja pun pakai modal tau.
Waktu cuti sem, aku cari kerja part time, hari ni balik dari uni, esoknya aku dah kerja , kerja kat mcd, kfc, dan kedai dobi. Jadi duit kerja waktu cuti sem, aku buat untuk beli barang keperluan dan buku untuk the next sem.
6. Bijak cari peluang
Pasal peluang ni aku nak cakap pasal jimat duit kau juga sebenarnya. Contact senior senior kau siapa yang nak jual buku dengan harga yang murah, kau letak hargalah. Kena pandai ayat sikit, terus terang je kau tak ada duit. Silap hari bulan kalau diaorang kesian diaorang bagi free nota diaorang tau.
Memang betul tak ada duit kan, buat apa nak membongak acah kaya pula kan. Hehehe.
Apa pun aku rasa itu sahajalah dulu tips macam mana aku cuba survivekan poket aku waktu degree dulu. Pernah lah juga beberapa kali dia nazak tapi Alhamdulillah berjaya revive balik. Tak pernah lagi setakat ni ‘jantung dia terhenti beberapa saat’ .
Apapun, jangan lupa doa ya minta Allah cukupkan segala galanya. Ingat, rezeki yang berkat itu sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih agihkan. Assalammualaikum.
– Huzair
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit