TIPS “TAMAT DENGAN CEMERLANG ”
Hai :) Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Saja nak tarik perhatian kot2 lah tertarik. Hoho. Ok, Aku namakan diri aku kat sini El. (Bukan nama sebenar). Aku pelajar tahun 3 yang akan konvo bulan 10 tahun ni. Alhamdulillah result aku dengan status ‘TAMAT DENGAN CEMERLANG’.
Since aku bukanlah popular kalau aku tulis ni dekat personal FB aku, dan aku pn bukan jenis up result kat social media, jadi moga dengan medium confession ni aku boleh share sedikit pengalaman dan tips dengan range pembaca yg lebih luas secara anonymous. Kot2 lah berguna untuk yang membaca dan nak mengambil manfaat. (Act confession ni pun aku post dekat UKMC hehe)
( First, sorry awal2 aku bagitahu aku memang suka taip panjang2. So, terimalah)
Tips ni pada aku, bukan untuk result exam je sebenarnya, tapi ‘sepanjang kehidupan’ kot. Aku rasa tak perlu nak share cara belajar ke apa, sebab pada aku setiap orang ada cara belajar tersendiri yang dia selesa. Masalah cuma pada yang taknak belajar dan tak ada usaha nak belajar, so itu memang tak boleh tolonglah. Kena tolong diri sendiri dulu untuk berubah.
Aku nak share dari sudut yang berbeza. Means bukan dari segi teknikal pembelajaran, sebab kita lain lain fakulti, lain cara belajar dan strategi nak tackle all the facts and analysis kan.
So ini apa yang aku amalkan, since sekolah menengah. Tips ini tak menjanjikan status result ‘TAMAT DENGAN CEMERLANG’ untuk exam kau, tapi kau boleh dapat lebih dari itu. Insyaallah.
1) TIDAK BERKIRA UNTUK BANTU ORANG LAIN
Prinsip aku begini,
” kita bantu mudahkan urusan orang lain, Allah akan bantu permudahkan urusan kita walaupun pertolongan bukan datang dari orang yang sama kita tolong”
As long as bantuan itu untuk benda yang betul, dan baik2 lah bukan hal yang bukan2. Bantu dengan bijaksana, yakni bukan sampai orang ambil kesempatan pula dekat kita, pijak kepala kita. Tidak. Bantu orang lain dengan ikhlas semampu mana yg kita boleh. Yea, kdg2 kita ada rasa kecewa, lagi-lagi bila kita beriya tolong orang tu, bila turn kita langsung dia tak tolong pun.
Aku pun pernah kecewa sebab expectation macam tu. Sejak dari tu, aku ubah dalam hati, walaupun aku bantu dia tapi dia tak bantu aku masa aku betul betul perlukan dia, Allah tu Maha Adil. Akan ada orang lain yang akan hulurkan pertolongan. And its happened! :’)
Belajar ikhlaskan hati untuk tidak berkira, dari arah yang kau tak sangka sangka rezeki dan pertolonganNya akan datang sendiri. (Still kau kena berusahalah dulu janganlah harap rezeki turun dari langit kita bukan wali Allah atau Nabi nak ada mukjizat dan karamah bagai )
So kaitannya prinsip aku ni dengan in terms of study ialah
Aku pun rasa benda yang sama, banyak benda kau nak kena settle dengan esaimen nya, dengan program persatuannya, dengan exam dan kuiznya, kdg2 pensyarah minta tolong kita buat something, kadang2 kawan minta tolong jugak itu ini sama ada berkaitan assingment atau pun xada kena mengena, dan macam2 lagi. Yelah belum lagi dengan masalah peribadi kita sendiri. Kita jadi serabut mana hal nak settle dulu ? Yelah, we cant meet everybody expectation on us. Mana mampu puaskan hati semua orang kan.
Bila benda benda macam ni bertembung, secara generalnya aku akan
1. Anggap bila ada orang datang minta tolong dekat kita, itu satu opportunity untuk aku collect pahala
2. Aku terima mana yang aku mampu buat ikut priority kesempatan masa yang aku ada. (Your know your own limit)
3. Aku niat dan doa, masa aku yang berkurang dan kepenatan yang aku dapat sebab nak tolong orang ni moga Allah gantikan dengan keampunanNya atas segala dosa2 aku dan mudahnya untuk aku ingat dan faham ilmu walaupun masa yang berbaki tinggal sedikit. (Act kalau kau pandai manage masa, u got a lot of time. Tapi aku ni perangai last-minute, so kalau bole elakkan la last2 minit macam aku.)
2. SEDEKAH
Sedekah bukan sekadar bagi duit di masjid, pengemis tepi jalan dan sebagainya. Lebih luas lagi.
Ada masa aku belanja kawan makan,
Ada masa aku bagi hadiah untuk buat orang gembira (dan aku pun gembira) saja appreciate dia for few things yang dia tolong kita sebagai kawan/keluarga.
Ada satu masa kawan aku sampai pernah tanya “tak macam membazir ke?”
Pada aku takpun bahkan itu ‘pelaburan’ aku. Bukan yang gempak mahal gila pun aku belikan. Mana yang aku mampulah.
Aku penerima biasiswa. So aku bahagikan kegunaan dia. Aku langsaikan segala yuran belajar dlu. sikit untuk aku survive makan beli apa2 aku perlu . Selebihnya utk program2 persatuan dan ap2 program yg aku rasa bermanfaat. Dan aku tak rasa rugi pun walaupun ada masa dekat 2-3k jgklah spend tu utk program2. Sikit sini sikit sana aku masukkan. Ada enam semester, setiap kali masuk duit, aku akan bahagikan dan aku wajibkan diri aku setiap semester ada bahagian utk ‘orang lain’ dengan duit ini. Sebab pada aku, dalam duit kita mesti ada bahagian orang lain punya.
Ok , maybe pembaca akan fikir aku senanglah ada biasiswa sana sini boleh spend duit, no. Main point aku, sedekahlah ikut kau mampu dan seikhlasnya. Bukan nilainya yang Allah kira, kualitinya kan. Kadang2 saja tiba2 nak belanja kawan makan keropok lekor pn dah buat hati dia gembira. Sedekah juga. Mana tahu, dalam gembira dia atas sedekah yang nampak kecil tu ada doa yang besar utk kita. :)
3. DOA
Guru aku selalu ingatkan, rezeki apa semua kita dapat hari ni kena ingat bukan ‘hasil’ semata mata dari kita. Of course, pertama sekali dengan rahmat dan keizinanNya. Kdg2 kita rasa kita dapat A subjek ni sebab kita jawab baikk punya, kita lupa, dalam usaha kita,ada doa orang lain yang membantu mudahnya urusan kita. Especially, doa ibu ayah sendiri dan doa orang yang ikhlas mendoakan kita. Who knows ? dan kau pun kenalah juga berusaha dan berdoa serta bertawakkal. Jangan goyang kaki pulak.
Ok done. Lepas semua benda ni, dapat ‘tamat dengan cemerlang’ ke nanti ? Aku tak jamin. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah.
You got more than that.
Apa yang aku perasan bila aku usaha amalkan apa yang aku kongsi tu,
Banyak urusan aku dipermudahkan.
in term of study, pengalaman aku,
Masa rasa tak cukup, tapi sempat study sampai faham.
Tak sempat baca semua before exam, alhamdulillah apa yang sempat baca itu je yang masuk. So aku still boleh jawab. Tapi ada je yang goreng2 menjawab sebab mmg tak tahu. Haha.
Sebab tu, even aku dapat first class degree, aku still segan dengan diri sendiri dan orang lain.(tambahan lagi, aku sebenarnya student FPI (fakulti pengajian Islam) lagilah segan ilmu agama bawak masuk exam je ke ?) Kalau kena soal balik banyak je aku tak ingat. Iyalah, baca utk exam je kan. Malu. So dr sudut tu, jangan berhenti tuntut ilmu. Even exam dah habis, topaplah dengan masa lapang yang Allah bagi ni. (Nasihat utk aku dan org lain).
Dari segi kehidupan,
Walaupun ada je ujian dan halangannya utk masalah2 dlm hidup aku yang dtg, akan ada rezeki dan urusan yg dipermudahkan masa hujung2 dari orang lain untuk aku. Oleh Sebab tu, aku pun rasa nak pass kebaikan itu dekat orang lain pulak.
So last words aku,
Ketahuilah rezeki dan keberkatan hidup bukan dekat gred masa exam je, bukan duit sahaja. Bukan result dapat dekan je.
Masa lapang itu rezeki.
kesihatan itu rezeki.
sahabat yang baik itu rezeki.
keluarga bahagia itu rezeki.
Akal fikiran yang sihat itu rezeki.
dapat gerakkan tangan dengan lancar pun rezeki tau, ada orang disebabkan masalah pada saraf otak, tangan nak gerak pun menggeletar (parkinson).
Mudah belajar juga rezeki.
Banyak sangat Allah beri pada kita .
Bila kita belajar untuk bersyukur, ( dlm masa yang sama ada usaha utk improve to be better)
Belajar pula untuk memberi dan berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain,
Insyallah, ada gandaan rezeki dari Allah yang kita tak sangka2 dari arah mana datangnya .
Moga perkongsian ini ada sedikit kebaikan yang boleh dikongsi untuk semua :)
Maaf salah silap.
EL.
– EL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit