Tips Tangani Depression

Assalamualaikum! Pertama sekali inginlah aku katakan dahulu yang sebenarnya membaca Alquran memang mustajab bagi menangani depression. Tapi maybe sebab kita melayu dan ramai yang tidak tahu berbahasa arab (termasuk aku) maka mesej Alquran tu tak sampai. Jadi aku syorkan untuk baca sekali terjemahannya, peh, menusuk qalb kau tau.

Selain daripada itu, kat sini aku nak syorkan cara-cara lain untuk menangani depression korang. Korang boleh juga pergi basuh tandas korang. Bukan basuh yang letak sabun then berus-berus then jirus, setel. Basuh tandas korang as in kau sental sehabis boleh jubin-jubin tandas tu. Celah-celah jubin tu pun make sure sental sekali biar keluar segala hitam atau kuning dia tu. Kau cuci singki tu, kau cuci skali bawah sinki tu. Kau cuci jamban kau (untuk yang jamban duduk) tu, kau sental skali bawah dia, belakang dia, saluran air dia semua. Cermin tu gilap-gilap la sikit. Kepala shower tu pon boleh sental-sental gak. Tali paip tu pun perlu. Pendek kata, every nook and cranny tandas tu kau sental habis ah. Aku rase guna sponge yg atas hijau bawah kuning yg orang guna untuk cuci pinggan tu sgt berguna untuk sental-sental ni. Tapi kalau rasa penat, takyah buat semua sekali, buat sikit-sikit. Hari ni sental jubin, esok sental sinki and so on. Bukan sahaja tandas akan bling bling, malah segala penat peluh yang keluar tadi akan buatkan kau lebih berpuas hati dengan diri sendiri apabila kau nampak hasilnya tu.

Kedua, aku tau benda ni aib sendiri tapi jauhilah daripada membuat maksiat. Contohnya tonton cerita lucah. Sebab apa yang aku perasan ialah bila aku tak tengok cerita lucah ni, kalau mak pak minta tolong, ringan je tulang nak tolong. Tapi kalau aku tonton cerita lucah, aku jadi emo semacam. Orang cakap sikit je aku melenting. Orang mintak tolong je aku bising. Asal ada orang je, diorang salah, aku betul. Ego nak mampuih puih puih. Ye jadi mandilah mandi wajib dan cubalah berhenti daripada membuat maksiat. Nikmat buat maksiat ini, alah sekejap je. Tapi nikmat ketenangan hati ni, boleh enjoy lama-lama, happykan mak pak and so on.

Seterusnya, setkan otak kau untuk berhenti. Berhenti daripada fikir yang kau tu ada depression. Berhenti daripada even thinking about ‘depression’. It’s all in the brain man. Aku kalau ikutkan dah banyak penyakit dah yang aku ada. Aku jenis OCD kalau picit kaki mak aku, aku rase kotor sangat, memang aku akan cuci tangan sehabis baik lepas picit. Kalau aku nak keluar, aku akan check dapur berkali-kali untuk pastikan api semua dah tutup. Dah check tu, kalau tetiba kat luar teringat, habis jantung aku degup laju-laju takut yang maybe aku tak tutup lagi. Kalau aku terpukul peha kanan aku, aku akan make sure aku pukul jugak peha kiri aku sebab nak ‘balance’kan dia. Kalau aku susun hanger, aku akan susun by colours and sizes. Ada yang tak effect pun kehidupan kita kalau buat benda ni tapi bagi aku, semua benda ni aku bukan buat je malah aku overthink kalau aku tak buat. Kalau tak buat tu aku rase sangat tak tenteram sampai aku kene buat jugak untuk tenang balik. Tapi alhamdulillah ada mak yang tegas. Mak layan aku macam budak normal je. “Lawan perasaan tu, lawan!!” tu ayat mak aku yang aku taktau untuk situasi yang mana tah. Tapi yang aku tau, aku sampai sekarang berpegang dekat kata-kata tu. Kalau aku tau aku dah tutup dapur gas tu, aku akan lawan perasaan overthinking tu. Kalau aku tau tak perlu pun pukul peha kiri tu, aku lawan perasaan nak bagi ‘balance’kan tu. Kalau hati aku degup pantas pasal teringatkan apa-apa benda yang aku tak buat lagi tu, aku tarik nafas dalam-dalam aku bisik dalam hati sendiri ‘bismillahitawakkaltu alallah’ tiga kali, ‘permudahkanlah ya Allah’ tiga kali sambil gosok-gosok dada aku. Maybe salah context kot untuk aku guna dua2 ayat ni, kalau ade yang tau bila kita sebenarnya patut guna ayat2 ni bolehla komen ye. Bila aku rase aku depress sangat-sangat, the only way out memang aku sendiri yang kene bagitahu diri aku untuk lawan perasaan tu, ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah.

Lastly, maybe macam baca Alquran sikit tapi sikit jelah. Kau cari cerita Nabi atau sahabat-sahabat Nabi yang ada kaitan dengan situasi kau. Google je perasaan kau tu pastu letak ‘Alquran’ atau ‘islam’ kat hujung dia, nanti insyaAllah keluarlah articles about it. Sure article tu akan selit ayat Alquran dan terjemahan serta kisah disebalik ayat tu. Ye, memang apa yang kita rasa ni bukan kita je rasa. Allah Maha Mengetahui. Macam ritu, aku rasa lonely sangat dan takde kawan, aku google lah im sad ke ape tah pastu letak ‘islam’ and ada article ni dia tulis pasal macam mana Nabi Muhammad S.A.W. pernah sedih sebab dakwah dia tak diterima walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh. Allah tak melarang baginda bersedih malah Allah turunkan (aku tak sure seluruh surah ataupun hanya tiga potong ayat ni je yang diturunkan mase tu, maaf) surah dhuha ayat 3-5 untuk comfortkan baginda. Bila aku bace ayat ni dengan kisah macam tu terpahat dalam otak, memang a sure thing yang aku menangis sebab aku boleh relate dengan benda tu. Rase macam Allah tengah comfortkan aku pulak ehehe. Kalau tengah sedih sekarang, silalah pergi bace surah dhuha tu. Pendek tapi umph dalam dia. Basically carilah cerita-cerita dalam quran yang ada kaitan dengan kau dan aku pasti yang surah yang berkaitan tu akan jadi surah favourite korang.

All in all, semua ni aku buat dengan make sure aku memang setel benda wajib macam solat lima waktu and tutup aurat (just in case ada orang nak try tapi dia tak solat ke so aku just tambah faktor yang maybe buatkan benda-benda ni berkesan). Okay tu jelah kot yang aku try yang berkesan stakat ni. Namo dah tengok ada post pasal depression. Kita semua kuat! Kau kuat! Aku kuat! Mak aku kuat!! Kita semua kuat!!! Lawanlah segala perasaan negatif yang wujud dalam diri dan hidup kita!! Lawan, lawan, lawan!! Hwaiting!!!!!

– Aminah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit