Tips Temuduga Berkesan dan Terkesan

Musim-musim sekarang ni musim muda – mudi dipanggil temuduga. Sama ada temuduga jawatan kerajaan @ swasta.

Tahukah anda, bagaimana temuduga yang berkesan dan terkesan?

– Semua calon yang dipanggil temuduga adalah yang telah disenarai pendek dan menepati kriteria @ syarat yang telah ditetapkan.

– Semua calon mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat-syarat berdasarkan iklan yang ditawarkan.

– Semua calon mempunyai potensi yang sama.

– Jadi apakah yang dilihat oleh penal temuduga pada diri calon semasa temuduga berlangsung?

– Selain menepati kriteria umum yang telah disenaraikan @ syarat-syarat memohon sesuatu jawatan, penal juga melihat kelebihan yang ada pada seseorang calon.

– Kelebihan apakah yang dinilai oleh panel?

– Kelebihan – sesuatu yang diri kita ada lebih @ berbeza dengan orang lain.

– Apakah kelebihan itu? Kelebihan dari segi :

1. Pengalaman – ciri terpenting adalah pengalaman seseorang calon akan membezakannya dengan calon lain. Contohnya pengalaman kerja, pengalaman menguruskan majlis, pengalaman beraktiviti dan lain-lain lagi.

Pengalaman ini haruslah mempunyai kaitan dengan tugas @ kerja yang dipohon. Calon perlu mengenengahkan (highlight) pengalaman-pengalaman ini bagi meyakinkan panel bahawa anda adalah calon yang layak untuk ditawarkan kerja tersebut.

2. Kemahiran tambahan – ciri ini antara yang dilihat oleh penel juga. Sesetengah kerja itu memerlukan kemahiran tertentu. Oleh yang demikian, jika anda mempunyai kemahiran yang berkait dengan kerja tersebut, seharusnya ciri ini ditonjolkan semasa sesi temuduga tersebut.

Contohnya kemahiran menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti artificial intelligence (AI), aplikasi perakaunan dan lain-lain lagi.

3. Bahasa ketiga – tidak ramai calon yang mampu berbahasa ketiga. Ciri ini sangat penting jika jawatan yang dipohon adalah dalam bidang komunikasi dan memerlukan anda untuk berinteraksi dengan orang awam. Contohnya bidang perkhidmatan, jualan, hospitaliti dan lain-lain lagi.

4. Informasi berkaitan jawatan dan organisasi – perlu ambil tahu maklumat berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan juga organisasi yang menawarkan jawatan tersebut.

Ini juga penting kerana anda perlu tahu jawatan apa yang anda pohon dan juga organisasi tersebut. Ini adalah asas yang perlu anda bersedia. Sila rujuk bahagian FAQ di laman web organisasi tersebut @ bertanya dengan pegawai yang bertugas di organisasi jika ada.

5. Semua informasi di atas perlu ditonjolkan ketika anda ditemuduga. Lebih-lebih lagi semasa sesi perkenalan diri. Sesi ini adalah waktu yang diberikan untuk menonjolkan diri calon kepada panel. Sesi temuduga adalah sesi “menjual” diri anda kepada bakal majikan anda.

Siapa yang mampu “menjual” dan menyakinkan panel, maka dia adalah calon yang akan dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Jangan sia-siakan masa yang diberikan.

Jika anda telah “jual” semuanya, mungkin panel pun sudah dapat apa yang panel mahukan dari anda. Sesi soal jawab pun akan lebih pendek. Lebih baik calon yang banyak memberikan maklumat daripada mendapat soalan yang tidak mampu dijawab oleh calon.

6. Jika anda berbeza @ unik dan memberi kesan kepada panel, maka andalah calon yang akan dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

7. Semua di atas perlu disampaikan dengan keyakinan, lancar dan betul.

8. Pakaian ketika menghadiri temuduga juga haruslah menepati @ sepadan dengan jawatan dan mengikut etika yang ditetapkan.

9. Sampai awal supaya anda tidak kalut dan ada masa untuk bertenang.

10. Bagi yang beragama islam boleh amalkan surah Al-Mulk, Al-Insyirah, dan lain-lain surah sebagai amalan sebagai persediaan mencari kerja dan temuduga. Solat hajat, dhuha dan taubat diamalkan juga. Moga dibukakan pintu rezeki seluasnya. Percaya dengan rezeki Allah.

11. Usaha, doa dan tawakkal. InsyaaAllah.

Semoga bermanfaat buat semua calon.

– Fadil Ahmad (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *