Anda pernah pergi atau akan pergi temuduga berkumpulan?
Saya pernah hadapi nya 14 tahun lalu, semasa Temuduga PTD (kontrak). Masa tu tak sangka kaedah temuduga tu macam tu. Sebelum Pergi buat persediaan cara lain, alih-alih kena hadap lain (rasakan hahaha).
Itu pengalaman pertama saya ditemuduga secara formal untuk mohon jawatan kerja. Takut tu jangan kata la. Dup dap dup dap. Tapi kene hadap juga. (Nak kerja kan! Hahaha).
Bila teringat pengalaman tu, saya terfikir apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas. Mari kita sama-sama lihat tips yang boleh digunakan semasa temuduga tersebut berdasarkan pengalaman saya:
1. Kaedah temuduga berkumpulan ini adalah temuduga secara perbincangan dalam kumpulan.
2. Setelah tamat sila ucapkan terima kasih kepada semua dan kepada penemuduga.
3. Selalunya temuduga ini dilakukan seramai 4 – 6 orang calon bagi satu sesi temuduga.
4. Sesi perkenalan diri secara ringkas sahaja (terangkan yang penting sahaja – nama, latarbelakang, pendidikan dan pengalaman kerja jika ada)
5. Penemuduga akan memberikan satu topik untuk diperbincangkan. Selalunya topik berkaitan isu semasa. Jadi kena peka dengan isu sekeliling pada masa itu (Kalau katak bawah tempurung alamat menganga la jawabnya sampai masuk lalat, hahaha).
6. Penemuduga akan terangkan bagaimana sesi temuduga itu akan dijalankan.
7. Jika anda seorang yang proaktif, sila ambil peluang untuk menjadi ketua bagi kumpulan tersebut (pengerusi perbincangan).
8. Buat sesi perkenalan isu yang ingin dibincangkan.
9. Mulakan dengan pandangan anda dan kemudian lontarkan isu kepada ahli kumpulan yang lain untuk memberikan pandangan mereka (berikan satu isi dan kembangkan, jangan tamak dan tidak memberikan peluang kepada ahli lain).
10. Sebagai pengerusi anda boleh mencelah dengan menambah pandangan anda.
11. Jangan membangkang cadangan ahli kumpulan. Jika kurang hanya tambah baik sahaja pandangan yang diberikan. Ini yang terbaik.
12. Jika semua telah memberikan pandangan, maka sebagai pengerusi anda simpulkan perbincangan dengan membuat rumusan. Gunakan semua isi pandangan yang ahli kumpulan telah berikan. Jika rumusan anda merangkuki semua pandangan dan ada solusi, maka itu yang terbaik.
13. Menjadi pengerusi yang baik adalah satu kelebihan dalam temuduga berkumpulan. Anda akan dinilai atas kepimpinan
anda mengawal kumpulan. Jika berjaya mengawal dengan baik maka anda telah berjaya meyakinkan penemuduga. Markah tambahan untuk anda.
14. Tetapi jangan terlalu yakin dan mencemuh pandangan lain. Jangan juga mencelah sebelum ahli lain habis memberikan pandangan. Tiada etika dan salah.
15. Jika anda tidak biasa atau tidak berkesempatan untuk menjadi pengerusi, maka jadilah ahli kumpulan yang baik dengan memberikan pandangan (isi) yang bernas dan menunjukkan sokongan anda terhadap pandangan orang lain.
16. Menambah baik cadangan ahli kumpulan yang lain juga satu bonus.
17. Sentiasa positif dengan pandangan ahli yang lain kerana tiada pandangan yang sgt betul dan salah.
Itu antara tips yang boleh anda gunakan sekiranya anda menghadapi temuduga secara berkumpulan.
Selamat bertemuduga semua
#mogabermanfaat
#semogaberjaya
#khidmatmasyarakat
– Fadil Ahmad
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit