Hi semua. Aku Anakin. Terdetik nak sharing since aku tengah bantuan moral kawan sekerja aku yang tengah hidap depression yang telah di diagnosed oleh doktor Psikatrik.
Tahun 2019 aku kena depression teruk dimana aku moral down dari prestasi kerja aku menurun. Oriented company yang lead kan kepada aku di nasihat oleh majikan untuk di berhenti kerja sewaktu awal MCO dulu.
Tambahan pulak & kes penceraian aku hal² family aku datang dalam 1 masa. Memang combo meal. Hshshshs.
Aku berkerjaya dulu sebagai seorang jurutera. Job description mostly di company aku dulu kami di trained untuk mencari solusi bagi segala masalah yang ade,
Production low ke, pekerja tak efficient ke, management tak kompeten ke, masalah optimization ke, just bring it, from top to bottom management akan execute kan solusi nya.
Then when yang aku tau aku di diagnosed sebagai major depression (prolong grief and anxiety disorder) oleh doktor di Psikatrik, time tu, at first aku memang jadi silo, jauh kan dari orang.
Memang malas dari semua benda, rebel tak nak buat kerja. Banyak kali rasa nak bunuh diri. Ramai gak yang akan cakap, “it’s all in your brain”. Tapi orang yang mengalami je akan tau..
Macam orang yang pernah ade history mental health, diaorang sure akan pernah qoute
“Aku rindu lah life aku dulu”
So pendek cerita, aku survivor kepada penyakit yang tak nampak dari luaran nih. Namun kadang² mental strength pesakit ini akan sudah pasti tidak akan seperti dulu.
So as pekerja yang involved dalam engineering nih, nih method yang aku gunakan bila jumpa dengan masalah/risk;
Nama method dia risk engineering management.
Konsep method ini dia bagi solusi daripada se-straight forward ke selemah² action yang boleh kita buat.
(e.g. sakit depression yang tak boleh move on) if anxiety dia akan ada plus-minus solusi dia.
1. Elimination
Terima hakikat yang kita sedang sakit. Delete kan perasaan yang membawa ke arah depresi & sakit tu by makan ubat,
Walaupun aku selalu skip ubat, tapi wajib with beraktiviti (berpeluh & bersukan).
Fakta: bersukan merembes kan enzim kegembiraan dari otak. Baru ubat yang di beri oleh doktor boleh berfungsi.
2. Substitute
Contoh, Cari kerja lain supaya kau senang jumpa kawan baru. Environment baru. Kerjaya baru. Pindah tmpt duk baru. Bina mindset baru. Pasangan baru.
Ini untuk gantian capai happiness yang korang hilang dulu. Elak kan “bargain” pada kenangan yang lepas.
Tengok YouTube bagaimana nak divert emosi down ko tu kepada emosi yang happy melalui beraktiviti yang sibuk.
3. Engineering approach (sains n teknikal)
Sesungguh nya ilmu adalah 1 investment yang bernilai.
Belajar kenali otak bagaimana dia berfungsi, macam mana sel² otak boleh merembes kan sel² gembira, brain food apa yang perlu makan.
Kenapa seseorang yang mengidap mental health mudah mood swing, menjadi pelupa,brain degradation and so on.. apa alatan terkini boleh tingkat kan capaian otak untuk jadi hebat.
Selidik sakit korang nih macam mana nak rawat dengan cepat. Kenali pesakit² yang dah penah sembuh & macam mana depa buat.
Baiki balik hubungan dengan Allah. Konsep hamba yang kau tak mampu buat apa²,berserah pada takdir yang allah bagi pada kita, konsep tuhan yang mampu apa saja Dia nak buat. Konsep kun fayakun’ tu..
4. Management
Mintak support system dari family, pasangan, kawan² yang korang percaya.
Dalam masa yang sama tunjuk kan effort yang korang sendiri nak berubah, & perlu kan mereka untuk ko berubah. Ini penting sebab ada at one point circle yang kita trusted akan mula lose hope pada kita.
Buat juga write down all the things.
(Plans ke, action item ke) terlintas dalam hati kau & also benda yang serabut dalam otak korang jugak. Aktiviti bagus untuk kurang kan anxiety.
5. PPE (preventive)
Hindari orang² yang toksik dalam hidup kau. Boleh bukak lembaran baru hidup korang. Even family yang boleh di kata kan tikam belakang kau.
Elak kan baca sharing² posting yang ke arah KRT or negatif ke. Supaya elak trigger minda bawah sedar yang negatif pada sekeliling gitu.
Jauhi laluan yang mengenangkan kembali hidup sukar kau tu. (E.g. di tempat kerja/ mall).
Nih semua aku praktik kan along the way since aku sakit teruk dulu & aku berjaya lalui nya.
Korang mungkin lagi banyak advantage dari aku, or lagi azab, Should bagi korang some hacks and tricks mana nak mula. Aku doakan korang semua hadapi sakit ini dengan 1 perspective yang baru.
Aamiin..
– Anakin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit