Assalamualaikum semua. Nak share tips travel ni, buat panduan kat newbie yang baru nak travel. Sis bukanlah travelholic tapi boleh la sikit2 share info. Travel best tapi it involve banyak masa kita, banyak yg kena prepare. Bukan kata nak travel jauh ke overseas, nak pi Langkawi pun kita kena jaga. Perubahan cuaca, jetlag, perbezaan makanan lagi, kadang2 body kita tak ready utk perubahan ni semua dan body kita mudah jadi lemah, so better kita prepare. Malas intro panjang2, lets straight to the point.
Know your body, means tahap immune kita especially dgn perubahan cuaca. Cuaca boleh jadi terlalu panas atau terlalu sejuk. Kalau winter tgk whether forecast berapa celcius, sbb kita kena prepare tebal mana baju sejuk tu. Sejuk biasa ikut tempat juga, cth winter dekat London tak lah sesejuk di Iceland, tapi Amsterdam lagi sejuk dari London. Ha gitulah. Summer pulak biasa mmg panas gila. Dulu time aku pi Busan time tu peak summer, pergh hot. Bukan panas macam kat Malaysia tau, panas dia rasa mcm kulit kena grill, cahaya matahari tu terus cucuk our body takde lapisan perlindungan dah, haa gitulah dalam bahasa mudahnya. Dan ramai sangat ahjumma especially dalam subway duk pegang2 tudung aku, diorang suruh cabut sbb panas.
Diorang tunjuk isyarat hot hot, haha tapi serious mmg boiling. Cream mmg sangat membantu utk skin protection, kalau kat Korea senang, masuk je mana2 kedai mmg ada cream dan sunblock for summer. Macam2 brand ada, kat drugstore pun banyak. Yang tak ok nya, part bila outdoor panas gila membakar, masuk hotel ada aircond sejuk, then keluar panas balik, then balik hotel sejuk balik, last2 aku demam. Ada rasa nak muntah, sakit kepala. Perut pun jadi bloating, sbb makan tak tentu, most of the time makan maggie dgn roti je. Igt lagi paling teruk bila aku tak tahan nak muntah dlm subway diorang, terus aku keluar gi toilet.
Pastu gi rehat kat Masjid Busan- nasib baik tak kunci, bolehlah rehat kat situ. Then ada student Indonesia offer makanan, which is nasi dgn ayam serta sayur. Hehe. Sampai sekarang aku friend dgn budak Indonesia tu. Kawan aku lagi kelakar, dia pegi Jeju, igt dah spring tiba2 Jeju ada snow lagi dalam end of March macam tu. Dahlah dia bawak sweater je haha aku gelak je time dia call. Aku suruh dia beli jugak winter coat. Tapi bila sejuk sgt dia demam jugak, so most of the time dia duduk hotel je sbb tak tahan cuaca sejuk. Sayang la kan, bayar travel cost mahal2 at last duduk hotel je. Tapi better rest dari sakit jadi lagi teruk.
Then bab makan. Kalau kita pantang tak boleh makan apa2 janganlah pergi cuba. Contohla, konon kalau datang Bali tak best la tak makan seafood. Iyolah sgt. Hang mmg tak boleh makan seafood, tak yah la makan. Pas makan muntah2, mata berair, bersin, bengkak muka la. Adoi. Orang pi jalan hang duduk la mereput kat hotel, haha. Yes, factor ni kita kena prioritise dan ambik kira betul2. Pendek kata kalau nak pi travel mana2 makesure jaga kesihatan dan jaga makan. Haritu aku pi lah Sabah, then aku cuba semua jenis makanan kat sana, susu kat Dairy Farm, Kundasang tu pun aku cuba. Aku jalan2 nun sampai ke Kudat sana, Kudat femes for seafood ya adik2, so mcm2 seafood kat sana aku cuba.
Memey sedap la weh. So far aku ok je. Then dari KK terus ke Kuala Terengganu, sampai je aku bahan nasi dagang pulak, ubi kayu dgn ikan kering la, sotong celop tepung, kepok losong, dan bersambung lagi aktiviti makanku pada hari2 berikutnya. JJCM la sangat. Sehinggalah pada satu hari aku sakit perut dan muntah seteruk-teruknya. Muntak keluar isi perut camtu dgn pakej diarrhoea sekali . Melepek kat bilik hotel. Ye aku mereput ja kat hotel, kawan2 aku gi jalan, huhu. Aku makan ubat pil chi kit teck aun tu dgn air 100 plus je. Lain tak leh masuk. Mmg termenung jugak kawan2 aku. Aku rasa aku over-eat makan mcm orang kebuluran, sbb kawan2 aku ok je, diorang makan semua yg aku makan tp diorang ok je. Aku tak boleh over-eat ropenya. Facepalm!
Ada satu kali tu aku pi Bandung, 4 hari kat situ aku ok je tp nak balik je flight petang tu, perut aku masuk angin, rasa bloating. Makan dah, minum dah. Entah badan jadi tak kena rasa nak muntah. Dalam flight tu aku tahan, aku tidur je, tapi time landing je kat KLIA terus aku termuntah dalam flight AirAsia tu. Stress betul. Aku biar orang turun flight dulu, takkan nak berebut2 pulak kan, hajat nak nak gi toilet kat airport tu tp sebelum smp toilet tu aku sambung muntah lagi. Sampai terduduk aku time tu. Adik aku pening tgk aku. Aduh teruk betul kalau ingat.
Ada lah orang Malaysia seorang kakak tu dgn kawan dia berhenti tgk aku teruk sangat dia bagi tisu, bagi plastic, tapi ramai je orang Malaysia yang buat dek je sambil tarik luggage masing2. Ada yang kata ‘mabuk naik flight la tu.’ Time aku nak masuk toilet tu masing2 pandang aku semacam. Ada yang jeling2. Gitulah weh manusia tak leh nak kata apa. Suka tgk then judge sendiri tanpa soal periksa. Whateverlah la kan. Masuk je toilet kena diarrhea pulak.
Melepek 2 hari juga. Memang la aku ada gastric dgn aku tak boleh makan pedas tapi aku jadi gitu sbb aku makan makanan berminyak sebelum fly. Sebelum naik flight tu Pak Supir bawa lunch kat satu Restoren Ayam Penyek Surabaya. Ayam tu pedas dan mmg berminyak. Tapi sbb main bahan je kan, rasalah badan. Samalah time kat London aritu, aku pi Reading town (dekat dgn Oxford- Outlet Bicester Village). Situ ada KFC halal, aku pun happy2 la makan ayam KFC UK. Ayam tu mmg oily tapi aku makan je, konon2 la nak tau rasa KFC UK macam mana. Biasa je uols, KFC Malaysia lagi sedap. Tapi disebabkan ayam goreng tu oily maka mmg keluar masuk toilet la aku sbb diarrhoea cuma tak teruk je. Adui!
Ada lagi time aku kat Guangzhou, China. Time nak balik nak naik flight je, ye body aku buat hal lagi. Cuaca sejuk (walau dah pakai tebal). Makan aku dah jaga, aku tak makan sgt yg pelik2, cuma makan mee tarik diorang tu je, pastu roti, maggie, dimsum halal tu jelah. Sebenarnya, baru aku tahu aku tak boleh minum coffee sebelum naik flight. Sampai airport Guangzhou tu awal so boring pegilah minum coffee dulu , tak lama tu terus pening, tiba2 perut masuk angin, bloating dan sakit perut. Aku pun masuk toilet 2 kali sebelum fly.
Sakit perut masuk angin adoi. Padahal kat office aku boleh minum coffee tiap2 hari. Sama kes bila aku fly ke Istanbul naik Turkish Airlines. Lepas dinner dlm flight tu diorang tanya nak coffee tak, aku dgn penuh excited sbb free terus angguk. Hmmm turun je flight sakit perut sbb masuk angin. Senang je nak kena, minumlah coffee, adoi. So sekarang ni, kalau nak fly mana2 aku just makan mc d je kalau lapar sgt. Coffee cannot, hot chocholate ok, tapi aku biasakan minum 100plus atau coke or else air mineral je. Huhu. Aku tau coke tak elok, tapi itulah minuman aku time aku travel. Sbb aku nak elak sakit kepala dan perut kembung. Berhasil juga weh, haha. Tapi kat Malaysia mmg aku tak akan minum coke, jarang sangat aku minum air bikarbonat ni, time travel je. Ha giteww.
Medication, ubat mmg WAJIB bawak time travel. Please Please Please jgn lupa. Ubat selselma, paracemetol, ubat diarrhea, ubat angin gastric, balm, minyak cap kapak, minyak angin jangan pandang remeh, mmg kena ada. Kalau company korang ada panel clinic, pegi je mintak ubat2 tu sbb free je kan. Pain killer pun aku bawak just utk spare lah takut apa2(tolong jangan bawa ubat expired, check dulu tarikh ye, takut lain yg jadi). Remember malang tak berbau. Aku pernah bercuti ke Kuching, Sarawak, ikut kawan aku orang sarawak nak raya sambut gawai. Orang tgh seronok2 bergawai aku sakit period pain daa. Biru terus muka ku, dgn perut dah rasa bengkak sakit macam nak pengsan.
Nak tak nak makanlah pain killer. Emergency la kiranya, biasa aku tak makan pun ubat kalau period pain. Barulah tahan sikit. Then aku pernah jatuh time cari bas kat Kyoto, Japan. Tangan takleh gerak weh. Nak gi klinik mahal. Tahan jelah sakit, nasib baik esk tu dah balik Malaysia. Aku guna satu tangan je. Tangan kanan aku tak leh gerak langsung. Mau tak nangis, keluar juga air mata haha. Balik terus gi PPUM, x tray, nasib baik takde apa. Doktor kata tisu luka je takde patah. Kalau patah you tak boleh tidur, kata doktor tu. Huhu. Dapatlah MC seminggu. Dekat Barcelona pun sama, aku ada jatuh juga hikhik. Time tu nak cari makanan halal dekat La Rambla. Jatuh, terseliuh, betul2 depan restoren halal. Makan dan rest dulu kat situ. Then aku heret la kaki aku tu ke hotel, asal boleh jalan, jalan je beb.
Nasib baik kaki ok esk tu. Tapi terhencot2 jugaklah. Esk tu nak balik dah, oklah la. Terseliuh sikit je. 2-3 hari tu nasib baik dah ok. Time tu aku bodoh sbb tak ambik insurans. Jadi jangan la kedekut ye adik2, bayar extra sikit kita ambik insurans dan insurans boleh cover kalau luggage hilang ke, flight delay ke, injury ke. Kalau ke negara mcm Japan, Hong Kong, better ambik la insurans sbb risko typhoon, gempa bumi etc. Sama kalau ke europe, atau ke us for sure kita travel lama kan, ha mmg wajib ada insurans. Aku taknak suggest mana2 insurans, kot nanti korang kata aku promote pulak, but my best advice is ‘ambik travel insurance please.’
What is your limitation? Ni kena tau, apa aktiviti yg kita boleh buat dan apa yang tak boleh, contoh kalau korang nak ke KK nak panjat gunung kinabalu, 3 bulan sebelum pegi korang kena exercise dah. Jogging, lari wajib hari2. Make sure kita fit weh. Sbb ramai je aku tgk geng office kakak2 ni yang sibuk nak panjat gunung. Aku rasa diorang ni tak pernah pun panjat mana2 gunung sebelum ni, just panjat bukit yang biasa2 je. Diorang ni just nak seronok2 nak follow orang je. Adoi. Time nak panjat gunung tu ramai je yang kena balik sbb mmg tak boleh. Dahla kena bayar igt suka2 je ke nak panjat gunung tu. Gunung tu tinggi mak aih, lebih kurang 4095 meter. Jangan buat main2. Aku climb konopi kat kaki gunung kinabalu yg kt bawah tu 500 meter pun rasa nak mati. Azab sgt dah. Kat Bandung pun sama ni, aku yang terkena Pak Supir bawa pegi air terjum Cimahi, actually takde dlam itinerary pun.
Tempatnya mmg cantik so ok jelah. Tapi air terjunnya kena turun bukit dong. Aku turun punya turun anak tangga ke bawah air terjun tu baru tersedar rupanya aku dah turun lebih kurang 587 anak tangga. Turun opkos ok tp time nak naik blk? Rasa nak tercabut kaki, jantung, hati, perut semua. Dekat sepuluh kali aku terduduk rasanya. Orang2 Indon ni, diorang lalu tgk aku terduduk diorang tanya ok ke, ada yang support diorang cakap ‘sikit lagi tu kak, cubain lagi…’haha. Ada yang nak turun tp tgk muka aku merah, berpeluh, lembik, melepek tepi laluan tangga tu diorang patah balik tak jadi turun hahaha. Bila aku sampai kat kereta, Pak Supir tu tgk aku dia cakap, ‘saya enggak suruh turun kak, tgk aja dr atas ni.’ Ko rasa? Ye aku tgh letih, sakit kaki, rasa mcm nak drive kereta tu sendiri, pastu tinggal je Pak Supir tu tepi highway.
Yes, best to stay fit, especially kalau kita travel guna public transportation. So body kita can easily get tired, campur lagi dgn long hours flight journey. Di Seoul, Busan, Tokyo, Hong Kong, tempat2 ni banyak TANGGA. Hari2 pagi petang siang malam, kita akan climb, climb, climb tangga aje. Tambah lagi perjalanan satu tempat ke satu tempat yang lama. Kat subway tukar station lagi, cari exit lagi.
Kat Korea biasa satu station diorang ada sampai 16 exits, dan kita kena make sure exit kita ambik tu betul, kalau tak mmg sesat-sesesatnya, takde cahaya kehidupan dah huhu. Sbb subway diorang huge sgt. Tak macam kita Malaysia, exit paling banyak kat KL sental tu jelah. So kita mmg kena banyak jalan dan naik tangga. Lift adalah, tapi mostly tangga sbb ada station yg takde lift especially Hong Kong. Samalah kalau jalan kat Europe atau US. Naik bas tukar bas, naik train lagi. So make sure kita fit especially bila kita backpacker. Lainlah kalau kita follow tour kan, mmg takpelah atau naik cab. Kadang aku terperasan ada geng travel ni dia mcm slow sikit, badan dia nampak mcm berat je nak berjalan. To me yeah know your body, kalau kena ambik vitamin then you should take lah kan.
Research mmg wajib ye adik2. Tahu tak Morrocco baru waive visa to Malaysia tahun 2017, means sebelum tu kalau nak ke Morrocco kita kena apply visa. Ramai je yang book flight ticket dulu then baru check ‘oh kena ada visa’. Kelam kabut jadinya. Sama la dgn Myanmar, aku tak tau la kenapa Malaysia is the only ASEAN country yang kena apply visa to Myanmar. Kawan office aku geng dia dah book hotel, tour, and activities kat Myamnar, sehari sebelum fly baru diorang tahu kena ada visa. Maka berhuhu la mereka. Trip cancel. Adui.
Duit burn macam tu je. Seorang lagi member office aku excited cerita dia nak pi trip to balkan as backpacker, plan dia start dari Turki, then Romania, Bulgaria then Belgrade etc. Me like? What you nak masuk Belgrade? Belgrade tu Serbia, Malaysian tak leh masuk, kena apply visa, dan visa dia kena apply kat Jakarta sbb Malaysia takde diplomatic relationship dgn Serbia. My friend then, yeke…. Adoi research dulu la route tu. Europe to Malaysian so far ok tapi ada certain countries kena ada Visa, and African countries mostly, Malaysian kena apply visa.
Pernah tak tgk video ada perempuan mat saleh travel solo as backpakcer ke India, asal plan dia 1 month tapi jadi 3 days je. Dia buat luahan kat youtube. Among other things, dia kata journey dia very troublesome. Dia takde sim card, dia nak Vodafone tapi takde, then dia tanya2 orang, tanya kedai mmg tak boleh sbb kena ada ID India dulu baru boleh beli simcard. Plus, satu simcard katakan beli dekat Amritsar tapi tak boleh pakai kat daerah lain mcm Kashmir, gitulah. Aku pun tak sure, sbb aku tak pernah pi lagi India. This lady naik train ke Mathura dan dia complaint pasal train tu sesak, then sampai je Mathura orang taxi ramai2 serbu dia.
Dia nampak gelandangan tepi2 jalan yang sgt scary, ada yg berpenyakit, plus lelaki kat india many of them are kind of pervert. Orang hentam dia tau, sbb kalau korang dgr dia punya luahan tu is like dia tak buat fully research on India. Like, hello it’s India,a poor country what you expect, takkan lah train kat Delhi tu you expect sama ngan kat Tokyo, mmg taklah, plus lelaki kat India kan mmg bahaya. Ada perempuan mat salah lain komen, kenapa pegi Mathura, tempat tu tak safe utk perempuan especially yang nak backpack. Dia kena cari town yang better la sikit, bukannya yang hulu. Ha gitulah. Yang aku tahu kawan aku India pun pegi sana follow tour. Tempat dia sgt horrible yeke?, aku dgr Kashmir je ok.
Means what, we really need to fully research tempat2 yang kita nak pi supaya lebih bersedia. Samalah kalau kita nak susun itinerary. Cth Bali, kita tak boleh suka suki letak tempat yang kita nak gi tu. Always guna google maps and check jarak dari satu tempat ke satu tempat. Cth Bedugul temple dgn Kuta 2 jam perjalanan campur korang nak jalan2 kat situ katakan 4 jam lah kesemunya. Then dari Bedugul nak ke Uluwata 2 jam 30 mins, dan dari Uluwatu nak ke Kuta pulak ambik masa 1 jam. Thats means by the time you smp Kuta on that day dah gelap.
So, tak leh gi banyak tempat la haritu. Samalah kalau kat Europe nak gi Lake Bled dari Salzburg, check bus timetable, bas ada paling awal petang je pukul 2, plus 2 jam journey, sampai Lake Bled dah petang sgt, bot nak pegi castle pun dah takde. So route tu takleh pakai. Haaa gitu lah. Kat Plitvice Lake , Croatia pun sama, kalau time winter satu entrance je dia bukak. Then 1 entrance ni take 4 hours to reach the lake, so kita kena spend lebih masa kat situ. Dekat Munich ada pass they call ‘bavaria ticket’. Ticket ni boleh guna utk group tak silap 2 orang kos dlm euro31 mcm tulah tak igt. Tapi ticket ni boleh guna merentasi dearah bavaria, termasuk castle neuschwanstein dan boleh guna utk train ke Salzburg, Austria. Murah la. Kat Berlin pun ada group ticket, Budapest pun ada, boleh research. So research is really important.
Oklah tu je, banyak lagi nak tulis mcm how to avoid conflict dgn kawan time travel, dan budget travel vs luxury travel, (aku la budget traveller tu kawan aku luxury punya type), and what to do bila bertembung karekter, huhu lain kali aku sambung panjang sangat dah ni..
Wasalam…
– Atikah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit