Tips TTC

Assalammualaikum, firstly rasa nak share something dengan kawan-kawan semua yang tengah mencuba & berusaha untuk hamil. Alhamdulillah, setelah 2 kali melalui pengalaman berusaha untuk hamil ni. Ada beberapa tips yang korang sendiri boleh cuba.

1. Alat untuk mengesan waktu subur, OVULATION TEST STRIP (opk). Opk ni penting sebab untuk hamil kita perlu tau bila waktu tepat hari subur.

Kadang2 dekat application calendar 80% kurang tepat. So, better guna opk. Opk seakan-akan strip untuk check pregnancy test.. Kalau waktu subur dia akan naik 2line. Bila tengok 2line tu confident skit sebab tulah time subur kita berbanding kita tengok dekat application. Opk ni murah je sebenarnya. 1strip dalam RM0.60..

Bagi kitaran haid/period normal dalam masa 7hari (28,29,30,31hari) – boleh beli opk strip dalam 18pcs. Lagi 2pcs – boleh beli pregnancy test (upt). Harga sama RM0.60. Total 20pcs: RM12 + RM7 kos postage SM. Kalau nak beli lebih pun boleh, takda masalah.

Kalau haid/period tak menentu, 3bulan sekali baru datang.. Korang kena beli lebih dari 20pcs. Ikut pada berapa lama korang tak datang period pun ok.. Contoh 3bulan tak datang period, tapi nak tahu waktu subur bila. Korang kena beli 90pcs (anggaran saja).. Terpulang pada korang.

Mesti nak tahu saya beli strip ni dari mana kan. Saya beli dari Page FB : Nak hamil by tester murah – test hamil & test subur. Lepas korang beli, minta owner page ajar cara nak guna opk tu.

Ok, settle beli strip ni. Cuba amalkan minum jus nenas hari 1st datang period hingga hari ke-5. Ini saya ambil dari post Dr. Hamid Arshat (doktor pakar o&g).

2. Beli supplemen membantu kesuburan set trial – 30biji (GLA Shaklee) dekat Shopee. Harga dalam RM40. Saya beli 1set saja, sebab just guna 15biji.. Selebihnya saya simpan. Saya tak suggest beli supplemen-supplemen lain, contohnya: vivix, esp & sebagainya (yang lain-lain mahal & overclaim). Cukup GLA ni saja sudah memadai untuk stabilkan hormon.

Cara makan – 1biji sahaja sebelum tidur start dari hari 1st period sehingga jumpa hari subur. Dah jumpa hari subur, stop makan. Kalau jumpa hari subur CD ke 12. So, stop makan masa hari ke-12 k.

3. Untuk yang pernah pregnant dan susah nak hamil.. Boleh review hb time pregnant sebelum ni. Kalau hb jenis low, cuba beli IBERET FOLIC – sebab kandungan folic acid dalam supplemen ni lebih tinggi berbanding folic acid yang lain dan juga membantu untuk naikkan hb.

Saya cuba makan iberet ni lepas sedar yang saya hb low 9++ time pregnant. Kalau tak pregnant 10++. Selalu tak dapat derma darah sebab darah diri sendiri pun kurang.

Harga iberet folic dalam lingkungan RM30++ ada dijual di farmasi & mana-mana drugstore. Sebolehnya dapatkan nasihat doktor & ahli farmasi terlebih dahulu.

4. Lastly, beli FOLIC ACID – APPETON di farmasi dengan harga RM35++.. Yang ni sesuai untuk pengantin baru, baru nak mencuba & berusaha untuk hamil.

Kandungan folic acid appeton juga tinggi dalam 400mcg. Sebab ada tau folic acid yang rendah around 5mg sahaja. Pernah jugak saya makan yang jenis ni berpapan-papan  harga dia pun murah RM10 sekotak. Tapi kurang keberkesanannya.

– Alhamdulillah, ramai yang cuba folic acid appeton ni berjaya hamil.

– Iberet folic atau folic acid appeton – makan setiap hari/setiap pagi masa perut kosong. Jangan skip ok!

– Penting ikut step 1st & 4th ok.

– Kalau dah pregnant stop makan GLA. Boleh sedekah kat orang, simpan atau terus buang.

– After 14hari dari tarikh subur. Kalau belum datang bulan  boleh try test upt. Tapi semuanya atas kehendak Allah SWT.. Jika, belum rezeki. Jangan putus asa! Usaha, tawakkal & doa. Doa semoga Allah makbulkan permintaan kita untuk dapat zuriat yang baik-baik, soleh solehah insyaAllah..

Terima kasih! Moga ada rezeki kalian insyaAllah.

– Puan Joyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *