Untuk part I, (https://iiumc.com/254252-2/).
Tak sangka sharing saya berkenaan tips turun berat bulan lepas boleh dapat sampai 3000 share.
Maknanya demand mereka yang nak kurus ni sangat la besar. Patut laa ramai founder produk kurus wujud walaupun mereka sebenarnya kurus bukan sebab makan produk pun. Hehe.
Ok. Back to the topic. Hari ni kita nak belajar tips cepat kenyang.
Ramai yang nak kurus, stuck bukan sebab tak tahu kira kalori. Tapi sebab tak mampu tahan keinginan untuk makan.
Dekat Malaysia ni. Ramai yang hidup untuk makan. Bukan makan untuk hidup. Sebab tu clan foodhunter dan mukbang makin bertambah. Haha.
Tahniah kepada yang dah mula amalkan gaya pemakanan sihat. Kadang-kadang kalau ter cheat tu biasa lah. Tak perlu paksa diri. Ikut masa dan kemampuan masing-masing.
Biasa kita ter cheat ni ada 2 sebab. Samada kita saja gatal makan walaupun dah kenyang. Atau pun kita masih rasa lapar walaupun dah makan secukupnya.
Untuk yang gatal makan tu, tak dapat den nak nolong. Tapi untuk yang masih rasa lapar walaupun dah makan secukupnya, cuba la tips bawah ni ye.
MAKAN SAYUR DAN BUAH SECUKUPNYA
=========================
Selain rendah kalori, sayur dan buah tinggi kandungan air dan cepat buat kita rasa kenyang.
Sebab tu saya respek siapa yang cipta pemakanan suku suku separuh tu.
Dulu kita belajar guna piramid makanan. Langsung tak faham apa-apa. Tapi bila dia tukar piramid tu ke bentuk bulatan pinggan yang dipecahkan kepada 3 bahagian terus jadi senang faham.
1/4 bahagian pinggan untuk karbohidrat.
1/4 bahagian lagi untuk protein (lauk).
2/4 bahagian lagi untuk sayur dan buah.
Untuk yang tak tahu, 1/4 tu suku. 2/4 tu separuh. Sebab tu nama gaya pemakanan ni suku suku separuh.
Makan suku suku separuh ni akan paksa kita untuk lebihkan makan buah dan sayur. Kesan dia kita akan cepat kenyang tanpa perlu makan berlebihan.
Kalau makan tanpa sayur dan buah, nak kena topup lagi sekali nasi dan lauk baru lah kenyang betul. Mana tak double kalori tu. Kalori terlebih yang tak digunakan nanti akan bertukar pulak jadi lemak.
Sayur jugak tinggi omega 3 fatty acid. Kalau ikut apa yang saya faham, lemak jenis ni boleh bantu bakar lemak badan. Bagus lah kiranya lemak omega 3 ni. Healthy fat.
Omega 3 ni selalunya orang kaitkan dengan brokoli dan ikan salmon.
Sebenarnya dekat sayur kampung dan ikan kampung macam bayam dan ikan kembong pun sama saja banyak omega 3 dia. Cuma marketing saja kurang. Jadi kita jangan la tertipu nak kejar yang nama vouge ajer.
Haha.
Nak tambah sikit..
Masa makan tu pula, seeloknya ikut la sunnah. Kunyah sampai lumat dulu baru telan. Hikmah dia:
1) Lebih mudah untuk perut proses makanan. Jus perut akan senang untuk hadamkan makanan tu sebab dah lumat.
2) Ada kajian mengatakan, badan ambil masa 20 min untuk hantar signal kenyang. Jadi bila kita makan terlalu laju, walaupun kalori dah cukup kita tak kan rasa kenyang selagi belum cukup 20 min.
Makan ikut sunnah boleh buatkan aktiviti makan kita ambil masa yang lebih lama, dan cukup masa untuk badan hantar signal kenyang.
Next tips ialah..
AMBIL PSYLLIUM HUSK SEBELUM MAKAN
=========================
Saya agak mesti ramai yang tak pernah dengar psyllium husk kan? Walaupun nama yang agak extreme, benda ni hanya lah bahan organik.
Benda ni murah saja. Sekitar RM20 untuk 250 gram. Dekat shopee ada, tesco ada, farmasi pun mungkin ada.
Psyllium husk ni ada serat tinggi fiber dan akan berkembang apabila berada dalam air dalam tempoh yang lama.
Jadi bila psyllium husk ini berada dalam badan kita. Dia akan serap air dalam badan dan makin berkembang. Jadi perut kita pun cepat penuh dan kita akan cepat terasa kenyang. Dan rasa kenyang yang lebih lama.
Sebab tu nak amalkan psyllium husk ni kena gabungkan sekali dengan minum air yang cukup. Risau minum air tak cukup, badan akan kekurangan air untuk berfungsi dengan efisien.
Cara pengambilan dia boleh ambil 2 kali sehari. Sekali 1 jam sebelum makan, sekali sebelum tidur. Sekali bancuh ambil 5 gram dah cukup.
Lebih kurang dalam 1-2 sudu.
Untuk permulaan. Ambil sekali sehari pun cukup dah. Risau kalau ambil lebih badan tak dapat terima.
Nak bancuh tu, bancuh guna air biasa boleh, nak campur madu pun boleh, nak bancuh dengan susu pun boleh. Guna air sejuk boleh, air suam pun boleh. Ikut suka.
Yang penting lepas bancuh tu boleh terus minum sebelum dia kembang. Kalau dia kembang nanti, kembang tekak pulak nak telan. Biar dia kembang masa dah masuk dalam perut, bukannya masa kita minum tu.
Beberapa tahun lepas saya pernah ambil psyllium husk. Tapi berat tak turun pun.
Sebab apa? Sebab perut saya power. Saya masih boleh melantak macam biasa walaupun dah kenyang. Masa tu saya ingat psyllium husk ni boleh buat magik bakar lemak gitu saja tanpa jaga kalori. Haha.
Jadi walaupun benda ni tolong kita cepat kenyang, tapi kalau dah kenyang kita masih lagi saja nak makan, baik bakul sampahkan saja psyllium husk tu.
Satu lagi kelebihan psyllium husk, produk ni bagus untuk atasi sembelit dan bantu pelawasan. Kiranya dia bantu detox dan bersihkan usus jugalah. Gitu.
Jadi takde la kita timbang berat nanti, kita dapat sekali berat bahan kumuh yang dah berkilo dalam badan tak terbuang. Terus kita giveup sebab ingat amalan pemakanan kita tak berkesan.
Ok. Sebut pasal detox. Baru-baru ni saya perasan dekat shopee ada beberapa listing berkenaan teh senna aka teh detox sold sampai puluh ribu. Ramainya yang beli.
Kalau ikut kenalan medical saya, teh senna sebenarnya berfungsi sebagai julap organik. Teh senna ni sunnah, kalau guna bila perlu ok.
Tapi sekarang ni, siap ada yang advise untuk ambil teh senna berterusan untuk kuruskan badan. Makin berat, makin banyak kena ambil.
Ambil setiap hari hingga capai berat idaman.
Tahu tak? Teh senna ni bila guna berterusan, badan kita akan terlalu bergantung kepada dia untuk berfungsi dan sistem pelawasan kita yang normal akan makin lemah. Nanti bila kita stop guna, akan ada masalah lawas.
Lagi teruk, penggunaan kerap senna juga bole sebabkan melanosis coli. Iaitu usus yang berwarna kehitaman. Nampak buruk.
Teh senna ni, dekat farmasi nama dia Senokot. Julap semulajadi. Organic laxative dia tulis. Farmasi akan suruh guna ikut keperluan.
Tapi bila masuk shopee terus transform jadi produk untuk kurus. Kena pulak consume hari-hari. Selamat katanya sebab organik.
Kreatif kan seller kita ni. Haha. Jangan salahkan seller. Seller bertindak balas dengan demand semasa. Semakin tinggi demand yang nak kurus cepat macam magik, semakin tinggi lah kreativiti seller-seller kita.
Nak lariskan jualan, teh senna akan dikaitkan dengan sunnah. Kena ingat, sunnah juga ajar kita supaya bersederhana dalam setiap apa yang kita buat dan tidak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Kalau benda yang sepatutnya ambil bila perlu sahaja, diajar untuk ambil hari-hari, tak ke keterlaluan dan zalim? Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Tu baru senna. Produk organik. Ada produk detox kurus ni bila consume perut macam cirit-birit dan asyik nak membuang saja.
Wallahualam. Tak tahu lah benda apa dia bubuh. Seram bila fikir kesan jangka panjang bila consume berterusan produk macam ni.
Kalau betul nak detox, cukup banyakkan sayur dan buah. Itu saja. Benda tak susah tak perlu la kita saja-saja nak buat susah.
Ataupun amalkan psyllium husk. Psyllium husk ni untuk penggunaan berterusan tiada masalah (Tolong betulkan saya kalau saya salah ya) .
Jadi penyelesaiannya, kita yang kena bantu lagi ramai kawan kita celik ilmu pemakanan dan kesihatan.
Cara paling senang, park saja post ni dekat wall kita sendiri. Mana tahu kawan-kawan kita nampak dan terbaca. Dapatlah juga saham pahala untuk kita. Amin.
Dah habis ke?
Eh belum lagi.
Sikit saja lagi nak tambah.
Sebelum saya tamatkan tulisan, saya nak ingatkan, benda paling terpenting untuk turun berat badan ialah elakkan stress.
Ada orang yang jaga makan dan bersenam berat tak berubah pun. Punca utama dia, kemungkinan disebabkan stress level yang tinggi. Bila kita stress, badan boleh rembeskan hormon cortisol berlebihan yang akan menganggu fungsi badan.
Nak hilangkan stress ni mudah jer.
1) Bila stress cuba buat senaman ringan. Senaman ringan dapat bantu kurangkan hormon cortisol.
Paling senang boleh buat senaman hari kokurikulum iaitu lompat bintang. Kalau nak rasa nostalgia sikit boleh buat senaman tak siap kerja sekolah iaitu ketuk ketampi. Kalau nak extreme boleh buat senaman palapes iaitu squat jump.
2) Dan kalau masih stress lagi, cuba ambil sekeping kertas A4 dan buat 4 bahagian.
– Perkara boleh kawal (urgent)
– Perkara boleh kawal (tak urgent)
– Perkara luar kawalan
– Perkara tak perlu kawal
Ambil masa sikit dan cuba listkan punca stress kita kepada bahagian yang sepatutnya.
Sebagai contoh, kita stress sebab kawan ofis kita suka membawang. Benda tu kita boleh confront dan nasihat, tapi mungkin orang lain akan tak suka. Jadi kita hanya perlu terima perkara tu seadanya dan anggap perkara itu tak perlu kawal.
Contoh lagi, kita stress sebab suami tidur bertengkur. Tapi perkara itu sebenarnya luar kawalan kita. Buat apa pening-pening kan.
Bila kita list macam tu, kita akan perasan rupanya banyak punca stress kita tu kita tak perlu kawal pun dan ada yang luar kawalan. Memang tak boleh kawal pun. Jadi buat apa nak stress kan.
Insyaaallah. Nanti kita tak stress sangat dah bila kita terima tak semua perkara dalam hidup ni kita boleh kawal. Dan tak semua perkara yang kita boleh kawal tu kita perlu kawal.
Saya pernah stress dan bila saya cuba cari puncanya saya tak berjaya jumpa. Bila saya tahu saya stress tanpa sebarang punca terus saya tergelak sendiri dan hilang stress.
Daripada layan stress, lagi bagus pening kita tu fokus kepada perkara yang kita boleh kawal dan perlu perhatian urgent sahaja.
Ok.. Habis dah.
Semoga dapat sesuatu.
Yang dapat manfaat dari sharing saya ni doakan lah rezeki saya, keluarga, dan kawan-kawan makin murah ya. Mana tahu lepas ni makin banyak masa saya untuk sharing lagi dekat sini.
Saya doakan rezeki anda makin murah juga dan semoga impian anda tercapai. Amin.
Thank you for reading.
– Najmi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit