Tips Ubah Pasangan Bermasalah

Assalamualaikum. Aku Kuntum. Sudah berkahwin dan ada anak. Aku nak kongsi cara aku ubah suami aku dengan tips dari mak aku.

Aku berkahwin atas pilihan mak aku. Jadinya aku kurang kenal suami aku sebelum berkahwin. Aku cuma tahu dia ada kerja tetap bergaji agak lumayan. Aku pulak ada kerja tetap, ada kereta dan rumah sendiri.

Lepas kahwin, dia bawa aku tinggal dekat rumah pusaka mak ayah dia. Dan secara tiba-tiba dia berhenti kerja. Alasan nak buat kerja-kerja kampung.

Disini kami dah gaduh besar. Selama dua tahun dia tidak bekerja. Dalam tempoh tu aku dapat tahu dia juga kaki judi dan suka melepak dengan kawan-kawan sampai pukul 3-4 pagi.

Dia juga lebihkan kawan-kawan dan keluarga dari aku. Memang dia tak sayang aku langsung la.

Mula-mula aku ambil tindakan sendiri. Dia keluar lepak. Aku pun keluar juga. Dia balik baru aku balik. Dia lebihkan kawan-kawan dan keluarga, aku pun buat benda yang sama.

Pasal dia tak kerja tu. Satu sen pun aku tak pernah bagi dia. Aku cuma guna duit aku untuk tanggung diri sendiri sahaja.

Aku pun pindah keluar duduk rumah sendiri sebab tak nak tanggung perbelanjaan dalam rumah tu yang ada kakak, adik dan anak-anak saudara dia.

Lama-kelamaan aku jadi stress dengan sikap dia. Aku mengamuk aku membebel pun tak ada kesan pada dia.

Aku pun mengadu pada mak aku yang aku nak cerai. Tapi mak aku sebagai orang lama minta aku bersabar dan bertahan dengan perkahwinan ni.

Dia mintak aku amalkan baca Al-Fatihah dan sedekahkan pada suami aku. Baca tak kira masa. Tengah memandu kereta ke. Tengah kerja ke. Ada masa ja baca. Sedekah pada suami dgn niat untuk dia berubah.

Kedua, mak aku minta aku amalkan surah al-Imran ayat 200

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Ali ‘Imran Ayat :200)

Baca ayat ni waktu basuh beras. Waktu suami tidur baca dan hembus dari kepala sampai ke kaki. Aku jugak baca masa aku tengah urut badan dia.

Yang ketiga aku buat. Aku buatkan air Yaasin. Aku baca Yaasin 44kali. Aku buat masa waktu rehat kt office. Air tu aku balik letak dalam balang air dirumah sebab kami masih masak air minum. Tak ada air tapis ke apa.

Dan alhamdulillah banyak perubahan dia. Dah tak melepak. Dah tak main judi. Dan yang terpaling drastik secara tiba-tiba dia bagitau dia dapat kerja balik.

Nafkah perbelanjaan semua dia dah tanggung dan tak culas. Duit gaji aku masih kegunaan aku sendiri dan dia jugak bagi duit khas untuk diri aku sendiri. Solat pun dah tak tinggal dan mahu ke masjid.

Jadi untuk mana2 pasangan yang ada pasangan bermasalah boleh la cuba macam aku buat. Jadikan penceraian tu jalan terakhir. Balik kepada Allah dahulu. Minta pertolongan dengan Allah dulu.

Penting juga untuk jaga emosi diri sendiri dahulu supaya kita dapat bertenang untuk uruskan ujian-ujian dalam perkahwinan kita. Emosi dan minda kita kena kuat.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Tahniah puan…pokok pangkalnya, suami puan ingin berubah.
    Mungkin utk org lain, ambil masa juga nak berubah.
    Allah yg gerakkan hari setiap insan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *