Tips Untuk Anak Muda

Imbas kembali ketika mula bekerja dengan bergaji 1500, 2 tahun dahulu. Option yang ada ketika itu hanyalah untuk menyimpan, tak mampu lagi untuk buat apa-apa pelaburan..

Waktu ini, pantang nampak seminar apa-apa. Samaada berbayar atau percuma, semuanya akan pergi juga..

Selang tak lama, direzekikan Allah untuk bekerja di sebuah syarikat swasta. Niat kerja ketika itu hanyalah untuk besarkan kemampuan loan sahaja.

Dapat slip gaji pertama, terus ke bank gaji untuk wujudkan rekod CCRIS diri. Boleh pilih sama ada ASB Financing atau kad kredit fasiliti. Dan aku memilih kad kredit fasiliti. Disebabkan minyak, nak tak nak akan diisi hari-hari, dan ia tak mengganggu kiraan DSR nanti..

Dapat confirmation letter 6 bulan kerja sahaja, terus aku beli rumah pertama. Nasihat aku, manfaatkan kuota pinjaman 90% dengan sebaiknya. Beli rumah di bawah harga pasaran, dan ambil duit lebihan dari 2 kuota loan rumah berkenaan.

Kenapa? Loan rumah purata interestnya 5% sahaja. Tak pandai urus duit macam mana pun, ASB akan beri 6% anggaran pulangan dividennya.

Rumah yang dibeli, dibuat sewa. Untuk menampung kesemua bayaran bulannya, boleh disewa per bilik atau per kepala. Dan kita boleh tinggal di dalam sebuah bilik juga..

Cukup 6 bulan teenancy agreement sahaja, boleh beli rumah seterusnya. Gunakan duit lebihan dari loan rumah tadinya, untuk menampung LTV 70% rumah ketiga dan seterusnya.

Dalam hartanah tak ada apa-apa strategi yang sempurna. Sesuaikan dengan diri dan portfolio kewangan kita.

Beli lah hartanah sebagai tempat tinggal keluarga. Beli lah hartanah untuk tabung pendidikan anak-anak kita. Beli lah hartanah kerana ia aset yang meningkat harganya, tapi menurun baki hutangnya..

Ibu bapa kita buat duit dengan hartanah 10 tahun dahulunya, tanpa perlu belajar atau pergi seminar apa-apa..

Bak kata orang tua-tua, miracle happens, only when we take action..

– M

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *