Tips Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan, aku sudah berumahtangga, mempunyai 5 cahayamata sepanjang 12 tahun perkahwinan.

Lately banyak confession yang aku baca tentang kecurangan suami. Betapa setianya si isteri walau disakiti dan dicurangi berkali-kali. Ya, banyak yang difikirkan sebelum menuju jalan perceraian. Aku faham itu.

Untuk aku mengulas tentang rumahtangga orang lain yang aku tidak tahu keadaannya, tidak adil aku rasa. Jadi, artikel ini aku tulis untuk bakal pengantin, yang sedang manis bercinta, bakal isteri yang sedang mengelamun mengenangkan bahagianya rumahtangga.

1) Semasa baru memasuki alam rumahtangga, teruslah menjadi isteri yang bijak. Ketika ini, ketiak masam berbau wangi, kentut pun bau strawberry. Ambil kesempatan yang wangi ini untuk membentuk suami.

Eh kenapa pula isteri kena bentuk suami? Kan suami khalifah rumahtangga? Jangan terkejut beruk jika anda rasa suami anda mcm kayu, lurus bendul dan tidak sensitif selepas 2 tahun berkahwin. Dari awal perkahwinan, ajak suami buat kerja rumah sama-sama. Masak sama-sama, menyapu, mop.

Pendek kata, ajar suami buat kerja rumah. Jika suami dah terer, boleh buat agihan tugas. Jangan ajet-ajet perempuan melayu terakhir, semua benda anda nak buat. Ini akan menyebabkan anda kemurungan lepas dapat anak nanti. Yelah, anda yang volunteer jadi bibik free kan?

2) Komunikasi. Yang ini amat-amat penting. Lelaki ni amat jarang dijumpai spesis yg peka terhadap perasaan wanita. Itulah kelemahan lelaki yang kita kena pandai tackle. Kalau anda rasa kecil hati, suarakan kepada suami. Cakap face to face.

Kalau rasa nak menangis, wasap saja. Bagitahu terus terang. Nak tegur perangai suami pun boleh. Wasap dengan berhikmah. Bukan dipendam hingga menjadi penyakit dalam diri anda.

Semasa awal perkahwinan, saya sendiri berperang dengan diri sendiri. Tiada siapa yang memberitahu saya tentang point paling penting ini sehinggakan saya belajar sendiri melalui pengalaman.

3) Simpan sedikit curiga terhadap suami. Seorang ustaz dalam ceramahnya ditempat saya, turut membantah isteri yang mempercayai suami 100%. Percaya 70% saja. Tapi bukan cemburu buta. Rimas pula suami nanti.

30% curiga tu macam mana? Anda ambil tahu siapa kawannya, fb nya, instagramnya, wasapnya. Jika suami jenis yang sangat sosial bersama kawan perempuan, tegurlah dia dengan cara yang baik. Bukan buta-buta terus memaki hamun suami.

Semasa Hari Raya, buatlah open house khas untuk kawan sepejabat suami supaya anda dapat kenal dengan lebih dekat, dengan siapa suami berkawan.

Dalam masa yang sama, anda juga sedang ‘memberitahu’ rakan-rakannya bahawa suami anda sudah mempunyai isteri. Khinzir liar pun akan berfikir beratus kali sebelum menyondol suami anda.

4) Kewangan rumahtangga, sebaiknya diuruskan anda sebagai isteri. Bentangkan sama-sama slip gaji masing-masing jika keduanya bekerja. Senaraikan segala keperluan. Segala nafkah wajib, gunakan duit suami. Jika tidak cukup, bantulah menggunakan duit anda.

Disini datangnya tolak ansur. Ingatkan juga nafkah kepada anda si isteri, walaupun RM50 sebulan. Supaya suami jelas dengan tanggungjawabnya. Nafkah yang diberi, simpanlah untuk bekalan anda bila diperlukan.

4) Terakhir, selalu ingatkan suami siapa anda disisinya. Selalu berlaku, suami dah senang, terus lupa isteri sedangkan isteri banyak berkorban menjadi tulang belakang suami.

Untuk mengelakkan begitu, selalulah pesan pada suami, jika naik pangkat, jika kekayaan makin bertambah, ini rezeki kita sekeluarga. Ingatlah siapa yang berada disisi suami masa susahnya. Gunakan perkataan yang baik-baik supaya suami tidak rasa tercabar egonya.

Itulah sedikit sebanyak tips yang saya dapat berikan hasil dari pengalaman saya sendiri. Sesuaikan dengan rumahtangga anda ya.

Maafkan saya jika terdapat kekhilafan dalam penulisan ini.

– Pn Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *