Tips Untuk Berjumpa Psychologist & Psychiatrist

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena bulan Kesedaran Mental 2024 dengan tema “Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja” aku ingin memberi tips atau cara bagaimana untuk reach out (minta pertolongan) dari professional personnel supaya rawatan yang tepat dan cepat dapat diberi oleh doctor atau therapist.

Dengan tips yang aku share ni boleh kita utilise masa berjumpa dengan doctor kerana doctor mengalami kekangan masa, manpower dan banyak workload (patient).

Aku ialah pesakit mental. Aku mula mendapat rawatan tahun 2017 di hospital kerajaan kerana tekanan kerja dan grieving. Memandangkan kali pertama di refer ke psychiatric clinic aku tidak membuat apa-apa persiapan dan bacaan. Dalam masa sama aku menjalani psychotherapy dari psychologist private yang agak terkenal di FB.

Aku stop pada tahun 2020 sebab personal issues. Kos setiap kali sesi ialah RM220 secara online. Aku juga default appointment di hospital kerajaan itu kerana konflik dengan mo (medical officer) di situ.

Aku tidak putus asa, pada tahun 2020 aku mengambil langkah berjumpa private psychiatrist yang sangat famous di medsoc sebab beliau selalu buat online awareness. Aku datang dalam 4-5x, aku simpulkan indah khabar dari rupa. Aku juga diberi pelbagai ubat.

Dia diagnose aku ada MDD & GAD. Kerana sikap dia endah tak endah plus billing consultation yang tak seragam juga pernah silap bagi ubat buatkan aku blah tak datang jumpa dah.

Kemudian tahun 2022 aku jumpa another private psychiatrist. Yang ni aku ada buat sedikit bersediaan iaitu menulis catatan apa yang nak aku cakap. Psychiatrist ni tak nak bagi diagnosis wahlal aku perlu tahu aku sakit apa supaya aku boleh cari input dan baca jurnal. Alasan dia tak nak bagi diagnos sebab aku bukan nak claim insurance.

Dia bagi aku beberapa ubat dan billing consultation sentiasa berubah-ubah. Ada setengah ubat yang aku kena beli kat luar yang ni memang aku tak boleh terima. Aku datang 4-5 kali, review yang last dia cakap memang aku ada MDD dan ciri-ciri BPD, dia suggest buat DBT dan psychodynamic which is dia tak expert dalam bidang tu.

Maka aku pun blah dari klinik tu dan tak datang dah. Tapi aku ada buat bacaan mengenai DBT selama 3 bulan dan aku summaries dalam bentuk mindmap.

Pada tahun ni 2024 aku sekali lagi berjumpa psychiatrist (senior consultant) di sebuah hospital pengajar kerana ada banyak bad event berlaku serentak yang buat aku jadi temporary amnesia. Sebelum date jumpa psychiatrist, aku dah buat homework siap-siap berdasarkan pengalaman yang lepas.

Awalnya aku bagitau aku ada masalah tidur kemudian psychiatrist bertanya lebih mendalam dan aku bagi 2 paper A4 depan belakang aku tulis mengenai timeline kehidupan aku sejak lahir hingga kini.

Aku menulis semua life events baik dan buruk. Aku juga tulis signs and symptoms yang aku sedang alami. Aku juga tulis penyakit fizikal yang aku ada dan ubat yang aku makan. Aku juga lukis family tree to make psychiatrist more clear about my history background.

Aku bagitau yang nama psychiatrist dan psychotherapist yang aku jumpa dan ubat yang penah aku makan. Aku juga menulis hope aku terhadap apa yang aku deritai. Aku membuat catatan secara ringkas dalam bentuk points dan turutan tahun. Tips aku tulis nota ialah follow SEQUENCE, SHORT and SIMPLE words.

Semasa psychiatrist baca notes aku still ada interaksi 2 hala. Psychiatrist bagi compliment kat aku atas insiatif membuat catatan. Dia cakap history notes aku cukup comprehensive dan terlebih lengkap compare dengan patients dia yang lain.

Tujuan aku buat macam tu ialah untuk utilise masa dan untuk mudahkan dia decide treatment plan aku, tambahan pulak aku bayar bil hospital guna duit sendiri. Semua notes tu psychiatrist letak dalam files aku.

Follow-up seterusnya rapat-rapat iaitu seminggu or dua minggu. Follow-up kedua semua ok cuma aku alami kesan sampingan kerana ubat.

Follow-up ketiga psychiatrist advise warded. Selama 10 hari di wad semua staffs baik-baik saja terutama mo incharge (Dr A), Cikgu (occ therapist) dan nurses.

Follow-up ke-empat juga baik dan makin stabil, psychiatrist ni inform diagnosis aku iaitu MDD with type B personality disorder which is personality disorder tiada ubat. Ubat yang diberi just untuk kawal simptom. Aku faham dan aku redho.

Follow-up ke-lima perubahan positive even ada side effects kesan ubat tapi aku boleh cope well. Akan tetapi petang hari yang sama ada something berlaku dan aku dimasukkan sekali lagi ke wad untuk pemantauan dan rawatan. Aku request mahu mo yang sama jaga aku masa aku warded sebelum ni.

Follow-up ke-enam baru ni agak tegang tapi berjalan lancar. Setelah berfikir banyak kali, aku decide untuk jalani sekali lagi psychotherapy then aku ambil appointment. Pun sama untuk utilise masa, aku juga buat notes dalam 3 kertas A4 depan belakang.

Dalam masa sama aku sentiasa mencari info mengenai penyakit aku dan belajar cara coping skills yang healthy.

Kesimpulannya, jika kita rasa rasa something dalam diri tak ok specially mental cepat-cepat dapatkan rawatan, jangan jemu jangan putus asa, akan ada satu hari nanti kita jumpa doctor yang ada chemistry dengan kita.

Satu lagi lebih bagus tulis notes ringkas supaya kita ingat apa yang nak tanya atau share dan sangat membantu terutama mereka yang kali pertama jumpa psychiatrist kerana kita mesti gementar. Pastikan makan ubat seperti ditetapkan. Jalani healthy lifestyle, cari hobi baru.

Macam aku kerana 2x kena warded, mereka bejaya mencungkil bakat terendam aku iaitu drawing with watercolours palette. mo, nurses dan patients lain impress giler ngan lukisan aku wahlal aku tengok biasa aja. Hahaha.

Selamat Hari Mental Sedunia 10.10.2024. Jaga minda jaga fizikal. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya.

– MDM LOTUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *