Tips Untuk Boss

Hi, saya Z, pernah jadi bos, pernah fed up jadi bos tapi sekarang kena jadi bos balik, haha, bertabahlah. Saya menulis ni selepas membaca ‘Confession of A Boss’ & ‘Luahan Hati Bos’, memang jadi bos bukan senang, pening kepala. Bos di sini merujuk kepada person in-charge ya, tak kiralah anda tu supervisor ke, eksekutif ke, ketua ke apa, yang penting kena jaga staf, terangkan awal-awal, kang ada pula yang pertikaikan maksud bos yang saya nak nyatakan di sini.

Selalu kadang-kadang kita panggil bos kecik, bos besar, ha, bos besar ni yang jawatan tinggi sikitlah, contoh manager ke, ha, biasa kita panggil dorang bos besar. Pengalaman atau tips yang saya nak bagi ni masa saya bekerja di swasta, saya tak pernah kerja di sektor kerajaan, tapi pada saya mana yang boleh dipraktiskan, bolehlah dipraktiskan.

Untuk informasi saya ni bos perempuan, dan kebanyakan staf saya lelaki, tapi ada juga perempuan. Staf lelaki ke, staf perempuan ke, memang pening, masing-masing ada perangainya, takpelah, saya cuba bagi tips untuk kedua-dua jantina.

1) Pekerja MIA: haha, ini perkara biasa, memang ada je staf yang MIA, ntah ke mana dia pergi, buat mission impossible kot dengan Tom Cruise. Apa saya buat, jadi bos ni kena jadi spy skit, jadi saya pun spylah mana lah si mamat-mamat staf saya selalu lepak. Kalau setakat sekali dua MIA takpe, kalau dah beratus kali, kenalah jadi spy.

Rupanya staf saya ni selalu lepak kat kokpit department lain, production line. Saya dulu kerja kilang, banyak production line. Apa2 pun mula2 kita mestilah call staf kita tu dulu kan, manalah ko menghilang. Tapi bila dah tak diangkat, saya pun call ofis production line tersebut, supervisor dia yang angkat, lalu saya pun tanyalah staf saya ada kat situ tak, kalau ada, suruh dia balik saya cakap kat supervisor tu. Tak lama lepas tu muncullah staf saya tu kat ofis kitorang, sambil tersengih-sengih. Sabar jela.

Jadi tips saya risik skit mana staf anda selalu melepak, then call tempat tersebut. Kalau staf anda suka melepak kat kantin, call kantin tersebut. Suruh orang kantin tu bagitahu staf anda yang anda minta dia balik ofis, biar staf anda tu malu sikit, maaflah ya, terpaksalah aibkan dia sikit, dah dia pun MIA entah ke mana.

2) Pekerja susah nak ikut arahan: ha ah, ni pun bertabah, tambah staf lelaki, dorang memang tak suka bos perempuan, katanya kuat membebel. Manalah kita tak bebel, bagi arahan tak dikutnya. Penat membebel jangan buat begitu, jangan buat begini, dibuatnya juga.

Apa saya buat, saya kurangkan bebelan. Staf lelaki ni saya perasan dorang kita kena bagi arahan yang pendek dan padu. Jadi saya mula bagi arahan pendek-pendek dan cuba cakap sekali je. Lepas tu saya tanya staf tu, ok? Kalau dorang kata ok, ok lah. Kalau tak ok, tanya mana yang tak ok. Ingat, elakkan bagi arahan berulang. Just explain yang tak ok je, full stop.

Kedua, saya tulis arahan dalam buku. Kitorang memang ada buku supervisor di mana supervisor saya akan tulis aktiviti harian kerja syif mereka. Saya tulis kat situ & minta semua supervisor bila dah baca sila sain. So far Alhamdulillah, saya tak perlu membebel banyak dan hati pun lebih tenang.

Kalau staf perempuan pula, boleh juga buat begitu, bagilah nota ke apa, setakat saya bekerja staf perempuan masih lagi ok untuk terima arahan secara lisan, jadi saya pun tak banyak bagi arahan bertulis ke dorang.

3) Pekerja tak buat tugasan dorang: ini mungkin silap kita juga sebagai bos, tak terangkan dengan jelas apa kerja mereka. Apa nak buat, review balik jobscope dengan pekerja tersebut. Bila dorang dah faham, minta mereka sain kat jobscope tu. Kadang-kadang bos bagi je kertas jobscope tu lepas tu tak terangkan, jadi pekerja blur. Kena terangkan satu-satu apa tugas dorang setiap hari.

Lagi satu term yang glamer dalam jobscope ni adalah ‘any adhoc task given by superior’, jadi bila apa-apa tugas yang dia rasa di luar bidang kerja dia, kita sebagai bos boleh guna term ni. Tapi sebagai bos kenalah berpada-pada, kalau dah selalu ada adhoc task, itu bukan dikira adhoc lagi.

Ok, setakat inilah dulu mungkin tips yang berguna bagi bos-bos, tak kiralah bos kecik ke bos besar. Dan saya percaya korang yang bos-bos ni pun banyak lagi tips2 yang korang boleh kasi, jom kita share sama-sama tips tu, jadi tak adalah masing-masing pening kepala. Apa-apa pun pada saya jadi bos kena tegas, bukan garang ya, tegas. Tak perlu nak tinggi-tinggi suara, suara lembut pun boleh jadi tegas.

Sekian buat kali ini, terima kasih iiumc kerana bagi peluang untuk berkongsi tips ini.

– Madam Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *