Asalamualaikum semua.. Sejak akhir-akhir ini, aku perhatikan ramai antara kita yang struggle dalam mencari rezeki.
Ada yang buat 2 keeja dalam satu masa, ada yang jadi agent produk, buat produk sendiri, jadi food panda, buat afillate, dan macam macam lagi lah.
Sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku kenalkan diri aku dahulu, aku merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak, ada seorang suami yang bekerja kilang, aku sendiri bekerja sebagai pengasuh di taska.
Pendapatan kami bila di gabungkan, cukup untuk tampung kehidupan kami.
Kami hanya buat 1 kerja sahaja. Dan aku sendiri tak paksa suami aku untuk buat kerja lain atau kerja lebih masa,
Kami dah beli sebuah rumah masih kena bayar bulanan, sebuah kereta yang dah habis bayar, 3 buah motosikal yang di beli cash.
Sebenarnya banyak tips2 untuk murah rezeki, tapi aku nak bagi satu tips sahaja.
Satu tips yang aku rasa kalau semua orang boleh buat, insyaAllah, berapa pun gaji dia dapat, akan cukup untuk dia tampung hidup.
Tips nya adalah, jika kita nak rasa macam gaji kita RM5000 sebulan, sedangkan gaji sebenar kita adalah RM2000 sahaja, kita buat kerja seolah2 gaji kita RM5000 sebulan.
Tak perlu sebenarnya nak buat 2, 3 kerja dalam satu masa, 1 kerja sahaja dah cukup, asalkan kerja yang satu itu kita buat dengan bersungguh2 dan seikhlas hati.
Ramai di antara kita yang tanpa sedar “memenatkan” diri sendiri, sambil kerja di pejabat, sambil buat content, jual2 online, waktu kerja hakiki, keluar COD barang jualan, waktu kerja hakiki, tidur, sebab penat buat part time runner.
Memang anda akan dapat hasil, tetapi hasil itu akan hilang..
Tiba2 kereta rosak.. tiba2, kawan pinjam duit tak bayar2.. tiba2 rasa nak beli barang mahal, tiba2 bil rumah melambung2.. sebab hasil gaji kerja hakiki sudah hilang keberkatannya. Akhirnya, duit habis begitu sahaja.
Apa yang aku ceritakan ini bukan rekaan semata-mata, aku dah mengalaminya sendiri,
Dulu aku pernah rasa tak cukup, jadi aku jual makanan, punya penat menjual, duit extra memang dapat, kan ada pepatah mengatakan, “usaha tak akan mengkhianati hasil”, tapi aku silap sebab banyak curi masa kerja hakiki aku.
Aku iklankan produk jualan aku semasa aku sedang mengasuh anak2 di taska, balik dari kerja, aku cod barang jualan aku,
Hasilnya badan aku penat, aku masuk lambat ke tempat kerja, dan akhirnya gaji aku dapat setiap bulan asyik ngam2 sahaja, dan masa tu aku fikir, mujur lah aku ada “part time job “, boleh tampung gaji yang tak cukup kononnya.
Sehinggalah satu masa, tempat kerja aku memerlukan aku memberikan fokus yang lebih kepada kerja hakiki aku, jadi aku tak sempat nak membuat “part time job” aku tu,
Dan yang ajaibnya, gaji yang jumlah nya sama setiap bulan, masih mencukupi untuk aku bahkan hidup aku lebih tersusun, badan aku tak penat, dan suami aku jadi lebih pemurah kepada aku.
Jadi sehingga sekarang aku hanya fokus kepada kerja hakiki, datang awal, buat kerja dengan tenang tanpa memikirkan tentang sale jualan,
Telefon yang kalau dahulu sentiasa di tangan, sebab nak chek oder, nak iklankan jualan, sekarang tidak lagi sentiasa ditangan, kadang2, bateri habis pun tak apa.
Sampai masa balik, aku balik dan fokus pada suami dan anak2. Cukup bulan dapat gaji, walaupun tak banyak, tapi cukup dan siap boleh menabung lagi.
Kereta tak buat hal, anak2 sihat, badan sendiri sihat, suami makin sayang sebab isteri dia dah tak gila nak tambah income kononnya.
Sekarang kalau ada yang bekerja, dalam masa yang sama guna masa kerja untuk cari duit lebih, aku dah tak kagum,
Kalau dulu waktu jahil, aku kagum dengan orang yang “pandai” curi masa untuk tambah income, tapi sekarang, bila aku faham konsep keberkatan rezeki, aku rasa kesian dengan mereka2 yang masih tak sedar tentang konsep mencari rezeki yang halal dan berkat.
Jadi, sapa2 yang sekarang ni tengah struggle buat banyak kerja dalam satu masa, boleh semak balik, tengok, adakah kita dah “curi” masa kerja hakiki kita semata2 untuk mencari income lebih?
Jom ubah strategi kita. Untuk kebaikan dunia dan akhirat. Salam Ramadan..
– Pekerja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit