Tips Untuk Kembalikan Kecantikan Isteri

Assalamualaikum semua. Saya Aida, seorang isteri dan ibu beranak 5. Sudah 15 tahun menjalani bahtera perkahwinan alhamdulillah masih setia dan teguh sehingga sekarang.

Saya ingin share petua untuk kekal cantik dan anggun walaupun sudah ada anak. Buat pengetahuan semua, saya bukan dari keluarga yang kaya. Suami hanya pemandu bas dan perbelanjaan memang cukup makan untuk kami 7 beranak.

Saya pada dulu lagi cintakan kecantikkan. Tapi kerana suami tidak mampu untuk memberi duit belanja untuk membeli produk, saya banyak belajar petua orang-orang tua dan organik yang boleh didapati dengan mudah dan murah.

Pertama kali, perlu juga ada kerjasama dari suami. Jika suami bercuti, ajar anak untuk duduk dengan ayah tetapi jangan mengganggu ayah berehat. Alhamdulillah suami bukan kaki game dan hanya berehat di rumah sambil menonton televisyen.

Dari situ saya dapat sedikit masa untuk diri sendiri berdandan dan spa dirumah. Anak-anak dari kecil dah tahu, hari cuti ayah, duduk dengan ayah. Saya siapkan semua makanan, susu dan tempat tidur untuk anak-anak dan ayahnya hanya membawa mereka tidur dan memberikan mereka susu.

Untuk rawatan muka, saya menggunakan bedak sejuk dan tomato. Tomato saya ambil lebihan dari yang saya potong untuk memasak. Blend bedak sejuk dengan tomato untuk dijadikan masker. Rawatan bibir pulak saya menggunakan secubit gula dan madu untuk dijadikan scrub. Memang berkesan untuk membuat kulit mati dan melembabkan bibir.

Untuk penjagaan kulit, saya ambil daun lidah buaya yang ditanam dan dengan bedak sejuk juga saya lumur seluruh badan. Alhamdulillah kulit akan menjadi lebih licin dan cik abang makin sayang.

Untuk rawatan rambut pulak saya amalkan dari hempas kelapa parut yang sudah digunakan. Saya sapu dikepala dan perah kelapa parut itu untuk dapatkan sedikit santan dan mineral didalamnya. Rambut akan kekal bersinar. Untuk lagi cantik, gunakan lidah buaya untuk menjadi conditioner.

Kita perlu diet dan bersenam untuk kekal cergas. Saya tiada masa untuk bersenam, so saya banyak gunakan aktiviti mengemas rumah sebagai senaman saya. Saya tidak rajin membawang dengan jiran kerana bagi saya hanya buang masa. Saya lebih melakukan aktiviti dengan anak-anak di taman sambil berjogging dan berhibur

Alhamdulillah tubuh badan saya masih seperti anak dara dan untuk pengetahuan semua sebelum berkahwin saya adalah dikalangan obersiti. Sampailah 3 bulan sebelum nikah saya diet dan hilang 15 kg. Dan sekarang berat saya lebih rendah berbanding sebelum kahwin.

Saya ingin nasihatkan kepada golongan isteri, jangan memberi alasan tiada masa, tiada duit untuk kekal cantik. Setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya.

Orang zaman dahulu boleh kekal cantik dan bertenaga walaupun tiada produk dan rawatan moden seperti sekarang. Saya banyak google dan bertanya kepada orang tua bagaimana untuk kekal kejelitaan dan badan yang

Untuk lelaki pulak, carilah sedikit masa dalam 2-3 jam seminggu untuk beri laluan kepada isteri untuk berdandan dan memanjakan diri. Hanya sedikit masa sahaja pengorbanan suami, anda akan melihat keberkesanannya. Isteri bukan tak nak cantik, tapi kerana sifat anda yang selfish membuatkan isteri malas untuk berhias.

Akhir kata, saya doakan semoga ikatan perkahwinan semua yang membaca di dalam iiumc ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Yang masih single boleh jadikan sebagai tips untuk anda nanti. Kalau ditakdirkan anda orang kaya, itu rezeki anda boleh ke spa rawatan kecantikkan. Tapi bagi saya, alhamdulillah apa yang saya lakukan sekarang amat-amat berkesan.

– Aida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *