Assalamualaikum dan hai. Sedikit pengenalan. Aku seorang lelaki bujang yang sedang menginjak ke usia 40-an. Masih solo dan berkerjaya. Semua adik beradik aku telah berkeluarga, tinggal aku sebagai abang sulongyang belum berumahtangga.
Sebelum aku kongsikan tips untuk lelaki confess untuk kahwin, izinkan aku bercerita kisah cinta perit aku. Semoga menjadi pengajaran untuk kaumku diluar sana.
Seusai menamatkan degree, aku menjejak kaki ke tempat kerja pertama aku. Aku namakan wanita ini sebagai cempaka. Cempaka banyak menolong aku disini. Dari aku zero sehingga aku diberi kepercayaan untuk jawatan dengan gaji yang agak selesa. Semua nya Cempaka bantu.
Aku juga telah jatuh hati terhadap Cempaka. Kelembutan dia, keayuan dia, sikap keanak2 Kan dia. Semua lah sikap dia buatkan aku tertarik kepada Cempaka.
Kami selalu lunch dan dinner sekali. Terutama kalau pulang lewat. Tetapi bukanlah sehingga berdua- duan.
Aku ketika ini masih belum mampu menyatakan perasaan aku terhadap Cempaka. Tetapi aku akui aku telah berikan harapan kepada Cempaka. Sehinggakan nama Kami berdua sering menjadi usikan rakan2 lain. Tersipu2 malu Cempaka kerana usikan rakan2 Kami. Aku cuma berdiam diri.
Masa terus berlalu, aku Masih berkawan dengan Cempaka. Masih teman tapi mesra. Tetapi tidaklah sehingga melanggar batas agama.
Aku mahu menyatakan hasrat tentang perasaan aku kepada Cempaka tetapi ketika itu, aku hanyalah lelaki tanpa kereta, tanpa harta dan tanpa gajiyang secukupnya untuk melamar dia.
Gaji aku mostly aku selesaikan komitment PTPTN, loan motor, belanja rumah dan sbgainya. Baki gaji hanya tinggal RM200 sebulan. Jadi, aku pendamkan hasrat aku.
Selepas itu, aku nekad untuk memperisterikan dia. Aku mula kerja part time di restaurant fast food. Penat. Tetapi demi Cempaka aku sanggup. Wang simpanan aku sudah melebihi RM1K.
Satu hari, secara tiba2 Cempaka luahkan perasaan dia terhadap aku. Aku gembira teramat sangat. Aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Tetapi aku cuma membalas, “beri saya masa, selama ini saya hanya anggap Kita kawan baik tetapi jika berjodoh tidak kemana “. Aku tidak pasti mengapa aku membalas ayat itu. Jelas nya dia seolah merasakan aku “reject ” dia.
Sejak dari itu, aku mula merasakan Cempaka menjauhkan diri dari aku. Sebagai lelaki, aku ada self pride dan ego. Aku cuma membiarkan dia. Tiada sebarang kata dari aku.
Aku masih melakukan kerja part time. Aku Masih menggumpul wang untuk kahwin. Namun aku tidak punyai keberanian untuk nyatakan perasaan aku. Tetapi walaupun begitu ketika urusan kerja Cempaka amat professional. Itulahyang membuatkan aku semakin jatuh hati kpda dia.
Ketika ini pula, wanitayang pernah mencintai aku dan meninggalkan aku untuk orang lain muncul. Aku namakan dia Mawar. Mawar muncul kembali, dia mahu bina hubungan yang lebih serius. Mawar ini rakan aku ketika belajar diploma. Kami belajar bersama satu course. Namun dia drop study kerana tidak boleh bawa.
Aku cuma turun sem sahaja. Ketika kejadian drop dan turun sem ini berlaku, aku sedang ralit menyemai cinta bersama Mawar. Dunia sangat Indah. Tetapi selepas dia drop dan tinggalkan aku demi lelaki lain. Aku hilang punca. Aku tidak lemah. Aku bangun dan teruskan pengajian.
Ketika itu aku tersepit antara Mawar dan Cempaka. Aku mahukan Cempaka kerana dia selayaknya menjadi ibu kepada anak2 aku. Dia mempunyai ciri2 seorang ibu. Tetapi aku juga mahukan Mawar.
Api cinta untuk Mawar tidak pernah padam walaupun Mawar pernah tinggalkan aku. Aku buntu. Ketika ini aku Masih melayani mesej Mawar dan Cempaka. Dua wanita ini berjaya merebut hati aku. Untuk memilih antara mereka, aku buntu.
Masa terus berlalu, aku sudah semakin stabil. Hubungan aku dan Mawar serta Cempaka baik2 saja. Satu Hari, Cempaka menanyakan aku meminta kepastian tentang hubungan ini. Aku Masih buntu. Aku sayang Cempaka namun bagaimana dengan Mawar?
Pertanyaan Cempaka aku jawab dengan kata2 ” jika awak dan saya brjodoh pasti bertemua juga”. Aku berharap Cempaka mengerti. Aku teruskan kehidupan seperti biasa.
3 bulan selepas itu, aku dikejutkan dngn kad undangan perkahwinan Cempaka dan bakal suaminya. Aku rebah dan terduduk. Air mata jantan tak berhenti mengalir. Namun aku perlu buktikan aku kuat. Aku hadiri Majlis perkahwinan Cempaka. Sederhana dan meriah. Cempaka telah dilamar oleh rakan ketika dia degree.
Aku mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Selama 6 bulan aku unpaid. Aku terasa kosong dan sesak didada. Mesej2 dan call dari Mawar aku biarkan sepi. Aku tidak pasti mengapa aku kemurungan. Ya.Aku akui aku sangat sayangkan dan cintakan Cempaka. Rasa seperti tidak berguna.
Selepas 6 bulan aku sembuh secara beransur.Aku mulai membalas mesej2 Mawar. Aku mulai cuba untuk sayang Mawar. Cuba untuk act seperti sebelum ini. Namun aku tidak pasti mengapa hambar saja rasa.
Selepas masa berlalu Mawar keep on ajak aku kahwin. Aku? Masih buntu. Aku masih diamkan diri dari Mawar. Akhirnya Mawar berkahwin dengan orang lain.
Dan aku masih solo sehingga Hari ini. Aku redha andai Cempaka bukan milik aku lagi. Namun aku ralat. Dan aku bahagia melihat Mawar bahagia.
Tamatlah kisah cinta aku ini. Harap tak diulang sesiapa.
Tips yang aku nak kongsi terutama kepada bujang2 yang rasa nak confess untuk melangkah ke alam rumahtangga.
1) Jika terdetik dihati untuk berumah tangga, teruskan la hasrat itu. Pastinya kau sudah berkerja.
2) Jangan biarkan jawapan wanita istimewa kau tergantung.
3) Jika benar mahu dia, nekad dan terus ke booking ( bertunang dahulu jika belum mampu ).
4) Wanita yang berani luahkan hasrat hati, wanita ini sangat berani.
5) Usah main tarik tali atau beri ayat tergantung andai benar kau tidak cintai dia.
6) Hadiri Majlis perkahwinan dia jika benar kau tidak cintakan dia.
7) Jangan beri wanita harapan, ayat2 manis, layanan baik andai kau sebagai lelaki Masih belum bersedia untuk berkahwin.
8) Beranikan diri, kentalkan hati untuk melamar si dia andai kau tidak mahu menyesal seperti aku.
9) Jodoh perlu berusaha.
10) Jika sudah nekad pilih dia, kentalkan hati untuk fokus dia, abaikan anasir luar.
– Bujang lapok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit