Tips Untuk Mudah Bangun Tahajjud

Assalamualaikum dan Hai.. Bertemu kita lagi sekali di entri yang berbeza. Saya Bunga. Confession pertama saya bertajuk ‘Percayalah Pada Istikarah’ (https://iiumc.com/percayalah-pada-istikarah/).

Alhamdulillah, MasyaAllah Tabarakallah. Majoriti semua pembaca memberi feedback yang baik Alhamdulillah.

Ada juga yang mengatakan kisah Percayalah Pada Istikarah itu adalah hasil ciplak.

Maafkan saya saudari, Hasil istikarah itu sememangnya kisah sebenar yang berlaku pada diri saya sendiri. Tidak menciplak dari mana-mana pihak. Saya harus tegakkan kebenaran untuk mengelakkan fitnah, Mohon maaf ya.

Baik hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk kita istiqomah bangun tahajud bagi yang beginner:

1. Perlu ada push factor/ Big why. Tuliskan senaraikan apa yang kita ingin capai dalam hidup kita. Bahagikan kepada dua terus. Akhirat dan dunia.

Sebagai contoh macam saya, Hajat akhirat : Masuk syurga firdaus tanpa hisab dan tanpa azab, Dan Hajat dunia: Dikurniakan pekerjaan tetap dengan gaji sekian sekian. Sebaiknya mohon urusan akhirat dahulu dan di ikuti urusan duniawi.

2. Lazimi istighfar dan Solat Sunat Taubat. Tolonglah sekurangnya sehari 100 kali istighfar.

Tapi saya nak berkongsi tentang satu istighfar ni ustaz Azhar Idrus kata 1 kali istighfar ini bersamaan 10,000 kali istighfar biasa. Bacalah Sayyidul Istighfar 10 Kali pada subuh hari dan 10 kali di malam hari.

Untuk solat sunat taubat saya akan buat sebelum tidur. Sebab saya dah buat eksperimen kalau tak buat solat sunat taubat sebelum tidur,

Memang akan liat sikit nak bangun.

3. Tidur awal. Sebelum pukul 12 pastikan anda sudah tidur. Kerana tidur di antara pukul 9-12 malam kualiti tidur itu satu jam bersamaan dengan tiga jam. Jadi kalau kita tidur pukul 10 dan bangun pada pukul 3 dah berapa jam tu kita dapat?

4. Tidak perlu bangun terlalu awal. Untuk beginner tidak perlulah bangun terlalu awal. Pukul 5 atau 5.30 pagi sudah memadai. Untuk permulaan cukup solat tahajud 2 rakaat, solat hajat 2 rakaat dan solat witir satu rakaat.

Seandainya para sahabat awal-awal lagi sudah masuk gear 5 pastinya tahajud ini tidak kekal lama. Sebab sahabat-sahabat pasti akan rasa penat.

Cukuplah bermula dengan gear rendah dan semakin hari semakin bertambah dan bertambah. Slow progress is also a progress right?

Slowly but surely!

Baik sampai disini sahaja entri kita pada hari ini. Saya mohon doakan saya menjadi seorang yang boleh menyampaikan dakwah menerusi penulisan saya.

Dan mohon sahabat-sahabat yang melakukan tahajud selitkan doa untuk saya sekali, Moga dengan asbab dan tips ini menjadikan saya dan guru-guru saya boleh menjejakkan kaki ke Syurga Firdaus.

Dan untuk segala tips yang saya share ni jangan risau, Bukan tips yang direka sendiri. Saya mempunyai guru-guru yang mengajar ilmu agama, Dan saya juga memasuki circle-circle bersama dengan orang yang dikenali dalam dunia dakwah.

Saya disini hanya untuk berkongsi ilmu memandangkan bukan semua mampu untuk memasuki kelas berbayar.

Hanya pohon doa kalian untuk mendoakan urusan jodoh saya diperlancar, dan disegerakan perkahwinan saya pada tahun ini. Allahumma aamiin.

Semoga kita berjumpa lagi di entri yang lain ya sahabat syurga sekalian. InsyaAllah sekiranya ada masa saya kan berkongsi tips hajat mudah makbul. Di ajarkan oleh guru saya dan keajaibannya telah dirasai oleh saya sendiri.

Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *