Tips Untuk Para Isteri / Bakal Isteri Di Luar Sana

Aku dah kahwin selama XX tahun, dan sebagai seorang suami, aku rasa isteri aku sangat dengan hidup dia, kecuali the fact that aku ni dari orang yang miskin (takde duit lebih untuk dibelanjakan lagi).

Jadi kat sini aku nak share beberapa tips yang diguna pakai oleh isteri aku kepada suami nya.

1. Cari suami yang tak banyak cakap dan soft spoken – sama seperti hak-hak seorang anak dari bapanya, iaitu memilih ibu yang baik – proper planning kena ada – memilih seorang suami yang baik.

Kalau jumpa yang ada rasa tanggungjawab tu, nampak masa depan (contohnya dia tengah study part time ke, ada business ke), tak banyak cakap (ni penting jugak), dan hormat orang tua.

2. Next ko kahwin la dengan laki tu – sebagai seorang perempuan ko kena dominant. Sebab tu kena pilih lelaki yang senyap-senyap, nanti kalau kau maki-maki, laki tu senyap je. Malas nak berbalah.

3. So waktu mula-mula kahwin kena hafal “hak-hak seorang isteri” tu penting tu, consider as your kitab. So mula dengan tempat tinggal isteri lelaki kena provide. Sama juga kereta – kena mula yang lelaki kena provide untuk isteri.

Dan kalau dia kata dia dah ada kereta, buat apa nak dua kereta, so ko kena pandai, cakap la suruh la kereta suami tu bagi ke abang ipar ke, atau siapa-siapa ke suruh diorang pakai dan bayarkan installment dan maintenance semua.

Dan dah jimat kat situ, suruh suami kau bayarkan installment kereta kau. Selain installment, minyak dan maintenance juga tanggungjawab suami sebab dia dah “pakai” kereta kau tu.

4. Barang-barang dapur – ni kena tetapkan tanggungjawab suami, kena beli. So waktu shopping sama-sama, suami kena bayar.

5. Barang-barang perabot rumah – OK, ni kau sendiri bayarkan. Penting ni. Dan kereta, jika nak tukar, kan kereta kau. So, jual la, dapat cash, buat deposit kereta baru (regardless yang laki ko bayarkan instalment). .

6. Lepas dah kahwin, ada rezeki, keluarlah anak. Untuk anak ni, semua perbelanjaan untuk anak suami yang kena provide. Betul.

Tapi yang paling penting kau kena tekankan kat suami yang anak ni waris kita, jadi tukarkan lah penama KWSP, insurans atas nama isteri / anak. Isteri kena bagitau kat mak dia pasal benda ni. Penting ni.

7. Kawan-kawan suami – suami ni kadang-kadang boring la kan asik duduk rumah dengan isteri dan anak-anak, dia pun nak keluar jugak.

So, di sini para isteri kena cakap, kenapa nak keluar? berapa lama? pukul berapa nak balik? anak ni siapa nak jaga? takkan nak biarkan i jaga sorang je? amboi seronok!

Haa.. kena tegas. Nanti lama-lama suami pun tak banyak kawan-kawan dan takkan keluar selalu. Keluar tak semesti nya keluar jumpa kawan je. Keluar gi masjid ke, sukan ke, boleh pakai benda ni.

8. Family lelaki – ok, ni kalau yang jenis family dekat-dekat untuk kedua belah keluarga tu, alhamdulillah. Takde masalah, tapi kalau family dua-dua jauh, ni boleh pakai.

Waktu mula-mula tu kena argue jugak berapa kali balik belah sana dan berapa kali balik belah sini. Dan kalau ada peluang gaduh lagi bagus, ada alasan tak payah balik belah sana.

Alasan-alasan lain yang boleh dipakai : (aku kan tadi cakap aku orang miskin) rumah tak selesa, ada habuk anak tak selesa.

Kalau laki (aku pakai laki la senang,suami macam hormat sangat dah tahap2 macam ni) kau nak balik, biarla dia balik sorang-sorang. Ataupun kau ikut tapi tidur hotel la, balik umah dia macam 2 jam camtu ok la, pastu balik hotel, anak-anak siapa nak jaga?

9. Duit – bab ni paling sensitif. Macam kat atas tadi aku dah bagitau apa tanggungjawab laki – rumah (sewa, elektrik, air, IWK, maintenance), kereta (instalment, minyak, T&G, maintenance), insurance (laki, isteri, anak2), barang2 dapur, anak (pengasuh, susu, pampers, taska/tadika) dan makan2 kat restaurant.

Ini tak termasuk belanja dia lagi (hutang dia, duit bagi makpak dia, zakat, hobi dll). So kalau dia kata takde duit tu, kau belasah la. Asik kata takde duit je! Boleh gaduh. Hehe. Lepas tu merajuk. Dia kena keluar duit lagi nak pujuk2. Dan paling penting, duit kau duit kau.

10. Balik raya – atas point no.8, so boleh la balik raya tempat korang tiap2 tahun. Antara point lain yang boleh ditambah : setiap tahun ada family event di hari raya, mak pak sorang2 kat rumah, kesian.

Cukup la kot 10 point. Mungkin kalau tempoh perkahwinan aku lama lagi, aku akan tambahkan banyak point-point lain. Harap-harap para2 sakura di luar sana dapat manfaat dari perkongsian ini.

Ingat, yang penting kat akhir2 waktu, kita ada hasil dari perkahwinan kita – kita ada kereta, barang2 perabot, ada kawan, ada family. Laki? Dia bayar benda yang tak nampak. Hehe.

– Gosia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. ooo kau nak itu ini suami kasi, pastu apa kau bagi kat dia…setakat 2 benda yg kau ada tu dekat chow kit berlambak…terpaling isteri la sangat….nak kau je yg bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *