Saya kenalkan diri dahulu. Saya perempuan berusia 40 tahun. Ada kerjaya yang baik cukup untuk menyara diri sendiri, perbelanjaan Ibu dan ayah dan untuk di ‘pau’ oleh anak-anak buah.
Nak cerita dengan orang malu. Umur macam ni kebanyakan dah di fasa besarkan anak dan siap ada yang umur 42 tahun dah terima cucu. Saya je yang tak lepas-lepas lagi fasa perkenalan.
Jadi nak minta tips untuk improve sesi berkenalan saya ni supaya saya tak nampak effortless & sendu di situ. Dah umur-umur begini nak lalui fasa berkenalan lagi bukan sesuatu yang mudah setelah berehat hampir 10 tahun.
Bercinta tak pernah tapi adalah melalui beberapa sesi perkenalan. Saya ringkaskan sedikit di bawah untuk pembaca dapat gambaran.
Kisah 1 :
Z dikenalkan oleh kawan yang nak mengorat dia tapi dia dah ada BF. Maka dia cuba adjust Z dengan saya. Z mula Mesej saya dahulu.
Maka bermesejlah dalam sebulan kot lepas tu kena ghosting & tengok-tengok dia dah kahwin. Takut sangat dia nak bagitau saya yang dia dah jumpa calon yang sesuai.
Kisah ke 2 :
B dikenalkan oleh Bos saya. Saya kena reject dalam masa seminggu dengan alasan B tak ready nak in a relationship dan nak kenalkan dengan kawan dia pulak. Terus la tolak dan tamatkan kisah berkenalan tu dengan baik.
Tapi dalam hati macam kau ni kan.. kalau tak nak dah kenapa kau start mesej weyh. Kau diam-diam sudah.. so kisah kami berakhir di situ.
Kisah ke 3 :
S ni kenal melalui B*itul M*slim. Siap langgan yang premium ok.. hahaha. Ada la chat dengan S ni dalam 2,3 minggu tapi akhirnya kene ghosting lagi..
Platform ni pun kawan yang paksa guna sebab dia berjaya jumpa pasangan dia melalui platform ni. Tapi tidak untuk saya. It’s ok,tak salah kita mencuba kan.
Kisah 4 :
M jatuh cinta pandang pertama dengan saya katanya. Kami berjumpa semasa sesi konsultasi & Saya berikan no telefon supaya mudah untuk saya guide. Lepas habis sesi konsultasi terus dia bagitau yang dia sukakan saya dan nak kenal lebih daripada itu.
Saya bagi peluang tapi lepas sebulan M Minta maaf sebab katanya tak mampu nak meneruskan perkenalan. Saya cakap ok dan kami akhiri dengan baik.
Tapi seminggu selepas itu M mesej saya semula mohon maaf dan nak menyambung kembali. Katanya antara sebab dia rasa tak boleh nak teruskan dia merasakan saya tidak bersungguh-sungguh.
Tapi kemudian dia rasa menyesal dan nak mencuba semula. Tapi prinsip saya no turning back dan saya jalan terus.
Jujurnya ada masa saya rasa saya loser. Teruk sangat ke saya Ni?
Saya tidakla baik mana tapi tak la juga teruk. BMI normal. Tidakla cantik tapi manis ada, sedap mata memandang.
Saya bukan syok sendiri ya tapi ramai yang cakap saya tak nampak macam 40 pun dan berapa orang pernah cakap “cantik tapi sayang tak kahwin lagi” sedih kan….
Mempunyai kebolehan memasak setakat untuk 100 orang makan insyallah mampu. Kerja-kerja rumah lain insyallah boleh buat sebab memang dari kecik mak dah paksa buat.
Dressing bukanlah style ootd tapi kemas la & menutup apa yang perlu. Boleh uruskan orang tua & kanak-kanak seawal tali pusat kering sebab ngeri nak mandikan dorang dengan tali pusat tu.
Independent women, hantaran pun insyallah saya akan letakkan pada berapa yang pihak lelaki mampu & ikhlas untuk bagi sebab itu adat je & saya tau susahnya nak kumpul duit dengan kos sara hidup sekarang. Ok cukuplah saya promote diri sendiri.. heee..
Bagi kriteri lelaki yang saya cari pula saya tak letakkan kriteri yang tinggi. Cukup jika dia sesorang yang faham agama, bertanggungjwab, boleh bertoleransi & menghormati. Dan bukan suami, tunang, atau bf orang.
Setakat ni yang confess depan-depan pun suami orang je dan memang saya tolak awal-awal.
Untuk maklumkan saya hanya berkawan dengan lelaki atas hubungan professional sahaja ya.. tak ada mesej-mesej sambungan atau keluar makan berdua. Saya sejenis manusia yaang memang dry texter ye dengan lelaki.
Jadi macamana suami orang ni confess? Semasa pertemuan kami untuk urusan professional tu la. Ye la takkan la nak beli barang atau pegi kelas nak angkut orang lain pulak kan..
Sekarang saya sedang melalui satu lagi proses berkenalan dengan sesorang yang saya namakan Q.
Jujur, saya tak letakkan harapan yang tinggi dan banyak berdoa jika dia baik untuk saya, keluarga saya & agama saya permudahkanlah. Jika tidak tamatkan semuanya dangan baik dan temukan kami berdua dengan jodoh yang baik untuk kami. Q ni pun dikenalkan oleh seseorang.
Saya tau umur saya adalah kekurangan terbesar saya dan disebabkan itu saya akan berlapang hati dengan apa pun yang ditakdirkan.
Saya juga nak mohon doa daripada semua doakan yang terbaik untuk perkenalan ini. Kita tak tau mungkin ada antara doa- doa anda yang Allah akan angkat.
Terima kasih semua sudi mendengar luahan saya dan saya harap dapat la beberapa tips untuk membantu saya perbaiki mana yang boleh.
– Jiminieeee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kan best aku dapat kenalkan kau ni dengan suami aku – baik, rajin, bagus, penyayang. Aku je tak leh nak commit dah.
Pakej anak cute sekali.