Assalammualaikum. Terima kasih buat admin sekiranya siarkan confession ini. Semiga bermanfaat untuk semua pembaca.
Lately ni, ada beberapa confession yang buat aku kesian dengan students sekarang ni. Aku faham, makanan sekarang bukan murah. Kalau pada aku, RM 6 sekali makan tu pun dah mahal sangat dah tu.
Dulu waktu aku belajar, mula mula tu aku noob, banyak juga duit habis pada makan. Lepas tu, aku check balik ke mana duit aku pergi. Aku dapat PTPTN full. (20+k)Tolak yuran, duit tambang nak balik, duit belajar semua adalah dalam berapa ratus macam tu.
Jadi, apa yang aku buat memang berjaya kurangkan cash flow out aku dan aku nak share dengan semua orang. Ada yang boleh ikut, ada yang tak boleh ikut. Pandai pandai korang tapis, aku cuma niat nak berkongsi sahaja semoga segala urusan kalian dipermudahkan.
Okay, mula mula sekali, aku laburkan duit beli periuk nasi. Dan aku bawa barang barang dapur yang lain macam bekas lebih, pisau, mangkuk, senduk. Lepas tu, setiap 2 minggu sekali aku keluar beli barang masak. First time keluar, aku kongsi dengan budak bilik beli minyak, beras 5kg, garam semua. Lepas tu beli yang basic macam tepung, kentang, carrot,sos and kicap. (Seminggu belanja makan rm35 macamtu)
Tips aku, yang beras tu, aku tak kongsi. Duit tu pakai duit aku. Tapi nasi makan sama sama. Niat aku nak sedekahkan. Besar pahala kita jamu orang makan lagi lagi kalau mereka puasa. Kau akan rasa rezeki kau melimpah ruah.
Lepas tu, aku cuma bawa dalam purse ngam ngam je duit belanja minggu tu. Kalau aku rasa nak stay dekat library, awal awal aku bawa bekal. Buat sandwich ke, roti telur ke, roti sapu kaya ke. Nasi lauk telur kicap ke. Apa apa yang buatkan aku boleh alas perut.
Lepas tu, aku memang tak beli air manis. Kecuali, kalau air tu memang rare macam jual waktu ada fair ke, atau macam ada cendol or abc, baru aku beli. Biasanya aku beli ais kalau teringin nak minum air sejuk. Lepas tu, bancuh air sendiri. Aku akan beli milo yang paket tu, teh uncang dengan kordial oren. Yang ni pun boleh bancuh satu bekas besar dan ajak kawan kawan minum sekali.
Nak jimatkan duit juga, aku jarang guna printing service yang student lain iklankan. Sebab aku rasa macam tak berbaloi. Aku beli printer sendiri dan print nota sendiri. Tak payah beli yang mahal mahal, aku beli yang hp tu 3in 1 dalam 200 macam tu. Satu sem aku peruntukkan rm100 untuk maintenance printing aku(kertas dan ink)
Lepas tu, aku banyak join aktiviti sebab nak makan free. Ya ni salah satu niat aku. Pada aku dah jimat banyak dekat situ. Memang boleh kata, almost satu bulan tu adalah dalam 4-5 program aku pergi.
Lepas tu aku cuma peruntukkan rm200/ sem untuk balik rumah. Aku cuma balik dua kali je. Waktu cuti mid sem dengan waktu habis sem. Kalau homesick tu berhuhu jelah sorang sorang.
Untuk topap, aku peruntukkan rm5/minggu. Aku jarang call orang. Call mak aku je. Tak ada call orang lain. Internet pun memang 100 peratus guna internet u aku. Kalau dekat luar dan terdesak sahaja baru guna data. Itu pun langgan.
Kalau korang rajin, buat bisnes dekat uni. Macam aku, aku jadi dropship. Contoh, aku ada usha tudung yang pattern pattern sekarang. Jadinya, harga tudung tu kalau aku beli sorang rm15 , jadi aku ajak kawan kawan aku beli dengan harga rm20/tudung. Ada jugak aku jual kerepek. Bagi tester semua orang rasa, lepas tu promote kaw kaw punya, bagi diaorang terngiang ngiang dengan kerepek aku, lepas tu tingg, hanan,nak kerepek satu balang. Sekarang ni dah banyak dah dropship yang boleh buat, kena pandai tengok apa yang kawan kawan kau suka, then pandai pandailah masuk jarum.
Dan hasilnya Alhamdulillah, aku dapat simpan duit sikit dari pt aku setiap sem. Sebab aku tahu banyak nak kena guna waktu habis degree.
Aku rasa ni pun tak cukup jimat lagi, korang yang lain mesti ada banyak lagi cara untuk jimat. Apa pun, ini lah apa yang aku buat. Alhamdulillah, serba cukup segalanya. Aku doakan semoga semua orang akan kuat dan terus kuat.
Aku faham, masalah duit ni boleh downkan kau lagi lagi student. Siapa je tak down bila duit tak cukup. Tidur pun terganggu. Aku tak nak repeat dah gangguan emosi yang aku ada waktu mula mula degree dulu. Semua sebab duit sampai aku tak leh nak fokus. Itu semua syaitan. Doa banyak banyak moga Allah permudahkan. Ini salah satu duri yang ada waktu kau mengorak langkah dalam taman bunga ni. Jangan putus asa dan jangan biarkan emosi kau kawal diri kau. Bangkit dan lawan. Kau tak struggle sorang sorang percayalah.
Apapun, doakan aku dapat kumpul 15 ribu bila habis degree nanti. Terima kasih semua.
– Hanan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit