Assalamualaikum semua.. saya merupakan seorang doktor yang sudah agak lama berkhidmat di sektor kerajaan.
Memandangkan terlalu banyak luahan masalah jodoh di page ini, saya sebagai seorang doktor ingin mengambil kesempatan untuk beri sedikit nasihat pada bakal2 zauj dan zaujah sekalian,
Especially di zaman sekarang yang ramai diantara kita berkenalan secara singkat melalui platform/ aplikasi/website.
Rasa nya tidak salah untuk mencari jodoh melalui portal2 atau aplikasi, cuma saya sebagai doktor nak bagi sedikit tips ya.
Saya tidak mahu menyentuh checklist sebelum berkahwin dari segi agama, perwatakan, akhlak, rupa sebab tu rasanya semua sudah sedia maklum.
Apa yang saya nak sentuh ialah checklist memilih pasangan melalui ujian darah.
Terdapat banyak ya penyakit/ virus/ jangkitan yang tersebar melalui hubungan seksual suami isteri contohnya seperti HIV, hepatitis B/ C/ atau penyakit kelamin.
So dari keputusan darah bakal pasangan, kita sudah bole tahu macam mana aktiviti pasangan kita sebelum ini.
Tapi sebelum tu memanglah kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang atas dosa lampau. Tapi untuk anda yang berkata begini mesti belum cukup research tentang penyakit2 ini.
Sebagai contoh, saya dah berjumpa terlalu ramai ye isteri/ suami yang telah dijangkiti HIV dari pasangan masing2 ya. TERLALU RAMAI. Semua golongan tidak kira golongan yang kaya, miskin, golongan marhaen atau yang professional.
Bila disiasat baru tahu rupanya pasangan sebelum ni memang seorang bis3ksual/ homos3ksual/
Yelah tak semua berani mengaku perbuatan terkutuk selama ni.
Bila dah dapat tahu HIV, biasanya sudah terlambat sebab dah menjangkiti pasangan dan yang paling worse ada kes yang dari ibu sudah menurun ke anak melalui vertical transmission (sewaktu beranak).
Ok mesti soalan seterusnya timbul… bukan sebelum kahwin dah cek HIV ke doctor??
Ok untuk makluman semua, yang kita cek HIV cucuk sedikit hujung jari dan tunggu keputusan selama beberape saat itu adalah screening test saja, walaupun keberkesan (specificity/sensitivity) untuk detect mengjangkaui 99%.
Tapi masih ade baki 1% yang terlepas (false negative) maksudnya dia positive HIV tapi masih tak dapat detect sebab virus HIV tu masih dalam window period.
Golongan 1% yang terlepas ni la yang akan memudaratkan pasangan masing2. Ataupon ada yang masa berkahwin masih belum dijangkiti HIV tapi bila berkahwin, sorok2 lakukan perbuatan terkutuk di belakang pasangan masing2 dan sebarkan HIV kepada pasangan.
Tapi kalau seseorang itu merupakan seorang yang bertanggungjawab, kalau dia sudah tahu dia merupakan golongan high risk (homoseks/ seks bebas/ penagih dadah yang pernah berkongsi jarum)
Sudah tentu dia akan proceed dengan confirmatory HIV test instead of just doing usual screening test sebelum membuat keputusan berkahwin dengan pasangan. Tapi zaman sekarang tidak ramai yang sebaik itu.
Tapi sebelum menghukum, terdapat juga keadaan di mana dia dapat virus HIV tu daripada blood transfusion/ needle prick with contaminated infected blood) tapi sangat2 jarang ya. First and foremost mesti suspek from sexual transmission dulu.
Untuk jangkitan hepatitis B/C, kenapa penting untuk kita cek??
Sebabnya chronic infection with virus hepatitis B/C ada yang menjurus kepada kegagalan hati (liver cirrhosis) atau kanser hati ( liver cancer) kalau tidak di kesan dari awal dan tidak dirawat dari awal. Sebab tu pentingnya early detection of this infection melalui ujian darah.
So apa yang anda perlu buat sebelum berkahwin dengan seseorang (dari sudut medikal);
1) Mengaku dengan bakal pasangan siapa anda sebenarnya sebelum ini, menipu akan memudaratkan anak orang dan bakal anak anda sendiri ya.
2) Cek darah bakal pasangan terutama yang berkenalan secara singkat,ok darah apa nak hantar?? Hantar Serum hepatitis B/ C/ HIV confirmatory test atau serum VDRL (ni untuk cek syphilis)
TAPI jangan korang suruh bakal pasangan korang cek tp korang sendiri tidak cek, sama2 cek baru adil dan saksama ya.
P/s: Sedangkan orang yang dah lama kenal pon bole menipu apakan pula yang berkenalan sekejap. So tak salah rasanya kita cek,
3) Yang paling bagus ialah bila mana anda rasa anda pernah melakukan perbuatan2 terkutuk seperti yang saya nyatakan diatas, SILA BUAT SEMUA TEST DI ATAS (checklist no.2)
SEBELUM BERKAHWIN DENGAN SESEORANG. KALAU HIGH RISK TAPI 1st screening negative SILA REPEAT UJIAN 6 bulan lagi ya (atas sebab window period )
4) Kalau dah buat semua di atas ini, dan bakal pasangan masih bole terima susah senang bersama. Alhamdulillah bole teruskan perkahwinan dan terima rawatan sewajarnya before berkahwin kalau betul dijangkiti.
Semua jenis counselling ada dalam gov clinic dan gov hospital. Basically anda dah berlaku jujur dengan bakal pasangan anda.
Sebab HIV/ hepatitis ade rawatan antiviral ya. Untuk HIV memang kalau dah di jangkiti masih belum ada penawar, tapi sekurang2 untuk zaman sekarang sudah ada ubat untuk mengawal virus tersebut untuk tidak terus membiak dan memudaratkan.
Bila HIV sudah dirawat dengan HAART dan virus become undetectable memang sudah terbukti dalam kajian tidak akan menjangkiti pasangan.
Tapi apa yang saya nak highlight dalam penulisan ni, golongan2 high risk ni dalam diam telah menghidap HIV tapi terlalu ego untuk cek status jadinya tidak mendapat rawatan dan seterusnya menyebarkan hiv kepada pasangan.
Saya tahu antara pembaca saya mesti ramai yang penghidap HIV sebab statistik HIV sangat tinggi ya di Malaysia.
Sila google. Nanti mesti ada yang cakap tak baiknya doktor mendiskriminasikan pesakit HIV. Tidak ya, saya tidak pernah stigma. Saya berkawan dengan ramai ya pesakit HIV.
Cuma penulisan saya ini adalah untuk mengajar peranan masing2 untuk menjadi manusia lebih bertanggungjawab terhadap insan lain.
Jangan dihukum orang lain atas dosa kita sendiri. Sebab saya dah lihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana runtuhnya institusi kekeluargaan sampai ke peringkat anak2 dalam kes2 begini.
Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan jalanilah proper virus screening sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Dan untuk pembaca saya yang telah dijangkiti HIV atas asbab dari pasangan, jangan bersedih, sesungguhnya ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Sesungguhnya setiap yang berlaku, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya. InsyaAllah.
Dan ingatlah, pintu taubat tu sentiasa terbuka seluas luasnya untuk hambaNya yang taubat nasuha tidak kira sejahat mana pon sebelum ini.
Sekian assalamualaikum.. saya harap penulisan saya bermanfaat.
– Dr Kiki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih Dr Kiki atas perkongsian ilmu. Ya memang benar bahawa ramai rakyat Malaysia telah dijangkiti HIV. Yang dah insaf, Alhamdulillah. Yang jadi masalah apabila masih ada individu ego tak mahu jujur. Simpan aib tu betul tapi berkenaan penyakit berjangkit mcm ni, wajib jujur dengan pasangan untuk elakkan jangkitan menular kepada ahli keluarga.