Tips Untuk Tahu Bakal Pasangan Kita Ada Main Kotor atau Tak II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tips-untuk-tahu-bakal-pasangan-kita-ada-main-kotor-atau-tak/).

Assalamualaikum semua. Dr Kiki lagi di sini. Pertama sekali maaf kalau penulisan pertama saya sebelum ni mengguris hati banyak pihak.

Saya ingin tegaskan sekali lagi, penyebaran virus hep b/c/HIV bole disebabkan banyak cara ya, sama ada melalui hubungan seksual, perkongsian jarum bagi penagih dadah,

Penerima darah especially sebelum tahun 1994, needle prick injury dengan contaminated blood dan vertical transmission (mak ke anak sewaktu proses kelahiran) tapi MAJORITI adalah melalui sexual transmission.

Jangkitan HIV kalau mengikut statistik Malaysia pada zaman sekarang adalah majoriti melalui sexual transmission terutamanya pasangan yang mengamalkan homoseksual. Tidak percaya sila google.

Apa yang saya nak highlight kan sebelum ni adalah bagi individu2 yang mendapat virus2 tersebut dari kegiatan2 terkutuk lalu menyebarkan kepada pasangan masing2.

Jikalau tuan puan, pasangan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dapat virus tersebut melalui cara SELAIN sexual transmission janganlah terasa dengan statement saya sebab anda lebih tahu siapa pasangan/bakal pasangan anda.

Tapi perlu diingat, jangan terlalu naif dan percaya bulat2 sahaja pasangan masing2, sila siasat sedalam2 nya.

Saya hanya mahu bagi tips bagi pasangan yg bakal berkahwin ujian darah apa yang bole dihantar sebelum berkahwin, ini sebagai salah satu langkah untuk lebih berhati2 sebelum memilih pasangan.

Itu sahaja. Tapi perlu diingat ya, seperti yang saya mention, ada yang ujian darah sebelum kahwin semua nya ok tapi selepas berkahwin pasangan sorok2 buat aktiviti terkutuk di belakang dan menyebarkan virus selepas berkahwin.

Kita hanya berusaha tapi Allah juga yang tentukan. Dari sekarang kita teruskan berdoa agar dikurniakan pasangan yang baik/ soleh/ solehah untuk diri sendiri dan keturunan kita insyaAllah.

Kepada lelaki/wanita yang mengamalkan perbuatan2 terkutuk tersebut TOLONGLAH BERTAUBAT dan jalanilah proper screening sebelum menganiaya anak orang lain,

Sebab tak salah pon anda cek status masing2 sebab kalau dapat tahu awal, sudah tentu dapat mulakan rawatan antiviral lebih awal selepas dapatkan nasihat doktor.

Tapi ada juga dalam kalangan pesakit saya yang telah dijangkiti virus HIV ni telah bertaubat dgn taubat nasuha dan terus meninggalkan perbuatan terkutuk itu. Siapa la kita untuk menghukum.

Saya sudah bagitahu untuk HIV sekarang walaupun masih tiada penawar tapi atas rahmat Allah sudah ada rawatan antiviral HAART yang bole mengawal pembiakan virus itu dalam badan penghidap.

Sesungguhnya rahmat Allah tu terbuka seluas-luasnya untuk hambaNya yang ingin kembali.

Dan suka saya memetik ayat dari salah seorang commenter di penulisan saya sebelum ini, jangan langgar perintah Allah, apa yang Allah suruh dan larang adalah untuk kebaikan kita sendiri.

Akhir kata, saya menyusun 10 jari meminta maaf bagi sesiapa yang terasa dengan statement saya.

Saya tidak berniat buruk hanya mahu memberi sedikit ilmu kepada kalian dan berkongsi dengan kalian kes2 yang saya jumpa sepanjang 6 tahun saya bergelar seorang doktor.

Kalau anda masih mahukan info2 kesihatan daripada saya boleh nyatakan dikomen. Kalau saya ade waktu lapang saya akan kongsikan kepada kalian.

Andai kata penulisan saya menyebakan ramai yang tidak senang saya akan hentikan penulisan saya.

Assalamualaikum.

– Dr Kiki (doktor cabuk) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *