Aku Mataja, bukan nama sebenar. Seperti headline tajuk yang tertera & disertakan, aku tidak menyebelahi sesiapa..
Aku perempuan yang dianiaya dan aku simpati juga pada isteri² yang sudah berkahwin dan mempunyai anak..
Aku berkerja di sektor swasta, berumur 40an dan masih belum berkahwin..
Bukan aku tiada usaha untuk mencari jodoh.. Tetapi pengalaman melihat ibuku menjaga ku seorang diri selepas diceraikan, membuatku adore akan independent seorang ibu dan aku terbawa akan sikapnya hingga dia meninggal dunia..
Aku juga terlalu sibuk dan terkadang sudah tidak merasa diri ini mempunyai daya tarikan lagi..
Jadi aku selalu mendiamkan diri menyepi menghabiskan waktu ku terperuk di rumah.. Hanya social media sahaja untuk aku berkomunikasi..
Tetapi kebanyakan umur baya ku ini mereka sudah berkahwin..
Yang muda pula hanya menjadikan aku duit pocket, sampai ada yang tanpa segan silu memanggi aku ‘mommy’ walaupon gelaran itu tidak layak hanya dikeranakan aku menolong mereka dari segi kewangan..
Bagi yang berumur baya ku pula.. Mereka tidak pernah rasa bersalah dalam menipu.. Mereka tidak ragu² menipu tentang latar belakang mereka yang sudah mempunyai keluarga..
Sampai tidak sedikit lelaki yang aku kenal sanggup bersumpah dan mengungkapkan perkataan ‘cerai’ untuk meyakinkan aku bahawa mereka masih bujang terlajak dan bujang trang tang tang.
Ada juga lelaki yang akan menarik perhatianku dengan berpura² dalam keadaan sedih, meratapi kehilangan tunang dalam accident jalan raya, ada juga yang berkata baru bercerai tiada anak dan ingin menamatkan riwayat diri..
Sedangkan hakikatnya mereka semua masih mempunyai isteri dan anak² yang mempercayai dan bergantung hidup pada mereka..
Oleh dek dikeranakan lelaki² yang sudah berkahwin ini tidak rasa bersalah dan tanpa ada rasa segan dalam menipu aku..
Aku juga tidak berfikir panjang untuk memutuskan hubungan yang hampir terjalin waima berkawan sekalipun..
Bagaimana aku expose dan macam mana aku tau mereka sudah berkeluarga?
Sebelom itu aku share red flag man untuk wanita² bujang diluar sana untuk mengenali lelaki² yang sudah berkeluarga atau bakal berkahwin:
– Tidak pernah memberitahu nama sebenar.
– Tidak pernah berkongsi personal number dan tidak mahu chat di whatsapp, lebih prefer untuk chat ditempat yang tidak terlalu expose diri contoh paling common di telegram, instagram, fb, tiktok etc.
– Bila waktu malam, hujung minggu dan cuti umum dia tiba² menghilangkan diri dan banyak bagi alasan.
Tips untuk wanita bujang untuk tidak tertipu:
– Mintaklah nama penuh dan kalau ada kekuatan buat sampai lelaki tu tunjukkan ic walaupon in glance.
– Kalau terlalu kukuh kewangan dan pretasi memang patut selidik sebab lelaki sukar mempunyai kerjaya yang kukuh tanpa support dari sang isteri.
– Perempuan lebih suka dengar apa yang mereka suka dengar, lelaki pula suka lihat apa yang mereka suka lihat, sebab itu lelaki suka menipu dan perempuan suka wear make-up untuk memenuhi dan menarik perhatian masing².
– Jangan terpedaya dengan sosial media.
Tips bagi sang isteri:
– Pastikan tag nama penuh suami dan paksa suami letak nama penuh kat social media. Kalau suami tak nak means ada benda tak kene.. Especially kat facebook, instagram dan tiktok..
– Jangan buat keputusan melulu slow talk dan jangan mintak cerai terus, terkadang kami yang bujang pon tak tau situasi bahawasanya suami anda sudah berkeluarga..
Tu jer la.. Nak bagi tips part isteri lebih² aku pon tak kawin lagi..
Okay sekian.. Maaf bahasa baku dan kanak².. Aku lurus sikit dan sedikit lembam.. Thanks..
Segala comment berunsur kebencian akan direnungkan kembali dan mungkin berbalik kepada tuan badan..
– Mataja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit