Assalamualaikum semua.
Baru terbaca confession tajuk ‘bukan tak beri travel’ tadi..
Saya bersetuju dengan confessor. Berhutang untuk travel adalah salah ye kawan2.. Jangan susahkan orang lain semata-mata untuk travel..
Saya ada terbaca komen seorang akak bagaimana beliau sangat pelik dengan budak2 muda yang selalu travel ke oversea.. Well tiada apa yang pelik cuma kena pandai ambil peluang.. So saya ingin share tips untuk melancong..
Pertama, set kan target negara mana yang anda teringin nak pergi.. Dan bila ada promo airlines ( especially time matta fair) sila la hunting tiket2 murah ke negara tersebut.. Sila buat perbandingan harga antara airlines ye.. Saya pernah dapat tiket mas ke Ho Chi Minh dengan harga Rm280 je untuk return.. Waktu tu, harga Air Asia almost Rm400..tapi almost 5 bulan jugak la menunggu untuk fly.. Huhu
Dalam masa 5 bulan tu saya da mula menyimpan untuk accommodation/makan/shopping etc.. Rm200 sebulan pun da cukup.. Kalau takut terguna.. Korang boleh menyimpan dengan maybank.. Boleh buat untuk monthly deduction selama berapa bulan yang korang prefer.. Duit tu akan ditolak setiap bulan dari saving dan akan muncul kembali dalam saving anda apabila sampai tempoh matang.. Maaf saya lupa nama plan saving ni..
Saya buat deduction selama setahun.. Contoh saya deduct Rm100 dari account.. Apabila cukup setahun duit saya akan muncul kembali sebanyak Rm1200.. Simple bukan?
Kedua, ukur baju dibadan sendiri.
Mungkin boleh kurangkan berbelanja di tempat Yg mahal… Tempat2 hipster.. Kurangkan membazir duit di tempat yang tak sepatutnya.. Saya berumur 26 dan bergaji almost 4k.. Tapi saya prefer pakai tudung yang murah bukan brand duck ariani etc.. Saya juga jarang sekali ke restaurant yang mahal.. Hanya sekali sekala untuk rewardkan diri sendiri.. Saya hanya pakai kereta secondhand.. Bukan brand new car.. Da super jimat disitu.. (rumah dalam proses beli)
Kenal pasti apa kehendak dan keperluan korang.. Saya prefer untuk travel jadi saya pilih untuk tidak berbelanja besar.. Monthly commitment saya sekadar allowance untuk parents, insurance, bill rumah, ptptn,asb dan juga saving biasa.. Alhamdulillah umrah pun da pergi.. Then again, masing2 punya preferences ya ..
Ketiga, elakkan hutang jahat. Elakkan penggunaan kredit kad terutamanya. Bukan tak boleh pakai.. Boleh tapi make sure bayar on time dan full payment untuk elakkan finance charge.. Kredit kad ni saya anggap hutang jahat sebab kita boleh tak sedar berapa banyak kita da swipe kan.. So kalau nak beli ticket untuk travel silakan.. Boleh redeem untuk bonus point later cuma pastikan bayar sebelum due date..huhuhu
Keempat, survey survey dan survey..
Banyakkan membaca sebelum travel.. Cari hotel yang murah tapi berdekatan dengan city/attractions… Kalau nak murah boleh book melalui Agoda, Booking.com, Trivago.. Sometimes Booking.com lagi murah dari agoda so pandai2 la compare.. Saya biasa book hotel yang complete dengan keperluan asas je.. Sekadar untuk tidur…makanan pula ikut destinasi.. Semasa ke Seoul saya bawak 1 beg yang penuh dengan makanan Dari Malaysia.. Disebabkan makanan halal di Seoul adalah sangat limited dan Mahal maka saya prefer makanan yang dibawa dari Malaysia saja.. Bayangkan sepinggan Nasi beriani boleh mencecah hampir Rm50..huhuhu
Biasa saya akan prepare sambal bilis.. Lauk pauk jenama brahim etc.. Beli dan letak dalam luggage.. Inshaallah lepas.. Setakat ni negara yang saya pergi tak perlu declare barang apa yang dibawa dari Malaysia
Kepada sesiapa yang baru mula nak travel.. Anda boleh join group backpackers Malaysia (BBM) Disitu ramai otai2 yang selalu travel.. Banyak tips yang dikongsi dan boleh la diguna pakai untuk travel kelak.. Kepada beginners, anda boleh mulakan dengan melancong dalam asia dulu.. Cuba Cari tiket murah ke Indonesia.. Saya sangat sukakan Indonesia sebab masyarakat sana sangat peramah..Makanan disana pun murah dan kena dengan selera.. Accommodation pun sama sangat affordable… Cari rakan.. Buat group travel sendiri.. Letakkan target berapa yang anda nak spend untuk setiap tempat kemudian start menyimpan dari sekarang. Kalau asia tenggara saya akan make sure saya tak spend lebih dari Rm1500 (tiket,hotel,makan,shopping &transport) untuk 4hari3malam..
Sekarang saya sedang menyimpan untuk travel ke negara eropah.. Makan masa setahun juga untuk menyimpan memandangkan perlu bajet yang lebih besar..doakan saya.. Huhuhu
Okay itu saja dari saya.. Maaf kalau ada yang terasa dengan penulisan saya.. Yang mana yang baik boleh diambil.. Yang buruk abaikan.. Good luck untuk yang baru mula melancong.. Semoga ia menjadi kenangan yang terindah dalam hidup anda!
– Kakijalan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit