Tips Untuk Undergraduate Jurusan IT

Assalamualaikum semua. Thanks admin sudi siarkan tips ini. Saya berharap ia berguna untuk adik adik lepasan jurusan IT. Disini saya nak bagi tips kat adik adik yang mengambil ijazah jurusan IT. Tapi sebelum itu, akak nak bagitahu, kalau adik betul betul tak minat bidang IT, tukarlah jurusan selagi boleh. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan, berusahalah untuk stay dan tanamkan minat dekat bidang IT ni selagi boleh. Ada sebab kenapa akak cakap adik perlu betul betul minat untuk terus survive dalam bidang ni.

Ya, korang mungkin boleh dapat CGPA 4.0, Tapi kalau korang tak minat betul betul IT ni, korang akan rasa yang korang bekerja sekadar nak teruskan hidup / sekadar nak survive je. Kalau boleh, kita nak la kita enjoy kerja kan. Semua kerja pon susah, tapi bila kita enjoy, kita akan rasa kesusahan tu macam satu puzzle yang kita kena selesaikan.

Ok dah banyak akak membebel – akak rumuskan lah apa pengajaran yang akak belajar dari kesilapan akak sebelum ni. Iaitu, perkara perkara yang akak patut buat sejak dari first year lagi :

1. Rajinkan bukak jobstreet. Jangan anggap jobstreet tu berguna lepas korang grad atau masa nak cari tempat intern je, Jobstreet adalah tempat dimana korang boleh requirement yang employer perlukan untuk dia ambil korang sebagai pekerja.

a. Apa yang korang boleh buat, search 4 benda major ni “Developer, Tester, Support, Network / Security” dekat jobstreet, buat permulaan, specific kan dekat entry level.

b. Kemudian, baca job requirement dia. Nah, kat situ korang akan tahu mana programming language / software tools / document yang adik boleh focus dan study more on that.

c. So, kalau ada company yang korang betul betul suka, dah set untuk jadikan tempat kerja, dengan membaca requirement diorang, korang boleh dah tackle company tu masa nak buat intern / first job dengan diorang.

2. Buat akaun LinkedIn – Kalau nak tahu, Linkedin ni la tempat yang korang boleh carik cable dengan cara terhormat. Ha… korang mengeluh kan susah nak dapat kerja zaman sekarang sebab semua main cable. Nah, korang buatla cable korang sendiri.

a. Buat akaun LinkedIn, follow semua company yang ada kat malaysia ni. Baik GLC, MNC, MSC
status company.

b. Dekat Job description – tulis lah korang ni pelajar dalam jurusan IT – and apa je skill yang korang dah ada – contoh Beginner in Java programming.

c. Jangan lupe add orang yang ada title job recruiter dekat LinkedIn. Tapi hati hati ya, scammer pon ramai juga. Hahaha.

d. Baca artikel berkenaan IT perkembangan IT dan jangan lupa like, rajinkan komen dan bagi pendapat tentang dunia IT dekat your networking.

3. Bila lecturer bagi project – buat yang terbaik. Salah satu kesilapan terbesar akak buat masa zaman belajar dulu ialah – akak buat projek sekadar nak siap dan nak hantar kat lecturer je. Korang tahu tak, semua projek yang lecturer korang bagi, korang boleh jadikan itu sebagai portfolio korang ? Ramai dari kita marah bila job entry level memerlukan pengalaman. Tapi sebenarnya, kalau korang bijak, korang akan gunakan semua project yang lecturer bagi sebagai pengalaman korang.

a. Bila lecturer suruh buat android app contohnya, korang buatlah app yang basic tapi menyeluruh. Pastikan ada function Create, Update, Edit, Delete. Kalau power – buat shopping cart. Kalau lagi power, buat payment gateway. Pergh kalau korang dah pandai buat payment gateway, senang korang nak sembang dengan interviewer korang nanti.

4. Kalau boleh, jangan ambil banyak sangat subjek programming dalam satu sem. Akak faham korang nak habis cepat – akak nasihatkan untuk jangka masa Panjang, tak perlu lah pendekkan masa belajar. Kalau ijazah tu 4 tahun, ambil saja 4 tahun. Ingat tak akak cakap tadi kalau lecturer bagi projek, buat projek tu jadi portfolio korang ? So bila korang terlalu rush, there is a tendency for your project untuk jadi sekadar ikut requirement lecturer. Sekadar nak lepas A saja. Tapi kalau korang jenis otak genius – atau maybe level programming korang level otai – no problem hahaha.

5. Source control your code dekat GITHUB. Ha, point akak no 3 dan 4 ada berkaitan dengan point ni. So bila korang nak start projek, biasakan diri PUSH (Upload) code tu dekat github. So bila ada changes, u can commit(Update) changes tu dekat Github. And then your team boleh PULL(download) your code first before he make his changes. Tahu tak, kalau korang aktif gunakan github ni, korang boleh add dekat portfolio korang. So bila employer Nampak history korang buat pull, push, commit semua tu, dia tahu yang korang memang actually contribute kat project korang.

Benda ni memang Nampak macam tak perlu pon lagi lagi kalau projek korang setakat hundreds line of code. Tapi once korang kerja kat company yang apps die da lama develop dan release, korang akan tahu pentingnya source control ni. Kalau korang dengar ni first time, mesti korang confirm pening. Hahah. But don worry, im here to teach you guys. Tinggalkan je email korang dekat comment, i will email you if you have any question. Kalau tak, boleh je carik pasal git ni dekat youtube. Im pretty sure they can explain better than me haha.

6. Publish your website using Firebase / Azure. Ha projek2 yang korang dah buat tu, tak kiralah website ke app ke, kalau boleh publish dekat dua tempat ni. Tapi kalau dah requirement lecturer korang untuk korang lulus ialah publish guna cara tradisional, ikutlah dulu cara dia… Cara tradisional ni – korang kena setup sendiri hosting korang … tapi korang kena belajar juga, as ini pon penting. As a foundation gituh. lepas da lulus exam tu, ha bolelah guna cuti korang untuk try publish dekat dua tempat ni. Firebase is cloud computing provider dari Google, while Azure plak dari Microsoft. Don’t worry, they do provide free trial,so korang boleh lah try try main kat situ kan. Bila korang dah pro buat benda alah ni, masa interview nanti, korang boleh lah ‘berlagak’ dekat interviewer tu cakap korang dah pernah publish website kat Azure. Jangan pulak korang berlagak betul betul ya. Hahaha.

7. Buat website ‘resume’ korang sendiri. Ha ni sebagai hobby masa lapang la. Korang boleh buat portfolio cara moden, dengan buat website ala ala resume. Website ni sebenarnya just resume korang,tapi versi detail. Orang kata nak kasi employer kagum lagi dengan korang. Tips akak – buat Website ni pakai ASP.NET guna language C# + Javascript + HTML + CSS + Bootstrap and then publish kat Azure. InsyaAllah, laku di pasaran :P – Tapi of course, banyakkan belajar language programming ni.

8. Last but not least, Kalau cuti sem korang lebih dari 3 bulan, korang boleh ambil internship. Some company, diorang tak kisah pon korang student last year / korang memang ada surat dari Universiti untuk internship. Kadang2 diorang just nak student yang free je. My tips – ambil company startup. Contoh : dahmakan. Baleh tengok diorang selalu je carik budak intern. Dah habis intern tu, don’t break the relationship. Just keep in touch.

Oklah, setakat ini lah pendapat dan nasihat akak. Akak tahu mungkin ramai yang berbeza pendapat, iyalah perspektif dan pengalaman kita semua lain lain. Mungkin apa yang akak cakap ni, boleh apply dan mungkin jugak tak boleh apply. Apa pa pon, kalau otai otai IT yang lain ada nasihat atau cadangan kat adik adik, boleh beri cadangan kat bawah. Jom kita wujudkan persekitaran saling bantu membantu, bukan kecam mengecam.

Peace No War.

– TheITCrowd

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *