Tips Uruskan Perbelanjaan Secara Mingguan/Harian

Assaalamualaikum. Saya nak kongsikan cara saya uruskan wang saya setiap hari. Memandangkan kita melalui rutin yang hampir sama setiap hari, jadi kita bole anggarkan berapa perbelanjaan kita setiap hari, mingguan dan bulanan.

Tips ni mungkin sama atau berlainan dari individu masing2 dan boleh diaplikasikan oleh sesiapa samada gaji korang kecil atau besar.

Apa yang saya lakukan setiap bulan, adalah mencatatkan perbelanjaan saya dia dalam apps “Note” yang boleh di download dari google play. Saya pernah install pelbagai apps yang canggih tetapi kadang2 kurang bersesuaian dan kadang2 jadi lupa sebab jarang2 sekali guna.

Jadinya, cara saya. perbelanjaan gaji bulanan bersih saya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu komitmen (wajib dibayar setiap bulan), minyak kereta dan perbelanjaan setiap hari. Contoh seperti dibawah:

Belanja Bulan Sept 2019

A.KOMITMEN

1.Insurans 265 ✔

2.Kete 1000✔

3.Yes 105 ✔

4.Utiliti 102✔

5.Mak 500✔

4.Kad Kredit 150✔

5.Cukoo 110✔

Total 2232

B.MINYAK KERETA

18.9 70✔

24.9 (80)✔ *

6.10 80✔

13.10 80✔

Total 230

* kad kredit

C.VELANJA HARIAN

1. Satay 48✔

2. Tngo 50✔

3. Klinik 60✔

4. MaryKay 210✔

5. Mydin 150✔

6. Tesco 35✔

7. Vitamin 73✔

8. Tudung 50✔

9. Pin 12✔

10. Tngo 70✔

11. Tandoori 14 ✔

12. HBag 230✔

13. Secret Recipe 30✔

14. Siakap 20✔

15. Tngo 20✔

16. Wetfood 25✔

17. Secret Recipe 20✔

18. Hurix 24✔

19. Klinik 50✔

20. Tshirt 39✔

21. Popular 70✔

22. Lipo 110✔

23. Tshirt 34✔

24. Repair Printer 85✔

25. Subway 23✔

Total 1540

D.Grand Total (A+B+C) = RM4002

Ini adalah contoh sahaja. Maksud Grand total tu adalah gaji bersih saya setelah ditolak dari gaji kasar. Perlu tau, dari gaji kasar ada potongan yang lain contoh potongan rumah, simpanan, cukai, loan, Yapeim etc. Jadi, itu tak payah fikir sebab sudah pun diuruskan. Kita hanya urusan bahagian gaji bersih sahaja atau cash di tangan sahaja.

Ok saya elaborate pasal penyata perbelanjaan saya di atas. Yang dalam kurungan ( ) adalah liabiliti contohnya saya belanja guna kad kredit. Maksudnya saya tak sentuh duit cash ditangan. Sekali lagi, kita hanya uruskan apa yang kita belanja secara cash sahaja.

Dari gaji bersih = D

D – A = RM 1770*

*Cash ditangan yang boleh diuruskan secara mingguan ataupun harian.

RM1770 / *4 minggu = RM442 seminggu.

RM442 / 7 hari = RM63 sehari.

*Jika ada 5 minggu bahagikan dengan 5 minggu.

Maksudnya, setiap minggu perbelanjaan max saya adalah RM442. Saya hanya boleh withdraw duit RM400 seminggu.

Jika berlaku lebihan belanja minggu itu, saya perlu kurangkan perbelanjaan untuk minggu berikutnya ataupun saya bahagi semula kepada baki minggu yang tinggal. Jika masih berbaki 3 minggu sebelum gaji, saya akan bahagikan baki duit kepada 3. Ini untuk mengelakkan saya terlebih belanja.

Jika ada lebihan pada minggu itu, saya akan asingkan terus. Selalunya saya terus transfer ke Tabung Haji atau akaun kedua atau ketiga. Ataupun baki tersebut boleh carry forward untuk pembelian amount yang lebih besar untuk minggu berikutnya. Contohnya jika kita target untuk repair komputer, mesin basuh, ataupun shopping.

Kenapa ada tick?

Maksudnya setiap yang selesai pembayaran saya tick dihujungnya. Jika korang dah tau dah bulan tu ada perbelanjaan yang bakal tiba, tulis siap2. Bila dh bayar, terus tick. Maksudnya dah terluak duit cash di tangan di situ yea.

Kenapa saya catatkan terus nama2 kedai ataupun di mana saya berbelanja?

Sebab saya boleh revise balik next time. “Alamak, dah terlebih makan kek la bukan ni.” So, kita boleh beringat semula di situ. Kena kurush… Hahaha. Ini realiti yea. Kena jujur.

Mane belanja dapur?

Saya hanya catatkan di mana saya beli dan amount. Tapi selalunya suami saya yang beli atau keluarkan duit untuk belanja dapur atau ke pasar. Saya tak catat di sini sebab saya uruskan duit saya, bukan duit suami. Dia uruskan duit dia. Yang mane suami saya keluarkan duit, tidak terlibat di sini. Faham??

Catatlah perbelanjaan korang secara jujur. Supaya kita tau di mana kita berada. Tak payah nak tipu2, sbb duit kita yang melayang. Menipu pun buat apa. Sendirik rugi. Huhuhu.

Setiap bulan, catatan saya bahagian “Velanja” memang tak sama. Sebab setiap bulan perbelanjaan saya sentiasa berubah2 cuma amount baki duitnya sahaja sama. Huhuhu. Sebab kita makan gaji. Harus sedar!

Kadang2 ada bahagian kita terlebih belanja bulan ni. Makanya, ada bahagian yang kita akan kurangkan. Mane nak tipu lagi, kalo beg dah terabak. Kasut dah terkoyak. Harus ditukar pada bulan tu. Maka saya akan beli pd bulan itu. Bulan depan,saya tak beli dah la kasut atau handbag lagi. Duit tu akan dibelanjakan ditempat lain pula. Faham tak??

Hanya bahagian “Komitment” jer selalunya amount tidak berubah. Jika ada penambahan atau pengurangan, dia akan effect pada bahagian “Velanja” dan “Minyak Kete” atau baki duit sahaja. Ada lebihan lagi, boleh la belanja lebih minggu tu. Kalo tak, kena berjimat2 la.

Kalo nk lebih tepat lagi, yang duit belanja mingguan tu, bahagi pulak ikut hari. So, nampak sehari bole belanja berapa.

Tapi, kalo kita dh biasa tulis perbelanjaan bulanan macamni. Kita dah tau dah macamne nak uruskan nafsu perbelanjaan setiap bulan. Saya pun sentiasa cuba untuk kurangkan penggunaan kad kredit. Kalo selalu guna, nanti bayaran bulanan akan naik, maka baki gaji bulanan akan berkurangan. Dah rugi di situ. Saya hanya akan guna jika terdesak sahaja.

Alhamdulillah bayaran kad kredit saya sudah tinggal RM100 sahaja sebulan dan saya target akan tutup akaun beberapa bulan lagi secara lumsum. Maka, InshaAllah ada extra cash di tangan. Huhuhu. Dan saya sendiri ada bahagian saya cuba untuk kurangkan dan apa2 yang patut dipotong soon.

Untung kita buat gini dlm apps sebab bole revise bila2 masa. Mana yang boleh dibaiki, kita baiki. Mane yang boleh kita potong, kita potong. Kita cuba buat lebihan cash ditangan. Ada lebih, boleh simpan buat masa akan datang.

Sekali lagi, perbelanjaan kita setiap orang takkan sama. Sebab rezeki kita berbeza2. Jadi, harap takde yang mempertikaikan gaji saya sikit atau banyak. Mana yang kurang pada saya, mungkin lebih pada awak. Mana yang lebih pada saya, mungkin kurang pada awak. Itulah rezeki. Itulah apa yang saya ada dan saya bersyukur.

Mana yang baik, ambil sebagai panduan. Mana yang tak perlu, abaikan sahaja.

Ini hanya panduan. Ubahlah yang perlu ikut poket sendiri. Ini hanya salah satu cara sahaja.

– Lailerrr bukan Akauntan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *