Assalamualaikum & salam sejahtera buat warga pembaca.. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan coretan yang tidak seberapa ini.. Saya lelaki, berusia 30 tahun.. Kisah ini berkisar tentang pengalaman hidup.. Saya merupakan anak sulung daripada 9 orang beradik.. Ayah bekerja kampung sahaja manakala ibu seorang suri rumah sepenuh masa.. Para pembaca boleh bayangkan la betapa besarnya tanggungjawab seorang anak sulung yang mempunyai 9 orang adik beradik kan..
Saya & adik yang lain dibesarkan dengan baik oleh orang tua.. Diberi didikan di sekolah, tidak lupa juga didikan islam seperti dihantar mengaji Al-Quran & sebagainya.. Budaya biasa apabila dibesarkan dalam suasana kampung, akan disuruh untuk mengaji Al-Quran selepas maghrib.. Itu waktu kecil dahulu la.. Masuk sekolah menengah, saya dihantar oleh orang tua ke SMKA.. Tinggallah saya di asrama selama 5 tahun iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.. SMKA, memang sangat ditekankan perkara asas sebagai muslim iaitu solat berjemaah, mengaji Al-quran & sebagainya.. Alhamdulillah..
Tetapi biasala jiwa remaja.. Mesti ada perangai nakal dia.. Ponteng solat jemaah, ponteng prep, hehe.. Tetapi walaupun ponteng, tidak la sampai ke pengetahuan orang tua.. Ponteng jemaah, bukan bermaksud tidak solat tetapi solat sendiri dalam dorm.. Prestasi dalam akademik di sekolah menengah, tidak memberansangkan.. Pencapaian dalam PMR & SPM tidak begitu baik.. Dalam akademik, tidak banyak perkara manis yang boleh dikenangkan tetapi dari segi pengalaman seperti berkawan memang meninggalkan pengalaman yang sangat manis..
Saya memilih untuk menyambung pengajian ke tingkatan 6.. Kiranya saya berazam untuk masuk ke universiti walau dengan apa cara sekalipun.. Tahajud semua saya buat & alhamdulillah saya dapat ke universiti dengan kos pendidikan.. Kos pendidikan adalah kos yang sangat diidamkan la oleh calon STPM.. Dengan kata lainnya, kos yang rare, hehe.. Belajarla saya dalam kos pendidikan.. Rupa-rupanya, menjadi seorang guru ni bukannya indah pun.. Apabila kita belajar dalam bidang tersebut, barulah kita dapat rasa bagaimana tugas seorang guru ni.. Menghasilkan produk iaitu manusia yang seimbang ini bukannya semudah seperti sebuah kilang yang menghasilkan produk makanan..
Disinilah bermula konflik dalam perjalanan hidup saya.. Saya turun naik pejabat, berjumpa dengan orang ini orang itu untuk tukar kos tapi akhirnya saya kecewa.. Saya tidak dapat tukar kos.. Dari kos pendidikan ke kos bukan pendidikan, senang sahaja untuk tukar tapi saya pula berasa sayang.. Tu sebab saya usaha untuk tukar kos pendidikan juga tapi major lain.. Malangnya, tidak dapat.. Waktu ini saya down.. Kawan-kawan satu kos mula memandang saya ini sebagai seorang yang bermasaalah.. Mereka mula menjauhkan diri.. Waktu ini saya mula kenal siapa kawan yang sebenarnya..
Nak pulang ke kampung dengan tidak habis belajar begini, apa pula orang tua kata.. Jadi, saya usaha juga walaupn extend beberapa sem.. Waktu ini juga adalah waktu yang sangat mencabar bagi saya.. Belajar dengan tiada sokongan pinjaman, nak harapkan orang tua bukannya mereka ada wang.. Jadi, ada masa lapang saya kerja part time sebagai housekeeping kat sebuah hotel.. Saya dapat habiskan pengajian saya tetapi saya tidak mahu jadi guru.. Sekarang saya bekerja di negeri kelahiran.. Walaupn bukan bergelar seorang guru, saya dapat bekerja tetap.. Walaupun kerja saya bukan sebagai kakitangan kerajaan tetapi kerja saya halal.. Tidak menyusahkan orang tua & mampu untuk menyimpan 400 hingga 500 sebulan.. Waktu kerja saya pun office hours..
Sebenarnya, saya selesa hidup bujang.. Tetapi lumrah kehidupan, kita merancang, Allah juga sebaik baik perancang.. Sekarang saya telah menjadi tunangan orang & tidak lama lagi akan bergelar suami.. Pada awalnya saya pun tidak faham kenapa secepat ini proses tersebut.. Dikala saya selesa bujang, datang perkara begini dalam hidup.. Saya memikirkan perkahwinan bukan sesuatu yang senang.. Awal-awal dulu, memberontak juga sendiri..
Tetapi saya selalu positifkan diri dengan menanamkan dalam diri ini adalah perancangan yang terbaik dari Allah.. Dan saya harus ingat, dunia ini bukan untuk bersenang senang.. Rasulullah diutuskan bukan untuk mengajar hambanya terlalu selesa dengan dunia.. Dunia ini sebagai persinggahan untuk beramal & akhirat sebagai tempat berehat serta menuai hasil.. Ya, tidak dapat dinafikan tipu daya dunia ini sangat hebat.. Orang berkereta baharu, kita mahu berkereta baharu.. Kalau bujang, mungkin dapat buat begitu.. Kalau dah kahwin, kena fikirla yang lebih utama.. Itu sebab saya selesa hidup bujang, hehe..
Moral of the story, sesiapa yang menolak untuk berkahwin kerana takut menjejaskan keselesaan anda ketika bujang, fikirkanla dengan sebaiknya.. Hidup ini bukan tempat untuk selesa dan berkahwin adalah sunnah terbesar.. Berpenat-penatlah di dunia, mudah-mudahan kita dapat keselesaan di akhirat.. Sesungguhnya sekecil-kecil amalan kita di dunia, nescaya akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.. Tepuk dada, tanya diri.. Semoga kita semua dirahmati & diredhai oleh Allah S. W. T..
– Manusia Puteh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit