Tipu Kalau Tak Goyang

Salam. Hai korang. Sebenarnya aku ada benda nak luah pasal kehidupan ber’pjj ni. 

Aku dengan suami dua2 kerja gomen. Tapi rezeki kitorang dapat kerja tempat jauh. Takde la jauh mana. Masih lagi dalam 1 negeri cuma beza daerah. Dah apply untuk tukar supaya dapat la duduk sekali, tapi masih belum ada rezeki. Sob3..

Disebabkan jarak agak jauh kitorang decide untuk pjj. Anak2 semua tinggal dengan aku. Seminggu sekali time weekend suami aku akan balik rumah aku. 

Kalau tanya pasal suami aku ni, orangnya memang baik. Keluarga kecil kitorang ni keutamaan dia. Pendek kata setiap kali balik memang dia akan serah jiwa raga dia untuk keluarga. Urusan anak semua aku serah bulat2 pada dia. Bukan aku suruh, dia yang mintak. 

Memang setiap minggu, aku rehat betul. Hanya masak dan settle urusan baju. Lain2 urusan kemas rumah dan anak2 semua dia buat.

Bila dia rajin macam tu, tipu la kalau tak bertambah rasa sayang. Walaupun dah nak dekat 10 tahun kahwin, Alhamdulillah hubungan kitorang baik2 saja. Pendek kata, bahagia. 

Tapi yang buat aku rasa dalam dilema tu adalah orang sekeliling aku. Diorang suka takut-takutkan aku dengan isu besar yang melanda rumahtangga sekarang ni. Ha, betul la tu. Isu curang/skandal. 

Kat tempat kerja aku ada beberapa kawan yang suka sangat provoke aku. 

“Suami kau tu mesti dah seronok jadi bujang kan? Tak lama lagi bermadu la kau.”

“Lelaki ni mana tahan tinggal sorang lama2. Kau tak syak ke suami kau ada skandal?Dah pjj ni entah2 dia ada skandal kat ofis kau pun tak tau.”

“Lelaki ni pandai berlakon. Depan kau je baik tu. Eh, baik2 pun bahaya tau. Ramai penyondol sekarang ni. Zaman sekarang isteri orang pun gatal nak try suami orang. Hati2 la.”

Dan macam2 lagi. 

So korang faham tak hati aku macam mana? Sebelum ni aku pernah bincang dengan suami pasal kitorang.

Aku bagitahu suami kalau andai kata dia suka pada sesiapa, tolong bagitahu aku. Tapi jangan sesekali tipu aku. Sekali dia tipu aku, aku akan pastikan dia ‘hilang’ banyak benda dalam hidup dia termasuk anak2. 

Aku faham je keperluan lelaki, dan aku faham je hidup pjj ni macam mana. Tapi aku tak nak kalau sampai suami aku buat dosa. Paling penting aku tak nak hati aku sakit dikhianati oleh orang yang aku sayang. Tapi setakat ni aku memang percayakan dia. 

Suami aku bila dengar aku cakap macam tu dia ketawa je. Dia cakap dia takkan berani pun nak tipu aku sebab dia percaya pada kifarah dosa.

Dia siap cakap lagi kenalan2 dia yang berskandal, kahwin lebih dari 1, tak nampak bertambah baik pun hidup diorang. Serabut lagi ada. So kenapa nak kena pilih untuk jadi serabut kan?

Biasanya bila kena provoke dengan kawan2 aku, aku akan jawab balik “Kalau suami aku buat tahi belakang aku, dia yang rugi. Aku sikit pun tak rugi. Yang buat dosa dia, bukan aku. Aku ikut semua apa Allah suruh. So aku tak rugi apa2. 

Berskandal la dia dengan mana2 perempuan pun, tapi yang pasti perempuan tu takkan jadi lebih baik daripada aku walaupun perempuan tu bertudung litup berpurdah berniqab sekalipun.

Kalau suami aku khianat aku, dia tak layak hidup dengan aku. Boleh berambus. Tapi tu ‘kalau’. Setakat ni Alhamdulillah. aku dan suami baik2 sahaja. “

Ayat ni pun aku pernah cakap kat suami aku. Dia ketawa je bila aku cakap macam tu. Dia kata aku bijak, mati dia kalau dia tipu aku.

Benda yang dia paling takut bila jadi bapa ni adalah saat anak2 dah tak respect dia. Dia tahu kalau dia buat perangai buruk, anak2 akan hilang respect pada dia. Dia tak nak benda tu berlaku. 

Lagipun aku dah bagi greenlight, so buat apa dia nak tipu. Baik berterus terang je kan katanya. Gigih dia suruh aku percayakan dia macam mana dia percayakam aku. Teruk betul aku ni. 

Tapi biasa la, manusia yang toxic ni memang tak boleh tengok orang senang. Dia akan provoke dan provoke. Aku pulak makin lama makin malas nak layan dan last2 memang aku jauhkan diri daripada diorang. Kalau diorang provoke,aku diam je tak balas dah. 

Tapi tipu la kalau hati ni tak rasa goyang. Of course la rasa goyang jugak. Dah la suami aku ni boleh dikategorikan ada rupa jugak. 

Pastu lagi satu suami aku sepanjang kahwin, boleh kira dengan jari sebelah tangan berapa kali je dia cakap sayangkan aku. 

Nak sambut hari2 penting, bagi hadiah semua tak pernah. Jadi bila asyik kena provoke tu, kadang2 bermain jugak difikiran betul ke suami sayang aku?

Sebelum ni aku tak pernah kisah pasal benda ni, tapi lama2 syaitan berjaya jugak la hasut aku buat aku rasa ragu2 dengan suami. 

Satu hari tu tengah malam aku curi2 tengok phone suami aku. Phone dia ada password. Tapi aku pernah curi2 tengok password dia so malam tu aku try unlock phone tu. Sepanjang kahwin, ini la first time aku godek2 phone dia. 

Macam2 aku search kat medsos dia tengok takde pulak tanda2 dia curang. Kat whatsapp dia dengan kawan2 kerja perempuan pun nampak sangat profesional takde tergedik2 meraban. 

Pastu aku pergi kat Google pulak. Mula2 aku tengok history penuh pasal pomen2 kereta dan artikel2 berita terkini je. 

Bila search lagi aku jumpa banyak history berkaitan bagaimana nak bahagia dan menyenangkan isteri,anak2 dan seangkatan dengannya. Banyak artikel pasal isteri dan anak2, pasal keluarga. 

Time tu aku baru tersedar yang aku dah berburuk sangka dengan suami. Aku yang mencari2 dosa dia yang memang tak wujud pun. Tengah malam tu jugak la aku kejut dia mintak ampun kat dia. 

Suami aku pesan kat aku jangan pernah rasa hidup ni lama. Esok lusa pun Allah boleh tarik nyawa dah. Jadi buat apa hidup kalau masih nak dengar cakap2 orang?Bahagia ke bila asyik berprasangka buruk pada orang lain?

Letak Allah tu nombor 1 dalam hati, Insyaallah kalau manusia yang lukakan hati kita, kita takkan rasa sakit. Kalau sakit pun ia takkan terlalu sakit, masih ingat lagi dunia bukan pengakhiran, akhirat tempat pembalasan. 

Orang yang provoke kita tu sebenarnya hati dia yang sakit, hati dia yang rosak. Dia yang hadap manusia2 jahat, jadi dia ingat semua manusia pun jahat. Mungkin suami dia yang curang, jadi dia ingat semua lelaki pun sama. 

Hakikatnya ramai lagi lelaki yang baik2. Tapi mana ada orang baik nak mengaku baik? Ramai je suami2 baik yang wujud kat dunia ni, yang masih takutkan Allah. 

Panjang lebar jugak dia bebelkan aku. Tak pasal2 dapat ceramah free. 

So pesanan aku pada semua, kalau ada orang sekeliling kita yang pjj ni, korang jangan la provoke, cakap benda yang buruk2 yang boleh menggoyahkan rumahtangga diorang.

Sebaiknya doakan kehidupan rumahtangga diorang aman2 je dan diberi rezeki 1 hari nanti untuk hidup bersama. 

Memang tak dinafikan wujud je pasangan pjj yang curang. Tak payah tunggu pjj, tidur 1 katil 1 bantal pun kadang2 boleh curang, bercerai berai. 

Tapi ramai jugak pasangan yang pjj ni yang kekal setia dengan pasangan, yang sama2 mengharungi susah senang kerasnya kehidupan, yang masih sama2 mengharap impian dapat hidup sekali serumah bersama. Macam aku la jugak. Bukan mudah. 

So doakan la kami, pasangan2 pjj ni. Doakan aku jugak dan suami. Semoga 1 hari nanti dapat tinggal bersama tak perlu pjj lagi. 

Yang rasa nak kecam kenapa para isteri pilih untuk pjj, padahal tempat isteri tu disisi suami, berhenti je la kerja kan? Aku harap bersabar dan jangan laju sangat jari tu menaip. 

Kau takkan faham betapa pentingnya kami dan sumbangan kami pada masyarakat, bangsa, agama dan negara. 

Apa pun thanks baca. Doakan ye. 

– Mashimaro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Org provoke ko provoke dia balik… Org mcm ni toxic xleh kasi muka… Xpom sound stempek… Yg plg penting jgn kwn dgm org mcm tu, buang masa je sis… Biar xde kwn dri dpt kwn2 mcm tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *