Tipu Kes Renovate Rumah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (skemakan). Btw aku tak pernah nak post apa2 dekat pages mana2. So penulisan aku tak sebagus yang korang harapkan.

Yang penting apa yang aku nak sampaikan ni sampailah kepada semua supaya benda ni tidak berlaku dekat siapa2.

So aku straight to the point, baru2 ni aku ada nak buat renovate rumah. So nak dijadikan cerita aku dan beberapa orang kena tipu oleh seorang tukang.

Untuk pengetahuan semua, background aku ialah melaka. Supaya orang2 melaka lebih berjaga2. Company ni kononnya guna nama fb tapi dah tak ada dah fb ni.

So aku pun create fake akaun untuk menjaga keselamatan family aku takut2 orang ni balas dendam ke apa. Kerugian aku ialah sebanyak lebih RM3000 (tak mahu nyatakan jumlah sebenar supaya penipu tak dapat detect aku).

So banyak pengajaran yang aku dapat dekat sini :

1) Jangan percaya bulat2 kepada orang dan serahkan duit yang banyak sebelum nampak hasilnya.

Macam aku sebelum ni memang aku akan minta ic dan sangat berjaga2. Tapi bila benda nak jadi aku tak ada minta ic (maksudnya tak ada bukti kukuh nama pemilik just tahu nama akaun bank mohamad zamry bin mohamad yusop).

2) jangan percaya istilah melayu tak makan melayu. Macam aku bila kita fikir baik. Nak tolong orang, buka rezeki untuk orang kita, last2 aku kena game (orangnya sangat licik la sebab memang ni cara taktik dia nak main duit customer).

3) Cara game dia macam ni, kita mula2 deposit sikit dekat akaun dia, so dia akan minta lagi dengan mengatakan dia nak beli barang.

So aku dengan lurusnya pun transfer sejumlah wang agak banyak sebab fikir maybe dia bukan company yang besar so perlukan modal yang cukuplah untuk buat rumah aku dan menjanjikan tempoh seminggu untuk siapkan.

Tapi benda ni dia buat sikit lepastu dia dah tak buat (macam main tarik tali).

4) Kesilapan seterusnya jangan buat dengan orang yang sama maksudnya buat awning, grill dan kabinet. Sebab potensi korang nak kena tipu adalah tinggi. (ni kawan aku punya kes lah, dan jumlah dia kena tipu lagi banyak).

5) Modus operandi dia ialah dia cari customer ramai2, tapi orang dia sikit. So, dia tak mampu pun nak buat sebenarnya. So, contoh setiap orang bayar RM1,000 dekat dia seramai 20 orang.

So dia akan lari2 la kejap ke sana, kejap ke sini (just nak tunjuk konon2nya buat kerja). So bila customer da fed up. So burn duit RM1,000. So orang kejar dia pun janji tinggal janji. Lama2 orang pun akan move on dan dia pun akan bebaslah makan duit cara macam tu.

6) bukan tak ada orang yang nak viralkan pasal dia. Tapi macam aku cakaplah orang melayu ni fikir keselamatan anak bini so diaorang pun malas nak nak beria-ria viral. Sebab dia tahu rumah kita dekat mana.

Tapi ada lah seorang ni post dekat (group taman yang kena tipu lebih 10 orang ni). Dia akan pm orang tu janji akan buat dan suruh orang tu padam post.

So benda ni akan berlanjutan lah ceritanya. So orang ni pon delete post tu. Kemudian dia post lagi sebab penipu tu tak buat pun rumah orang tu. So orang tu post semula siap gambar penipu tu. Last2 aku tengok balik post tu tak ada.

(Hawauuuu betullahhh.. Angin aku) rupa2 nya orang tu cakap dia delete sebab penipu tu dah pulangkan duit modal dia asalkan dia delete post tu. So dah nampaklah permainan dia macam mana. Yang dok senyap dan redha tu maka berbuncit2lah perot si penipu ni.

So benda ni berlanjutan sampai dia tak jumpa yang betul2 orang cakap buku bertemu ruaslah. (tak mustahil lah ada kes pukul).

7) Polis.. Ok memang aku report pon. Dan dah ada beberapa orang dah report tapi biasa lah siasatan ambik masa.

So aku nak ingatkanlah baik sesiapa yang berurusan dengan penipu ni berhati2 dan ambil bukti (minta ic ke aggreement ke baru polis senang buat kerja).

8) Terpulang dekat korang nak percaya atau tidak. Sebab orang ni memang tersangat lah licik (akan ada yang cover dia cakap jangan dengar sebelah pihaklah, jangan batu apilah) pada aku terpulang.

Cuma tu aku cakap aku tak nak benda ni akan kena ramai orang. Sebab aku bukanlah nak menjatuhkan bisnes orang lain.

Aku rasa sampai sini jela aku sampaikan. Korang bolehlah komen apa2 dekat bawah ni. Apa yang korang buat sekiranya korang dekat tempat aku.

Kepada penipu, ko ingat dunia ni bulat, tak jumpa dekat dunia, kita jumpa dekat akhirat!!!

Maaf kalau penulisan aku ni tak sebaik mana, sebab penulisan ni berdasarkan yang terlintas dekat kepala aku. Ok kita jumpa komen di bawah.

– Mangsa Tipu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *