Kita selalu dengar mak, nenek tiri dera anak tiri atau cucu tiri. Dan aku rasa itulah yang selalu berlaku. Macam aku ade nenek tiri iaitu mak tiri mak aku. Terus terang aku cakap hampir semua keluarga aku atau dia tak berapa suka dengan dia.
Nenek tiri aku ni kawen lewat usia. Dalam umur 50-an macam tu. Sebelum kawen dengan atuk aku memang dia tak pernah berkahwin. Tapi itula sikap dia makin tua makin cara hidup macam orang muda. Perangai dia pun tak pernah menyenangkan orang. Dari arwah atuk ade dia jenis suka memberontak.
Contoh kalau atuk aku suruh tolong cuci baju atau kerja-kerja rumah. Dia suka melawan dan pemalas. Lagi satu perangai dia yang arwah atuk dan semua orang tak suka. Dia suka berjalan-jalan atau senang cerita merayau atas alasan bosan takde ape nak buat kat rumah. Dia ni pun macam mak cik bawang dalam kampong tu. Ada jer cerita dari orang kenal sampaila orang yang tak kenal.
Sekarang umur dia dah 70-an tapi tula makin tua makin…aku pun tak tahu nak cakap. Dia sihat lagi boleh berjalan sana sini tu sihatla. Tapi bila bab menyapu sikit bagi alasan kaki sakitla. Itula inila. Dia suka datang rumah aku sebab mak aku ni jenis kalau tak suka pun dia diam jer tak tunjuk macam adik-beradik lain.
Satu lagi rumah aku ni kira kawasan bandar. So, banyak kemudahan. Memang dia sukala. Dia lagi pro merayau beli itu ini kat kawasan rumah aku. Setiap hari ade jer keinginan dia nak membeli. Itu yang aku malas nak layan. Kami anak beranak pulak jenis jarang makan masakan kat rumah jer.
Apa yang aku tak suka dia suka jadikan rumah aku ni macam rumah dia. Aku bela kucing. Aku tak tahu apa yang dia benci sangat dengan kucing-kucing aku. Pernah sekali kucing aku tengah tidur. Dia pergi bantai kucing aku. Sedangkan kucing aku tak ganggu dia atau duduk dekat dia. Bila mak aku tegur makin dia bantai kuat. Siapa tak sakit hati. Tapi kita ni masih mengenangkan dia orang tua.
Masa mak aku kat hospital dia datang rumah aku. Dia bukan jaga mak aku. Dia duduk rumah aku kerja menghadap TV. TV rumah aku siaran dia tak berapa ok.Tak nampak muka pun dia tengok. Kalau tak tengok pun dia pasang jer atas alasan kat kampong dia buat macam tu. Bila aku balik dari bermalam kat hospital jaga mak aku memang tak cukup tidur semua.
Aku balik2 jer dia tanya. “Takde sarapan ke?”..
“Ni bilik kipas ni tak boleh guna ke?.. Ala nenek tak kisah pun.
Lepas tu dia tanya lagi. “Ni kipas ni tak boleh guna ke? Semalam guna sedap tidur”.
Nenek tiri aku ni jenis pandai raih simpati orang. Kenapa aku cakap macam tu. Dia ade duit beli handbag baru,jam semua bila pak cik aku balik dia mengadu dia takde duit makan. Jadi dia makan roti jer. Sedangkan dia ade duit. Topup handphone pun sampai rm50 sekali. Lepas asyik duk telefon orang tu orang ni.
Ada sekali tu mak cik aku hulur buah yang dah potong kat nenek tiri aku.Dia tak ambik.Dia cakap tak nak. Masa tu mak aku takde kat situ. Lepas tu aku bagi mak aku makan buah tu. Mak aku tanya nenek tiri aku ,“Dah rasa ke buah ni?Diorang tak bagi ke tadi rasa”.Dia jawab orang tak bagi dia pun. Dia yang cakap taknak lepas tu dia burukkan orang tak bagi dia rasa pulak.
Aku ni bila nenek tiri aku ada terus tekanan darah aku naik. Nenek tiri aku ni pandai menggunakan title ‘Mak tiri’ dia tu bagi orang serba salah. Dia buat keputusan nak duduk rumah kami terus tanpa tanya kami terlebih dulu. Sedangkan arwah atuk dan arwah nenek ada anak ramai tapi tak mahu tinggal dengan anak sebab tak mahu menyusahkan anak.
Tapi bila arwah atuk meninggal dia pernah cakap menyesal kahwin dengan nenek tiri aku. Tapi nenek tiri aku ni boleh cakap kat mak aku..“Arwah bapak kau ade pesan suruh jaga mak cik”. Tak tahula betul ke tak dan aku tak tahu ape motif dia cakap macam tu. Sedangkan dia bukan layan atuk aku dengan baik. Rumah tak berkemas. Bila anak-anak balik la yang tengok apa yang patut dan tolong gosok,basuh baju semua.
Aku tak suka dia bukan sebab title tiri tu. Tapi duduk dengan dia sekejap pun boleh menambahkan dosa aku. Bukan aku jer sedara-mara aku pun tiap kali balik kampong ada jer benda tak kene yang nenek aku buat. Dia suka tunjuk protes hentak-hentak barangla sebab tula lepas arwah atuk meninggal semua orang tak suka balik kampong.
Terus terang aku cakap aku kesian sebab dia orang tua tapi perangai dia tak menyenangkan boleh buat hilang rasa kesian aku. Sampai aku kata kenapala atuk aku kawen dengan dia. Tolonglah aku ni kalau boleh taknak berdosa dengan dia. Tapi kalau aku layan dia baik dia pandai ambik kesempatan. Aku terpaksa tahan dengan penuh tekanan. Sebab orang akan fikir aku ni kurang ajar. Sedangkan orang yang bercakap tu sendiri tak nak dan tak sanggup ambik tinggal serumah walaupun sekejap.
Apa yang patut aku buat sebenarnya??
– Stress (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit