Assalamualaikum pembaca sekalian, terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku.
Aku nak cerita sikit pasal Tiroid dan tonsil ni. First sekali aku nak bercerita pasal tiriod, aku pesakit tiroid tapi aku belum lagi pergi jumpa pakar. Aku cuma buat research dekat google, and Best result is yes aku adalah penghidap Tiroid. Syukur Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat kehidupan. Aku tak diuji dengan penyakit yang kronik.
Cara kau nak tahu kau ni antara terjebak dengan penyakit ini ialah,
1) kau cepat marah
2) jatung berdegup laju
3) gelisah tak tentu pasal
4) bengkak leher
5) kitaran haid tak teratur
Ni baru sikit, ada lagi cuma aku tak berberapa ingat. 5 gejala ni, semua ada kat aku, and seriously aku dah 2 tahun nak masuk 3 tahun tak datang datang bulan. Huhu gelisah tak tentu pasal itu lah punca pertama aku tak nak pergi jumpa doktor. Lagi pun aku memang jenis tak suka menyusahkan orang terutama mak ayah aku. Lagi pun kedudukan kewangan family belum stabil, aku asyik fikir “habis belajar kerja cari duit banyak banyak baru jumpa doktor” so aku terpaksa tunggu dulu untuk jumpa doktor, aku tak nak susahkan sesiapa. Aku demam ke batuk or selsema, aku tak makan ubat biar saja baik sendiri. Kalau kakak aku batuk sikit beli ubat, selsema demam beli ubat aku? Haha tak, dan tak akan. Bila kau berpenyakit Tiroid ni, kau mesti overthinging sampai melalut-lalut entah apa yang difikirkan. Pesakit tiroid juga kerap marah, jiran aku tiroid dia besar dah bonjolan tu kadang-kadang aku selalu nampak dia sidai kain kat luar rumah leher dia dah berbenjol Allahu aku kesian dengan dia, kadang-kadang terfikir juga baik aku pergi check ambil ubat, tapi tulahh huhuhu tak boleh kaki ni nak melangkah rasa cemas menggigil. Sambung balik pasal jiran aku, aku satu level dengan dia rumah aku selang beberapa rumah dari dia. Dia kalau bergaduh dengan anak dia mahu satu flat keluar tengok, aku rasa punca dia kerap marah-marah disebabkan penyakit tu. Kalau aku pulak, apa yang tak kena dimata aku mesti aku akan marah, even benda tu kecil tapi bila lepas marah rasa bersalah pula sebab benda tu simple je pun tak besar mana pun, yang selalu kena marah adik aku lah. Tapi aku tak mintak ini jadi dekat aku, selalu juga lepas solat mintak buang sikap pemarah ni , nak buat macam mana bawakkan hormon.
Tonsil pula, aku rasa aku dah lama ada radang ni, cara nak tahu kau ada tonsil
1) susah telan makanan
2) tidur berdengkur
3) mulut berbau
4) bengkak anak tekak
Dan ada beberapa lagi tanda-tanda cuma ni yang aku ingat, start aku syak aku ada tonsil bila aku rasa ade bonjolan dekat anak tekak. Macam biasa aku tahu penyakit ni aku buat research kat mr google, syukur penyakit ni tak merbahaya cuma ni bawakkan dari bakteria. Dan macam biasa aku tak akan jumpa doktor padahal sekarang nak telan air liur pun sakit, bengkak tu mengganggu aku. Tapi ini tak jadi masalah (bersangka baik). So far mulut berbau ni jarang berlaku kat aku, sebab aku dapat Agak yang mulut aku berbau. Aku buat spare part gula-gula chuwgam hacks dalam beg aku haha persediaan awal orang kata. Jangan gelakkan orang ye, belum kena memang macam tu. Aku harap tonsil aku ni jangan lah membesar peritnya nak telan makanan even air putih mineral tu pun pedih. Maaf sebab aku tak bagi detail pasal tiroid dan tonsil, kalau nak tahu tentang penyakit ni boleh buat macam saya, mr google saja lah. Hehehehe maaf cerita saya pendek saya taip pagi-pagi buta ni.
– Fara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit