Titik Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.. Diharapkan semua para pembaca dikurniakan kesejahteraan hidup dan berada di bawah jagaan Allah hendaknya. Izinkan saya berkongsi masalah hidup saya walaupun tidaklah sebesar mana berbanding orang di luar sana.

Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya mawar. Saya berusia dalam lingkungan 20-an. Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang berlatarbelakang agama. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah memberikan saya keluarga yang baik.

Masalah saya bermula apabila saya berkenalan dengan seorang jejaka yang agak tampan di pandangan mata saya. Orangnya tinggi, kelakar dan orang yang sangat saya cintai. Pada mulanya, hampir setiap hari saya mendapat kiriman salam daripada orang tengah. Akan ada saje yang akan menyampaikan salam.

Pada awalnya, tidaklah saya melayan. Perkara ini berlanjutan sehingga berbulan2. Masuk ke tahun seterusnya, penghujung sem. Si jejaka itu masih tidak berhenti berusaha malah semakin galak. Setiap kali balik ke bilik pasti ada insan yang mengirimkan makanan. Katanya dia sendiri yang masakkan. Dan setiap hari ada yang menyampaikan sticky note dari si jejaka itu yang tertulis bait-bait bicara yang indah yang mengusik hati nuraniku.

Pada mulanya, aku menolak dengan hanya mendiamkan diri. Aku harap dia mengerti. Hal ini kerana, tingkah lakunya yang nakal, dan agak kurang dari segi belajar menyebabkan aku berfikir dua tiga kali. Dia ku kenali antara jejaka-jejaka “badboy”.

Hari demi akhir, apabila jejaka tersebut berusaha keras mencuba mengambil hatiku. Aku lihat dia mula berubah sikit demi sedikit. Melalui penilaikanku sendiri dan juga mulut-mulut sahabat-sahabat yang lain. Jejaka itu sering mnghabiskan masanya di surau. Solat sunat, baca quran jarang di surau. Akhirnya pada penghujung sem, aku memberinya peluang untuk dirinya mendekatiku. Aku membalas sticky notenya melalui orang tengah juga. Tulisku “hati ini sifatnya bolak-balik. Sanggup ke tggu? ”

Keesokannya dia membalas ” hati yang berbolak balik itu akan di jadikan satu cabaran untuknya. Ye saya sanggup”

Hatiku kian berbunga. Mungkinkah hatiku sudah terbuka untuknya.

Ketika itu hari raya, dia terus membawaku berjumpa dengan ibunya. Melalui pemerhatianku, jelas dia sangat menghormati dan menyayangi ibunya. Ibunya melayanku baik juga. Setelah itu hubungan kami kian bertambah akrab. Aku sudah mengenali setiap ahli keluarga besarnya.

Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di pertengahan. Silapku juga. Mungkin ikhtilat yang tidak dijaga dengan sebaiknya menyebabkan aku telah terlanjur dengan si jejaka tersebut. Ye, para pembaca dipersilakan untuk mengecamku. Aku yang silap. Jejaka tersebut berjanji bahawa dia akan bertanggungjwab.

Pada awalnya, hubungan kami berjalan seperti biasa. Indah, seperti pasangan-pasangan bercinta yang lain. Jarang sekali kami bergaduh lama-lama. Dia sejenis yang agak suka mengongkongku. Kemana2 harus diberitahu, hendak tidur atau sudah bangun perlu diberitahu. Oleh itu, aku juga turut melakukan perkara yang sama padanya. Kami mempunyai perniagaan kecil. Dia banyak sangat membantuku melalui transport memandangkan aku tiada kenderaan, duit modal dan sebagainya.

Namun, hari bersilih ganti. Dia berubah. Sikapnya berubah. Katanya dia inginkan kehidupnya yang dahulu. Dia kembali merokok. Pernah aku menegur rambutnya yang terlalu panjang kerana nmpak tidak kemas, dia terus memarahiku “semua benda nak tegur!” wallahi. Itulah kali pertama dia menaikkan suaranya padaku setelah setahun lebih hubungan kami. Aku terdiam. Mgkin salahku. Sejak dari itu pandangannya padaku berubah. Dia asyik hendak memarahiku. Sehinggalah suatu hari aku tanya. Kemanakah arah hubungan ini?

Akhirnya, dia memutuskan aku. Katanya, nak concentrate dengan apa yang dia tengah lakukan sekarang. Dia busy. Tak mungkin ada masa untuk aku dah. Aku sedih sangat-sangat. Selama 8 bulan berturut-turut aku menangis hari-hari. Aku sayangkan dia. Aku serahkan segalanya pada di. Dia dah janji nak tanggungjawab atas apa yang dia Aku merayu pada dia tolong jangan tinggalkan aku. Tapi dia hanya menengkingku, memakiku sesuka hatinya.

Katanya nanti bila dia dah bersedia dia akan cari aku semula untuk menikahiku. Dia kata dh cukul nnti, dia akan tanggungjawab dekat aku atas apa yang dia dh lakukan padaku. Dia akan tebus semula maruahku. Sekarang dia nak puas hidup dulu. Wajarkah aku tunggu dia? Dapatkah hatiku menerimanya semula kelak? Tapi sungguh aku inginkan dia yang dulu. Aku ingin dia yang lembut, yang baik mcm dulu. Bukan yang sekarang. Dia tak pernah memaki hamun aku sebelum ini.

Aku buntu. Aku menghubungi ibunya dan menceritakan semuanya. Aku hendak dia bertanggungjwab padaku.Pada mulanya ibunya malas hendak melayan setiap panggilan dan chat dri aku. Akhirnya, dia membalas dan memintaku untuk melepaskan anaknya. Dan aku ikhlas memafkannya dan melepaskannya.

Tolong jasa baik para readers sekalian, aku minta nasihat dari kalian. Aku minta kata-kata semangat dari kalian. Aku redha atas apa yang menimpaku kerana ini juga adalah dosaku. Patut ke aku tidak berhenti mendoakannya agar berubah seperti dulu dan menantinya. Jujur, hatiku sudah mati untuk merasai rasa cinta lagi. Terima kasih semua. Doakan saya agar istiqamah dalam bertaubat atas segala dosa-dosa saya. Terima kasih.

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *