Aku harap admin dapat siarkan cerita aku ni. Aku takde tempat nak cerita, meluah mahupun berkongsi.
Boleh tak aku nak mengemis perhatian korang pembaca IIUM Confession? Haha sebab aku sunyi.
Nama aku Sibal. Umur aku lewat 20an. Sepanjang hidup aku, aku rasa awal tahun 2023 ni titik terendah dalam hidup aku.
Aku hari hari menangis. Masa makan pun kadang air mata mengalir. Pantang ada video/ ayat sedih pasal kehidupan/ rezeki/ kepayahan/
Kisah bermula, bila aku start kena scam. Ye, muda muda pun kena scam. Penghujung 2022. Padahal aku seorang yang sangat berhati hati bab orang nak scam ni.
Aku banyak kali ingatkan mak aku, jangan percaya kalau ada orang call ke apa ke cakap pasal duit.
Aku memang bukan jenis percaya kan orang tuptup diri sendiri yang kena dah Allah kata kun fayakun. Semua atas izin Allah.
Aku kena scam, sebab terlalu “percayakan” orang. Aku kenal orang tu. Dan orang tu pun dianiaya orang atas.
Kalau ada pembaca yang tahu pasal ‘saving extra’ ya itulah skim yang aku kena scam. Allah je tahu betapa terduduknya aku bila dapat tahu duit saving business aku lesap macam tu je.
Hampir 6 angka hilang sekelip mata. Macam korang tahu, bila case scam, duit memang tipis untuk dapat semula. Aku tahu aku bodoh.
Korang jangan komen cakap aku bodoh tau, sebab aku sedar aku bodoh.
Aku tak tahu nak ajar hati redha macam mana. Sakit. Sedih. Marah. Semua ada dalam satu masa.
Lagi satu, untuk pengetahuan, aku ada degree tapi aku tak minat untuk bekerja terikat dengan majikan. Aku lebih suka bekerja sendiri.
Aku dah buat business masuk tahun ke-5, tapi nama pun business ada turun naiknya. Sekarang di fasa turun.
Bila kena scam, business pulak tengah down. Aku jadi tak semangat. Semangat aku hilang. Tak tahu nak bangkit macam mana lagi.
Aku start bandingkan diri aku dengan kawan kawan lain. Aku kan business online sendiri, jadi masa banyak dekat rumah.
Aku jeles tengok kawan kawan aku keluar pergi kerja balik kerja jumpa orang. Hidup aku hari hari cuma jumpa mak, stock barang aku dengan orang courier jnt.
Sekarang order pun dah kurang. Aku teringin nak ada life, keluar pagi pergi kerja balik petang, jumpa kawan kawan kerja. Busy kan diri. Supaya aku tak sedih teringat masalah.
Aku rasa semua benda aku buat tak menjadi rasa macam suwey gila hidup.
Btw, aku seorang perempuan. Umur dah penghujung 20-an, masih belum berkahwin. Bercinta pulak asyik tak jadi.
Aku rasa aku looser gila. Sebab tu orang tak nak dekat aku. Yelah, kita bukan kerja tetap, mana ada orang nak kat kita.
Tak tahu kat mana silap aku. Apa lah dosa aku, Allah uji sampai macam ni sekali.
Sakit. Hati sakit. Jiwa sakit. Otak sakit. Aku suka waktu malam, sebab bila aku tidur je aku tak fikir masalah, aku tak nangis. Taip ni pun aku menangis.
Aku benci bila aku bangun kena struggle nak hidup lawan masalah aku. Aku tak kuat. Aku kalau boleh biar tidur tak bangun bangun dah.
Sepanjang hidup, aku tak pernah terfikir nak bunuh diri sebab aku sayang diri aku, tapi semalam tiba tiba aku terdetik, masa bawak kereta kalau lori langgar aku ni pun okay jugak.
Tolong aku korang. Bagi aku kata kata untuk aku teruskan sisa hidup aku please. Terima kasih. Semoga Allah balas kebaikan korang.
– Sibal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam. Hi!
Terharu baca. Faham sangat fasa itu dan pernah alaminya. Sabar banyak2 adik 😊.
Semua orang ada fasa kehidupan, turun dan naik.
Dulu sekolah, then uni- bekerja/ bisnes- kahwin- beranakpinak- cucu- pengakhiran.
Tapi tak semua akan berada di fasa seterusnya dan akhir. Jadi hargai masa sekarang.
Adik masih muda. Semua orang ada timeline masing- masing. Hanya Allah yang tahu. Kita sendiri takkan tahu apa kita akan jadi next. Kita hanya perlu merancang. Tapi perancangan Allah itu nanti yang terbaik. Jadi berbaik sangka dengan Allah, pasti ada pelangi akan hadir selepas hujan petir.
Pertama ialah tenang dan BERSYUKUR. Bersyukur yang saya nampak tentang adik ialah masih ada mak. Jadi syukurlah adik kerana dapat berbakti dan jumpa mak setiap hari kerana tidak semua orang berkesempatan bersama mak.
Maknanya adik masih ada doa dari seorang IBU yang tiada hijab doanya😭🥹. Minta sentiasa redha ibu dan sayangi ibu, berbakti selagi hayat masih ada. Rajin- rajin tolong ibu di dapur, sibukkan diri bersama keluarga dan urusan.
Hargai dan jangan suka mengeluh kerana Allah sangat tidak suka hambaNYA mengeluh. Allah yang letakkan di mana kita harini ada bersebab.
Sebab apa saya kata macam tu.. Sebab hidup ni sekejap ja fasa umur kita. Mak kita semakin tua. Kita pasti akan berkahwin @tua atau belum sempat tua.
Masa itu akan sibuk kadang tak dapat berkepit dengan mak sebab sudah fokus keluarga sendiri. Dah kahwin, ikut suami. Jadi tentu akan Ada moment yang kita akan rindu. Rindu tak apa lagi, jangan nanti menyesal😫.
Adik, hidup ini bukan tentang duit sahaja tapi ‘ life’ bagaimana kita corakkan dan inginkan. Kadang- kadang duit pun akan datang bentuk tidak disangka- sangka disebabkan perbuatan- perbuatan baik kita terhadap diri, Ibubapa atau sekeliling.
Pernah tak kita fikir sejauh- mana usaha kita atau layanan kita kepada diri kita sendiri dan mereka hari ini? Kalau tak cukup, kita cuba ubah mana perlu. Saya yakin selesaikan bab- Bab itu dulu, insyaAllah bab rezeki dan semuanya akan menjadi mudah.
InsyaAllah. Tanam dalam hati. Allah pasti akan tolong aku.
Jadi, istigfar byk2 dan selawat kalau tiap kali datang sedih@murung.
Ujian ini datang sebab nak beri adik jalan dan hadiah yang terbaik nanti. Trust of Allah❤️🥰.
About bisnes, tulis daily routine dan target setiap hari supaya kita tak ada masa nak melayan benda- benda toksik dan negatif atau mengeluh. Maklumlah terlalu sibuk katakan! Jangan sesekali habiskan masa skrol tengok life orang. Limitkan time. Biarkan mereka. Just fokus urself!!
Apa yang kita lihat depan mata itu tak selalu benar kerana struggle semua orang tetap ada. Jadi ingat satu ja nasihat ikhlas ini. Semua orang ada kelebihan dan masa depan. Awak pun sangat- sangat berharga ibarat intan permata. Jadi orang yang tepat pasti akan datang kelak. Jangan risau! Kalau Allah sudah kata kerja apapun atau tak kerja pun tetap akan sampai jodohnya. Doa banyak- banyak. Solat jangan skip. Mula berkawan, berubah sikap dan ceriakan diri kerana saya percaya senyum aura akan terpancar berbanding selalu murung bersedih. Rilexlah kumbang bukan sekuntum. Eh, seekor 😀
Jadi bangkit!!! InsyaAllah saya doakan awak berjaya dunia akhirat. Assalamualaikum
#amalkanyassinsetiaphari #bacasentiasayat1000dinar #bersyukurAllahbagilebih #backtoAllah #sayangsemuayangmembaca