Titik Terendah Sebelum Move on

Aku A berasal dan membesar di Kuala Lumpur. Berumur 24 tahun. Seorang penganggur (doakan aku mendapatkan kerja yang baik).

Aku mempunyai seorang kawan special bernama K. Kami telah pun berkawan lebih kurang 16 tahun. Lama bukan?

Aku mengenali K dan K juga mengenali aku dengan baik.

Aku tidak perlu memberi tahu K tentang apa yang aku rasa. K sentiasa faham dan tahu.

Mungkin chemistry antara kami dah sangat saturated (correct orientation for effective collision).

Hubungan kami mula renggang apabila kami melanjutkan pelajaran.

Aku melanjutkan pelajaran di negeri Selangor manakala K di salah satu negeri Pantai Timur.

Pada awalnya kami masih berhubung hampir setiap hari. Dari hari ke minggu. Dari minggu ke bulan.

Tapi saya faham sebab saya pun pelajar. Saya faham betapa sibuknya dengan sesi pembelajaran dan assignment. Saya faham dia ada kawan dia dan saya ada kawan dia.

Hubungan kami mula renggang. K mula membalas chat saya secara acuh tak acuh. Dan kadang – kadang saya rasa dia terpaksa.

Dulu saya amat bergantung dengan K kerana dia merupakan tempat luahan saya. Mungkin dia juga insan terpilih yang mendengar cacian makian saya.

Sangat susah untuk dengar saya mencarut kerana saya sangat menjaga kata – kata.

Setelah bertubi – tubi layanan yang serupa saya terima. Hati saya mula kecewa.

Saya kerap mempersoalkan kenapa saya dilayan sebegini rupa.

Saya tekadkan hati dan langkah pertama saya ambil ialah mute status whatsapp dia. Tapi beberapa kali saya tetap reply dan masih juga mendapat balasan yang sama.

Satu hari saya terdetik nak tengok story dia di IG. Baru tahu sebenarnya dia dah ada girlfriend di tempat dia study.

It’s okay, saya langsung membuang nombor telefon dia. Hati saya betul – betul kecewa dengan tindakan K.

Saya meneruskan hari – hari saya dengan sunyi. I lost my only favourite person. The one that knows everything.

Setelah berbulan – bulan diam tanpa khabar, satu sms whatsapp bertanya khabar. Saya langsung tidak membalasnya dan sedar tak sedar dua minggu berlalu.

Saya berharap agar Allah hadirkan saya seorang insan yang akan selalu ada dengan saya. Yang saya boleh percaya sepenuhnya.

P/s : Aku sangat – sangat berharap Rossie (Selamat Pengantin Baru, Suamiku) (https://iiumc.com/selamat-pengantin-baru-suamiku/) dapat memberi sambungan part 2 agar aku dapat menenangkan fikiran.

Sekian..

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kau kawan je kan? Nak buat acah acah favourite lah konon. Bukan declare apa apa pun lmao. Bukan nya jadi laki bini. Hahaha. Kelakar ko ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *