Titik Ubah Hidup

Assalamualaikum semua. Di waktu umur saya 12 tahun, arwah ayah sudah tiada. Masa tu sebelum upsr. Saya seorang yang nakal dan suka explore.. Duduk kelas belakang. Kematian arwah ayah cukup memberi saya tamparan yg hebat. Soal kehidupan dan kematian bermain di fikiran. Saya nekad untuk berjaya bagi mengubah nasib.

Abang dan kakak semuanya sekolah asrama penuh. Saya menjadi yg paling sulung di rumah. Bila event di sekolah adik2 sayalah wakil ibu bapa mereka. Balik dari sekolah, saya ke pasar membeli bahan mentah sebab ibu tak pandai bawa kereta, adik2 kecil masih di rumah. Kami hidup dgn pencen ayah yg tak seberapa.. Saya berjaya buktikan upsr saya 5A. Tapi memikirkan susah senang ibu dan adik2, saya tak pergi asrama penuh. Lalu saya bersekolah harian biasa.

Ibu tak pandai mengaji quran. Kata ibu nak sedekahkan yasin untuk arwah ayah. Saya ajarkan ibu baca yasin tiap2 malam.. Daripada ibu mengeja sampai ibu boleh baca sendiri. Saya sering diperlekeh kerana sekolah harian biasa. Saya tak duduk kelas pandai.. Saya minat sukan, saya masuk pertandingan2 bukan untuk bertanding. Tapi untuk kepuasan diri.. Bila habis sekolah, banyak medal tersergam dalam almari rumah.

Ibu tak pernah mengatakan tidak kalau soal belajar.. Daripada ibu tak pandai bawa kereta, sampai ambil lesen. Saya teman ibu belajar bawa kereta dan beri arahan serta keyakinan pada ibu. Akhirnya ibu pandai bawa kereta. Kereta kami buruk.. Kereta tu lah ibu gunakan untuk hantar dan ambil saya tuisyen. Sayalah yg jadi wiper kereta masa musim hujan. Kalau musim panas, saya pulas tombol tingkap kereta dengan bunyi krek2.. Menderu angin masuk menghempas wajah.

Saya tak duduk kelas pandai.. Dan tak jadi pelajar harapan. Saya tanam dalam diri, SPM akan jadi titik ubah hidup saya. Saya kena lepasi halangan ini. Saya bangun tahajud dan baca quran.. Setiap kali periksa, saya minta ibu doakan kejayaan saya. Hari peperiksaan bagaikan hari peperangan buat saya. Antara hidup dan mati. Saya curahkan sepenuh tenaga… Sampai paper last diumumkan masa tamat, saya letak pensel dan menghembus nafas kepenatan.. Berakhir perjuangan saya. Pelajar lain cepat2 keluar dari dewan.. Saya duduk bersandar berdoa supaya usaha penat lelah ini diberkati..

Hari diumumkan keputusan.. Saya berada di luar dewan. Nama saya diumum pelajar terbaik.. Satu dewan mencari kelibat saya.. Tapi saya tak diumum naik pentas. Kerana ada yuran yg belum dibayar. Hihihi. Saya antara orang yg last ambil keputusan kerana mencari duit dalam bank untuk bayar yuran. Mujur ada simpanan tak seberapa..entah celah mana rezeki saya.

Kesusahan hari lalu menjadi ingatan buat saya.. Hari ini saya seorang engineer. Sekuntum bunga di celah2 kumbang. Tinggal berjauhan dgn suami dan anak2. Saya selalu berfikir mengapakah takdir saya sebagai engineer…hidup adalah pilihan. Dan pilihan yg terbaik adalah istikharah. Itu takdir pilihan saya yg tidak masuk akal manusia. Jika difikir madrasah anak2 adalah ibu bapa. Saya sudah pasti meletak jawatan lama dulu. Namun setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Saya katakan pada suami.. Saya dapat merasakan dan mengertikan kini, tugasan amanah kerja saya sebagai fardhu kifayah. Suami katakan tidak.. Bahkan menjadi fardhu ain pada saya. Terlopong saya dengar jawapan suami dan berfikir.. Hanya yg mengertikan sepak terajang dunia kejuruteraan yg menjadi babu korporat. Amanah kerja ini bukan sekadar mencari sesuap nasi. Bukan sekadar berkongsi rezeki dgn ibu dan adik2.

Setiap hari suami tak pernah lupa melafaz cinta dan doa pada saya.. Memberi khabar anak2 yg sudah pandai mengaji hasil didikan suami yg mengambil alih galas mengajar quran sejak kami berjauhan. La yukallifullahu nafsan illa wus’aha..ulangkanlah ayat ini. saya takkan berhenti, dan takkan mengalah. Doa ibu dan suami.. Bahkan doa anak2 sentiasa mengiringi. Hidup akan sentiasa ada cabaran.. Tujuan kita bukan dunia. Tapi adalah kehidupan selepas mati.

Doakan saya supaya sentiasa kuat..

– Saya Yang Bukan Siapa2

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *